Thursday, March 29, 2018

Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Versi penuh audio kontroversi kerjasama PAS, Umno tersebar
TMI · Diterbitkan pada 29 Mar 2018 4:19PM
Versi penuh audio 20 minit yang dikatakan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi, mendedahkan kenapa PAS berpecah sehingga melahirkan Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018

VERSI penuh audio 20 minit yang didakwa memaparkan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi.

Video tersebut antara lain mendedahkan punca perpecahan PAS sehingga melahirkan parti serpihannya, Amanah.

Menurut rakaman tersebut, sekumpulan pemimpin PAS membentuk satu kumpulan bertindak khas menjelang Muktamar PAS 2015.

Pasukan dinamakan Reform Tajdid Islam (RTI) itu didakwa ditugaskan untuk menyerang pemimpin dari kalangan profesional dalam PAS yang digelar sebagai "Jebon" dalam rakaman tersebut.

Serangan tersebut didakwa menyebabkan 18 pemimpin kanan PAS yang berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat dikalahkan melalui undi dalam Muktamar 2015.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan bahawa suara yang ditampilkan dalam rakam tersebut merupakan suaranya.

"Ada orang kata suara itu 1000% milik saya, tetapi saya menafikannya sebagaimana fitnah video Datuk Seri Anwar dinafikan beliau," kata Nik Abduh pada satu majlis penerangan di Klang baru-baru ini.

Rakaman tersebut pada awalnya disiarkan dalam lima bahagian berasingan dan didedahkan secara berperingkat-peringkat. – 29 Mac, 2018.

2 comments:

  1. tak payah pi mahkamah
    2 pihak bersumpah apa susah
    Allah Maha menyaksikan kerja buat hamba hambaNya
    yang tuduh n ynag di tuduh apa nak takut untuk buktikan kebenaran kerana Allah
    sapa yang bohong maka tunggulah laknat Allah
    bukan kena bayar peguam pun
    percuma .ada berani ka?????

    ReplyDelete
  2. Lebai cap bulan tak ngaku suara dia pun takpe, krn dah ada nombor keahlian parti.... terus layak ke sorga.
    Seorang peguam India dulu, walaupun tk ngaku, tp ada juga kata-kata lucu drp dia: Itu bukan saya tapi macam saya.
    Dengan sebegitu auta, kita tau la skrg yg lebai2 cap bulan ni keras hati utk mengaku kebenaran walaupun dlm hati kecik, dia mengaku.
    Patutlah dicop Anak Derhaka oleh ayahanda sendiri.

    ReplyDelete