"Jangan sebut... nanti dia betul-betul datang'
mk | Dikemaskini 23 Mac 2018, 9:49 pagi
Bekas editor Kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor menyindir majlis Wacana Sinar Harian yang berjudul 'Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?' yang berlangsung semalam.
Mustapha Kamil berkias kisah petua masyarakat Melayu tradisional ketika masuk ke hutan.
"Dalam hutan ni ada banyak petuanya. Selalu orang tua kata bila kita dalam hutan ni jangan disebut-sebut perkara atau apa pun yang kita tak mahu temui.
"Jangan sebut pasal hantu, pasal jembalang atau pasal harimau ke. Nanti dia betul-betul datang," tulis beliau dalam hantaran Facebook malam tadi.
Mustapha berkata teringat mengenai petua itu selepas membaca berita wacana anjuran Kumpulan Krangkraf tersebut.
"Bahasa mudahnya wacana itu untuk mengumpat Dr Mahathir lah. Tapi macam melanggar petua dalam hutan tadi, muncul pulak 'orang tua' tu dan dia duduk betul-betul depan barisan ahli panel yang awalnya bukan main tajam hujah mereka mengumpat Dr Mahathir itu.
"Tapi bila dia muncul tiba-tiba, terus tumpul dan duduk pun dah serba tak kena. Itu lah. Macam pepatah Ujang kawan saya kat kampung ni: 'If your egg is small, don't talk big'," tulis beliau lagi.
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) ditemani isterisnya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan apabila hadir ke majlis di Shah Alam itu.
Kehadiran pasangan itu disambut dengan meriah oleh penyokong dan hadirin.
Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.
Mantan perdana menteri itu kemudian menulis di Twitter mengenai kehadirannya.
“Saya hadir. I’m here guys. Say it to my face. (Saya ada di sini. Cakap depan-depan.), ” ciap beliau.

mamat tu patut tanya matde
ReplyDeletemasa polis bagi tau matde anggota depa pukul anwar
pasai apa matde bagi tau rakyat anwar tumbuk diri sendiri ?
sepatutnya siasatan dari pihak polis dah cukup untuk dakwa terus mattinju tu
tak perlu buang duit buat suruhan jaya
tipu sama tipu nak tunjuk jaguh
elok la tu amono
Aii? Soalan itu dah keluar tajuk wacana beb, tak kan kau pun sama spesis dengan profesor kangkung itu? Asyik ke laut...mencandat sotong ke???
DeleteZaman sy muda dulu kalu sebut gi unibersiti, maknanya gi UM la. Yg lain tu UKM untuk budak2 aliran melayu. Sekarang ni mcm2 U, semua ada. UUM ni aku tak tahu lah kat mana, yg aku tahu kat utaralah, katanya di Sintok. Tapi mcm2 aku dengar pasal propesor2 U ni. Mcm takde kelas je. Dr Kamarul propesor UUM ni cara bercakap pun mcm JKKK je. Bahasa inggeris dia bahasa inggeris trengganu.Mcm kwn sy dari trengganu cakap " stepping stongg " maksud dia stepping stone. Jiran sy kata anak saudara dia bukanlah dari golongan pelajar cerdik, tapi bersyukur lah dia tolak tawaran masuk UUM.
ReplyDeleteBUKAN prof tu...perosak Negara..taklayah kerja universiti
ReplyDelete