Saturday, March 31, 2018

Najib jadi penyebar berita palsu?

'Amaran Najib pada tentera, polis adalah berita palsu'
Zikri Kamarulzaman  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 1:02 petang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa membuat "berita palsu" apabila memberi amaran kepada anggota polis dan angkatan bersenjata mengenai kemungkinan mereka akan hilang pekerjaan jika salah memilih kerajaan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Rais Hussin berkata ini termasuk amaran Najib bahawa Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kemungkinan akan dibubarkan di bawah kepimpinan yang berkonsepkan Malaysian Malaysia.

Istilah 'Malaysia Malaysia' jelas merujuk kepada DAP, yang digambarkan Najib sebagai anti-Melayu dan Islam.

"Ini adalah contoh berita palsu yang lengkap dan terkini," kata Rais.

"Semua ini pada asasnya seperti taktik Cambridge Analytica (CA) yang menimbulkan ketakutan mendalam, cuba merangka perkara-perkara yang tidak benar dan kemudian menanamkan ketakutan di kalangan rakyat khususnya orang Melayu.

"Ini juga merupakan mekanisme pecah dan perintah yang diamalkan untuk mewujudkan jurang antara rakyat Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

CA adalah firma analisis data pilihan raya yang mendapat perhatian antarabangsa selepas dilaporkan menyalahgunakan berjuta-juta data peribadi pengguna di Facebook untuk tujuan politik.

Sebuah video intipan saluran Channel 4 di UK menunjukkan pengarah urusan bahagian politik CA, Mark Turnbull mengakui syarikat itu beroperasi di Malaysia.

Rais berkata berbeza dengan dakwaan Najib, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifestonya memastikan hak istimewa Melayu dipelihara seperti termaktub dalam perlembagaan dan meningkatkan sektor perkhidmatan awam.

3 comments:

  1. Ini pencuri cucu towkey judi sapa mau percaya? Ayah Tuan Aji pun kasi rasmi kilang arak kat Shah Alam itu boleh percaya..! Tak boleh nak ejas dah walaupun seribu tahun lagi.. kah kah kah

    ReplyDelete
  2. matjib tipu dia takut amono kalah
    oi po;is n askar jangan takut undi ph
    askar polis dah disemai sifat berani
    apa takut ngan matjib apa dia boleh buat kalu askar polis ramai tak sokong dia
    jangan terus jadi boddo

    ReplyDelete
  3. Jibol teloq takdak kakros dah pegang.

    ReplyDelete