Polis tawar diri sebagai tebusan meninggal dunia
25 MAC 2018
Insiden serangan di bandar Trebes itu turut menyebabkan 16 orang cedera. Gambar kecil: Beltrame
TREBES - PERANCIS. Seorang anggota polis Perancis yang dianggap sebagai hero kerana menawarkan dirinya sebagai tebusan untuk menamatkan serangan ganas di sebuah pasar raya meninggal dunia atas kecederaan yang dialaminya, semalam sekali gus menjadi mangsa keempat yang terkorban dalam insiden tersebut.
Leftenan Kolonel, Arnaud Beltrame, 45, adalah antara anggota keselamatan yang bergegas ke lokasi kejadian di bandar Trebes, selatan Paris selepas penyerang yang menyatakan taat setia kepada Daesh menyerbu dan menahan beberapa tebusan di pasar raya Super U, kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb berkata, Beltrame dengan rela hati menjadi pengganti wanita yang dijadikan tebusan oleh penyerang.
"Dia telah ditembak dan ditikam sebelum polis antikeganasan menyerbu masuk dan menembak mati suspek tersebut. Beltrame wajar diangkat sebagai hero dan berhak diberi penghormatan," ujar Presiden Emmanuel Macron.
Sementara itu, polis mengenal pasti suspek kelahiran Maghribi itu sebagai Redouane Lakdim, 25, dari bandar Carcassonne yang diletakkan di bawah pengawasan polis pada 2016 hingga 2017 kerana dikaitkan dengan gerakan radikal. - Agensi

buat la kajian sebab apa puak ni suka buat serangan ni
ReplyDeletetentu ada sebab
puak kapir suka serang negara orang islam sesuka hati oranag awan mati ramai
sapa pun tak peduli termasuk ketua negara islam
mesti ada bantahan keras terhadap negara kapir yang serang negara islam
bukan duk diam saja
I really love your site.. Excellent colors & theme.
ReplyDeleteDid you make this web site yourself? Please reply back as
I'm looking to create my own personal website and want to know where you got this from or what the theme is named.
Cheers!
My brother suggested I might like this blog. He was totally right.
ReplyDeleteThis post actually made my day. You cann't imagine just how much time I had
spent for this info! Thanks!