Saturday, March 31, 2018
UMNO Perlis juga KETAT LUTUT Ribuan Hadir Ceramah PH di Perlis
Jelajah Pakatan Harapan Peringkat Negeri Perlis pada 30 Mac 2018 mendapat sambutan yang sangat hebat. Ribuan yang hadir!
UMNO Perlis juga KETAT LUTUT Ribuan Hadir Ceramah PH di Perlis
Jelajah Pakatan Harapan Peringkat Negeri Perlis pada 30 Mac 2018 mendapat sambutan yang sangat hebat. Ribuan yang hadir!
- sumber
Ucapan penuh
Ucapan Dr. Mahathir
Tapi Salleh kata:
Kehadiran ramai tidak cerminkan jumlah undi - Salleh
Pembangkang tidak boleh beranggapan bahawa kehadiran jumlah besar orang ramai dalam sesi ceramah mereka bermaksud memperoleh undi yang banyak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata masalah dengan pembangkang ialah “mereka beranggapan sesuatu yang dikehendaki itu sudah menjadi milik mereka, sedangkan ia belum lagi menjadi kenyataan dan mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir dalam ceramah itu sebagai bentuk undi."
Beliau memberikan beberapa contoh untuk membuktikan perkara ini dalam catatan menerusi blog beliau di sskeruak.blogspot.my.
Baca: Liew: Sambutan Melayu Kedah tanda 'tsunami' nak jadi
"Di Sanggang pada 2000, jumlah orang ramai yang menghadiri ceramah pembangkang begitu besar dan kesesakan lalulintas adalah sepanjang berbatu-batu sehingga perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenainya. Bagaimanapun, calon PAS kalah dalam pilihan raya kecil itu kepada calon UMNO," kata beliau.
Beliau berkata, perkara yang sama berlaku di Indera Kayangan apabila 30,000 orang hadir pada ceramah PKR dan di sebelah, hanya 300 berada pada majlis yang dihadiri menteri besar ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Tetapi calon PKR kalah kepada MCA," kata beliau dan menambah bahawa baru-baru ini, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah dua lagi contoh.
Salleh berkata sejak 1990, pembangkang diberitahu bahawa jumlah orang ramai tidak dianggap sebagai undi tetapi mereka tidak pernah mempedulikannya.
"Mungkin sebaik sahaja PRU14 berakhir, dan undi telah dikira, mereka mungkin mula memahaminya," kata beliau
* Yang Salleh kata tu mungkin betul dan mungkin tidak!
* Yang Salleh kata tu mungkin betul dan mungkin tidak!
Kalau nak tau rakyat sokong sapa bubar la parlimen cepat2. Rakyat pun terketaq-ketaq nak memangkah kertas undi ni
ReplyDeletekerana tidak percaya kpd angka inilah maka barua pengampu dan pencacai bertumgkus lumus sediakan bas bas percuma , nasi bungkus dan wang saku untuk angkut budak sekolah setiap kali najib turun kerana bimbangkan cuma sepuluh kerat si pekak badak dan pengampu tegar yg hadir menyambut najib
ReplyDelete