Friday, March 23, 2018

MH370: Dr. Mahathir nampaknya masih tidak puas hati laporan pencarian dan cara kehilangannya

Dr Mahathir bangkitkan semula teori misteri MH370
TMI · Diterbitkan pada 23 Mar 2018 12:56PM
Pesawat MH370 hilang dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 2014 dan mencetuskan operasi mencari dan menyelamat penerbangan terbesar dan termahal pernah dilakukan dalam sejarah dunia. – Gambar AFP, 23 Mac, 2018

PEMIMPIN veteran Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pesawat MH370 diambil alih secara kawalan jarak jauh dalam usaha untuk menggagalkan rampasan, menimbulkan semula teori konspirasi yang pelbagai tentang kehilangan pesawat itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal, kebanyakan dari China ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada petanda ditemui dalam misi pencarian besar-besaran Boeing 777 itu di barat Lautan Hindi yang diketuai Australia itu, terbesar dalam sejarah penerbangan, sehinggalah operasi itu ditangguhkan awal tahun lalu.

Hanya tiga bahagian disahkan sebagai sebahagian daripada MH370 ditemui, dengan semuanya di pantai Lautan Hindi, termasuk flaperon – bahagian sayap pesawat berukuran dua meter.

Dr Mahathir, 92, yang kini mengetuai pembangkang dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit pelbagai skandal, menjelang pilihan raya umum akan datang, berkata beliau tidak percaya Kuala Lumpur terlibat dalam mana-mana usaha menutup kejadian itu.

Tetapi beliau memberitahu akhbar The Australian dalam satu temu bual bahawa mungkin pesawat itu diambil secara jarak jauh.

“Pada 2006 dilaporkan bahawa Boeing diberi lesen untuk mengoperasi pengambilalihan pesawat yang dirampas ketika ia sedang terbang.

“Jadi saya fikir sama ada itu yang berlaku, atau tidak. Pelik bila pesawat itu tidak meninggalkan jejak langsung.

“Anda tahu sekarang orang boleh bawa kapal terbang tanpa juruterbang. Pesawat pejuang pun akan tidak perlukan juruterbang. Sesetengah teknologi kita boleh baca di media, tetapi banyak kepentingan ketenteraan tidak disiarkan,” katanya yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. – AFP, 23 Mac, 2018.

Baca berita selengkapnya di sini.

1 comment:

  1. Greetings! Very useful advice within this article! It's the little changes that will make the largest changes.
    Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete