Sunday, March 25, 2018

Laporan Media asing: Hari ini Salleh pula merungut......

Media asing kitar semula laporan mengenai Malaysia, ‘berat sebelah’, kata Salleh Keruak
TMI · Diterbitkan pada 25 Mar 2018 10:55AM
Salleh Said Keruak berkata mereka memberi gambaran bahawa segala-galanya mengenai kerajaan adalah buruk manakala parti pembangkang pula umpama malaikat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2018

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan laporan media asing mengenai Malaysia sebagai ‘sangat berat sebelah’ dan ‘tidak seimbang’.

Beliau berkata mereka memberi gambaran bahawa segala-galanya mengenai kerajaan adalah buruk manakala parti pembangkang pula umpama malaikat.

Katanya laporan mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Najib Razak telah dikitar semula dari tahun-tahun lalu berkenaan rasuah, pilihan raya yang curang, kekurangan demokrasi, penafian kebebasan bersuara dan sebagainya.

"Sejak dua hari lalu, media asing telah menyerang Malaysia secara umum dan Perdana Menteri Najib Razak khususnya.

"Ini tidak menghairankan memandangkan Dr Mahathir Mohamad pernah berkata, ‘kami terpaksa menggunakan saluran media asing; BN (Barisan Nasional) juga boleh berbuat demikian, mereka mempunyai banyak wang untuk mengupah penganalisis dari Cambridge’," katanya menerusi catatan blog beliau.

Salleh, yang juga Bendahari Umno berkata bahawa sejak 30 tahun lalu, bagaimanapun ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri hingga hari ini, media asing masih mengatakan hal sama.

Beliau berkata pembangkang kemudian menular (menyebarkan) laporan ini untuk memberi gambaran bahawa seluruh dunia menentang Malaysia.

"Apa yang media asing gagal sebutkan dalam laporan ini adalah banyak kes rasuah yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah di negeri Pakatan Harapan memerintah iaitu di Selangor dan Pulau Pinang.

"...atau mengenai dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (pada 2013), kononnya (didakwa membawa masuk) 40,000 pengundi Bangladesh, yang terbukti sebenarnya palsu," katanya. – Bernama, 25 Mac, 2018.

 KOMEN


  • Kerja Salleh ialah membersihkan lapuran dan seimbangkan lapuran. Tetapi bagaimana kau lakukan nampak lemah. Cubalah transparent sikit, beginilah baru boleh tolong.
    Pos 50 minit yang lalu Oleh Tanahair Ku · Balas
  • Kah kah kah sbnya ialah penyamun mo1 x saman maka mereka2 semakin berani
    Pos 33 minit yang lalu Oleh Leslie Chan · Balas

2 comments:

  1. nama elok macam Nabi
    tapi perangai burok mamat ni

    ReplyDelete
  2. Eh eh menteri ini yg bejoget dlm youtube tu kan..

    ReplyDelete