Friday, March 23, 2018

Lagi isu terkucil: 'pensyarah macam kena telan ubat gegat'

* Saya sertakan 4 video yang dibawa dari You Tube di bawah ini 

1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat'
mk  |  Dikemaskini 23 Mac 2018, 2:52 petang
Klip video yang memaparkan reaksi penganalisis politik Kamarul Zaman Yussof sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan pada Wacana Sinar Harian di Shah Alam semalam telah mendapat lebih satu juta tontonan.

Video itu memperlihatkan bagaimana pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, yang pada mulanya nampak yakin dan lantang dalam kritikannya terhadap bekas perdana menteri itu, tetapi kemudian terpaku di kerusinya apabila Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali tampil dan duduk di barisan hadapan penonton.

Kamarul Zaman adalah salah satu daripada tiga ahli panel yang membincangkan tajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?".

Dalam hantaran di Facebook pagi tadi, penganalisis itu menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.
Klip video berkenaan disiarkan di laman Facebook Kelab Che Det dengan tajuk, “Tengok muka prof ni bila Dr M datang macam kena telan ubat gegat. Kah kah kah. Sebelum tu bukan main lagi kutuk Dr M kan...”

Video itu bermula dengan Kamarul Zaman bercakap mengenai kesihatan mental sebagai faktor penting bagi calon perdana menteri, dengan alasan bahawa kemampuan kognitif merosot atau menurun mengikut usia.

Beliau kemudiannya memetik beberapa contoh kenytaan Mahathir, yang dakwanya menunjukkan kemampuan kognitif pemimpin berusia 93 tahun itu mula merosot.

Apabila Mahathir tiba, video tersebut menampilkan tajuk kecil di bahagian bawah “dah tak senang dudukt” semasa Kamarul Zaman terpaku di kerusi sambil terpingga-pingga sedangkan semua mereka di pentas dan juga para hadirin memilih untuk berdiri.
Moderator, Nazri Kahar kemudian memberitahu Kamarul Zaman bahawa beliau boleh berinteraksi secara langsung dengan Mahathir dan bekas perdana menteri itu boleh menjawap soalannya.

Ketika itu, profesor berkenaan kelihatan agak tidak selesa di kerusinya sambil tersenyum simpul dan menjawab, "saya okay". Dia kemudian kelihatan kehilangan kata-kata, dan tertera pula tajuk kecil, "Kenapa gagap. Hahaha."

Seterusnya, video memaparkan Dr Mahathir senyum apabila Kamarul Zaman menyoal sama ada bekas perdana menteri mampu mengawal parti seperti DAP dan tajuk yang muncil, "Aik..Tetebia cakap pasal DAP pulak... Tun senyum jelah."

Video itu berakhir dengan gambar Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar dengan ahli panel di pentas dengan bekas perdana menteri itu memandang ke arah Kamarul Zaman yang berdiri di sebelahnya.
Tajuk kecil yang tertera pula adalah "Bukak la mic tu dulu kalau gelabah pun."

Ini merujuk kepada mikrofon Kamarul Zaman masih melekat di telinganya sedangkan semua ahli panel termasuk moderator, masing-masing telah menanggalkan mikrofon mereka.




* Dalam hantaran di Facebook pagi tadi, penganalisis itu menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Di FB boleh cakap apa pun!
Bila berdepan terkulat-kulat. 
Video tak menipu tapi nampak Tuan Prof sedang menipu rasa dan perasaan sendiri tu kot?
satu lagi napa nampak janggal cara Tuan Prof bercakap?
Dengar antonasinya bila berhadapan dengan soalan. Pelik juga kerana dia adalah seorang Professor

Di bawah ni pulak N3 dan komen dari blog alhusseyn51

FRIDAY, MARCH 23, 2018
Hahaha! Profesor Kangkong jadi Kongkang?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi :

1. Aku ingatkan dia hebat sangat. Rupa-rupanya apabila bercakap, dia lebih banyak berinteraksi dgn kertas drpd audience. 

2. Tajuk wacana mengenai usia Tun M tapi dia hentam DAP, tuduh PH dikuasai oleh DAP sehingga diberhentikan oleh moderator sebab terkeluar tajuk. 

3. Ketika Tun M sampai, khalayak bangun menyambutnya, tetapi tidak dia. Yalah... Tun M orang tua, apa salah utk bangun menghormatinya? Hormatlah orang tua. 

4. Dia juga ambil kesempatan hentam PH kononnya tiada agenda Islam dalam manifesto. Tajuk wacana ialah usia Tun M bukan manifesto PH. Kenapa jauh benar konarnya? 

5. Syok juga apabila dia nak buktikan Tun M tak layak jadi PM dgn mengungkit habis tarikh kematian adik-beradik Tun M. Apa kena-mengena fakta usia mereka dgn Tun M?

6. Adakah dia nak kata Tun M juga sudah patut mati kerana adik-beradiknya semua sudah mati? Beradabkah ungkitan yg tiada kaitan sebegitu? 

7. Akhir sekali, dia bergambar sebelah Tun M. Mengikut cerita gambar itu, dia tertunduk saja ketika Tun M berpaling muka ke arahnya. 

8. Ya... Dunia realiti rupa-rupanya tidak sama dengan dunia bilik berhawa dingin ditemani papan kekunci. 

9. Terima kasih kpd Sinar Harian yg menjemput dia ke wacana itu. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh hampir dua jam itu, kami sedikit sebanyak boleh mengenali dia.

Mahathir The Legend :

Profesor Kamarul yang kritik Tun sebelum Tun datang punya la kuat bantai Tun. 

Bila berdepan terus terkucil. Masa nak balik Tun tengok muka dia. Siap tenung. Tapi dia tak berani pandang Tun.

Mungkin tengah geruh dan gementar. Inilah tahap utusan Najib. Takat tu jelah. 

Walau apa pun respek dengan cara Tun Dr Mahathir. Cara senyum tu paling mahal.

Ahmad Muslim Badawi Badawi :

Tabik lah aku dengan Tun Mahathir.. Tengah tonton video debat Sinar tentang Mahathir, Umur dan usia Mahathir untuk jadi PM.. dalam tengah2 debat, tengah wacana..dalam pada Prof Kangkung termasuk Prof Kamarul kutuk Tun Mahathir.. Tiba2 Tun Mahathir muncul di wacana dan debat Sinar yang tengah rancak kutuk Tun.. Ni baru betul Politician..

First time aku tengok Prof kamarul berwacana.. aku sampai tak boleh beza, samada yg sedang bercakap tu, sammada dia tu betul2 seorang Profesor.. atau Mat Gian dan penagih dadah.. cakap lalok semacam jer..

Sapa lah ambik dia bekerja dulu.. sapa yg interview dia ni , ambik dia kerja memang sah rendah IQ dia sama jer.. tapi bila dikenang itu UUM Sintok.. Kenangkan sapa Naib Canselor dia.. takdalah menghairan kan.. itulah standard nya.. :) 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm 

2 comments:

  1. kalau pemimping pun haprak prof mesti ada yang ikut haprak jugak
    kajian politik malaysai apa paedahnay elekkk
    selagi amono dsokong oleh rkayat yang suka diboddo
    selagi tula deritoooo

    ReplyDelete
  2. Greetings! Very useful advice within this article!
    It's the little changes that make the largest changes. Thanks for
    sharing!

    ReplyDelete