Saturday, March 24, 2018

Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia

Adakah rakyat Malaysia sudah lali dengan perkara mengarut?
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 24 Mar 2018 7:00AM
Pilihan Raya Umum ke-14 akan menjadi bukti sejauh mana rakyat Malaysia terkesan dengan segala pendedahan dan isu negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2018

KITA sudah sampai di selekoh akhir sebelum Parlimen dibubar dan tarikh pilihan raya diumumkan, yang kemungkinan besar diadakan sebelum bermulanya bulan puasa pada pertengahan Mei.

Inilah juga masanya musim mengarut ketika mana ancaman dihamburkan begitu saja; ketika mana barisan menteri akan sekali lagi membuktikan yang tidak perlu cekap untuk berkhidmat; ketika mana skandal dicap sebagai berita palsu sementara berita palsu menyamar sebagai berita dalam media arus perdana.

Rakyat Malaysia sudah tengok dan dengar semuanya sebelum ini. Malangnya, tiada apa lagi yang mengejutkan kita.

Tanya saja diri sendiri soalan-soalan ini:

1. Terkejut tidak apabila aktivis Felda Mazlan Aliman ditangkap di rumahnya pada 1.45 pagi selepas kritikan kerasnya terhadap kerajaan dan isteri perdana menteri tersebar di Internet?

2. Adakah sesuai ucapan seorang pemimpin Umno yang menggesa ahli partinya merosakkan tempat orang berniaga yang dianggap anti kerajaan dengan watak seorang ahli politik pemerintah?

3. Terkejut atau tidak apabila ahli politik Umno kelam kabut hendak mempertahankan ahli perniagaan Jho Low dan mengulang-ulang pendirian parti yang 1Malaysia Development Berhad tidak buat salah apa-apa?

4. Terkejut atau tidak apabila polis menutup siasatan melibatkan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dakwaan beliau ada hubungan sulit semasa dalam urusan kerajaan?

5. Terkejut atau tidak apabila kerajaan terus memohon peruntukan tambahan walaupun kononnya membentangkan belanjawan yang dikatakan mengurangkan defisit?

Kalau jawapan kepada semua lima soalan itu "TIDAK", itu tandanya betapa manglinya rakyat Malaysia kepada hal-hal yang mengarut dan memalukan.

Tambah sedih lagi, kita tidak boleh mengharapkan mana-mana institusi untuk membantu menyelamatkan Malaysia.

Terlepas daripada semua itu, semuanya bergantung pada anda semua. – 24 Mac, 2018.

3 comments:

  1. Amazing blog! Is your theme custom made or did you
    download it from somewhere? A theme like yours with a few simple adjustements would really
    make my blog stand out. Please let me know where you got your design. Many
    thanks

    ReplyDelete
  2. Hello my family member! I want to say that this article is amazing, nice written and come with almost all
    significant infos. I would like to look more posts like this .

    ReplyDelete
  3. Hi there! This is kind of off topic but I need some guidance from
    an established blog. Is it very hard to set up your own blog?

    I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast.
    I'm thinking about making my own but I'm not sure where to begin. Do you have any points or suggestions?
    With thanks

    ReplyDelete