Sunday, March 25, 2018

Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini

Memang hujahnya bernas dan ‘powerful’, kata Hanipa
MALAYSIA DATELINE  -  March 25, 2018 12:00 pm
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menempelak kenyataan seorang pemimpin Pas yang katanya pernah menghadiahkan kepada isterinya sebuah kereta Audi Q7 itu, bahawa hujah seorang ahli akademik yang pro parti itu sebagai bernas.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung forum membincangkan Tun Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

Rakaman forum berkenaan tular di media sosial menonjolkan panelis forum, Dr Kamarul Zaman Yusoff bersikap sangat tidak selesa dengan kemunculan Tun Mahathir pada program tersebut.

Kata Hanipa, beliau pelik apa kaitan kebernasan hujah ahli akademik tersebut apabila beliau sibuk menyebut tarikh-tarikh kematian adik beradik Tun Mahathir.

Katanya lagi, apabila ahli akademik itu berkata bahawa dahulu Tun Mahathir sendiri mahu YB Pagoh menjadi Perdana Menteri (PM), beliau juga tidak nampak apa kebernasan hujah seperti itu.

“Pertamanya, takkanlah Tun nak calonkan diri dia sendiri sebagai PM. Keduanya, pencalonan Tun sekarang pun bukan daripada Tun tapi dari Pakatan Harapan (PH). Sudah tentulah PH nampak Tun ada ‘merits’ (kelebihan) yang lebih daripada orang lain.

“Mungkin juga hujah orang kuat 1MDB dulu juga dilihat bernas oleh pemimpin parti suci ini. Sebab tu barangkali hanya perlu dua jam je untuk puaskan hati,” tulis Hanipa dalam Facebooknya.

Jelasnya, ahli akademik tersebut sebelum ini juga pernah bersa tidak puas hati dengan buku yang ditulis oleh Speaker Dun Selangor yang kononnya ada kaitan dengan agenda Kristian.

“Mungkin bagi anggapan pemimpin yang bela ahli akademik itu, hujah ahli akademik tentang buku YB Speaker tu juga amat bernas.

“Tidak mustahil juga hujah tolak saman DoJ oleh Presiden parti suci atas alasan campur tangan asing juga dianggap bernas dan ‘powerful’ seperti kuasa kuda,” sindir beliau.

Kata Hanipa lagi, beliau sempat menonton video ahli akademik berkenaan berbicara sebelum dan selepas Tun Mahathir hadir di program berkenaan.

“Kesian juga nampak dia duduk ke depan dan ke belakang berkali-kali bila Tun M ada kat depan dia. Adakah itu mungkin cara orang berhujah dengan bernas dalam forum?

“Tak pe lah dia rasa bernas walaupun ahli akademik tu nampak sangat rimas bila Tun muncul di depan dia,” katanya.

6 comments:

  1. Dah macam sudin dalam seniman bujang lapuk da. Heii tun mahathor kenaplah kau datang tiba2. Ni pun dah berapa kali aku rasa nak tekucil2 asyik gerak kedepan kebelakang. Potong stim betullah orangbtua ni.

    ReplyDelete
  2. Hujah bernas standard sembang di "kedai Kopi"

    ReplyDelete
  3. Jadi pasu bunga pun bernas,berkecuali pun bernas..
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Bila sentiasa berhujjah pada tahap 3, dan bilamana ada kawan berhujjah pd tahap 2, tkkn tk bernas kot!!
    Saya kasi markah 2 dn 3 drp 10.
    Fail atau gagal la tu!!
    Jangan marah ya!
    Mcmana nk marah, yg kata bernas tu pun kaki klentong...pd 23.3.2017 dia pi enjoi ke Ho Chi Mingh city, tp bilang pd jamaah surau dn penyokong sendiri, ana ketinggalan flite dan kuliah maghrib trpksa dibatalkan.
    Kaki klentong sembangnya kencang!!! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju....yg puji tu sbb dia punya hujah lgi teruk dri kangkung tu. Sbb tu dia berasa hujah kangkung tu bernas sgt. agak2 adik bradik kangkung tu meninggal masa umur brape ek.

      Delete
  5. Heya i am for the primary time here. I found this board and I to find It really useful & it helped me
    out a lot. I am hoping to give one thing back and
    aid others such as you helped me.

    ReplyDelete