Friday, March 23, 2018

Saya akan pergi tak lama lagi namun bersama dengan patriot negara, saya akan usaha untuk selamatkan negara ini

'Kepada ALLAH saya serahkan diri saya'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  -  22 MAC 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada apa perlu ditakuti kepada dirinya kerana usianya sudah lanjut.

Mahathir berkata, beliau sedar bahawa dirinya akan pergi tak lama lagi.

“Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini.

“Kepada ALLAH SWT saya serahkan diri saya,” katanya dipetik daripada laman web beliau.

Oleh itu katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu takut kepadanya kerana ‘Najib lebih muda darinya’.

“Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

“Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum,” katanya.

Katanya, Najib masih muda jadi apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun.

“Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka sama ada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

“Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab,” katanya.

Jelasnya, Najib juga boleh bertanyakan rekod beliau semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja,” katanya.

* Dulu aku cukup tak suka orang tua ni. Sekarang aku kaguminya lantaran semangat memperbetulkan kadaan walau di usia yang hampir maghrib. Namun apa pun tekat beliau segalanya 'Kepada ALLAH saya serahkan diri saya'. Saya dan yang seangkatan yang telah berada di waktu asar ni pun belum tentu sampai sehingga di ambang maghrib 

2 comments:

  1. Subhanaullah Tun M merupakan anugerah dari Allah Ta'ala untuk Rakyat Malaysia yang tidak buta mata hati,,seyogianya rakyat wajib bersyukur mendapat insan "genius" seperti Tun M..........!!

    ReplyDelete