Monday, March 19, 2018

Please dont exhibit your ignorance, Mr Prime Minister!

Hujah Najib makan tuan!
MOHAMED HANIPA MAIDIN  -  March 18, 2018 10:03 pm
Saya kesian kepada MO1. Hujah beliau yang salahkan Tun M guna ISA dalam isu Operasi Lalang 1987, semasa berucap di hadapan 5000 kakitangan awam di Perak, hakikatnya hujah mempersenda diri beliau sendiri. Tak tahu lah beliau sedar atau tidak.

Bila hujah sebegitu katakan datang dari MP parti sarkas seperti MP Pontian atau MP Baling, saya masih boleh terima lagi . Tapi tidak. Ini datangnya daripada seorang PM sendiri. Amat malang.

Pertamanya, dalam isu Operasi Lalang, suka atau tak suka, MO1 tak boleh lari sama sekali daripada tanggungjawab. Maka, untuk salahkan Tun M seorang diri bukan sahaja tak cerdik malahan menzahirkan kealpaan beliau tentang doktrin tanggungjawab kolektif menteri (collective ministerial responsibility) yang menjadi “convention” dalam sistem demokrasi berparlimen (parlimentary system) ala Westminster. Doktrin ini begitu elementary (asas) sekali.

Memandangkan semasa Operasi Lalang 1987, MO1 berada dalam Kabinet Tun M, maka sebarang keputusan ketua kabinet beliau, dia hanya ada dua pilihan – sama ada beliau kena sokong atau setuju atau tak setuju atau tak sokong, protes dan letak jawatan. Itu sahaja. Titik.

Yang jelas, semua tahu MO1 tak pernah kata beliau tak setuju, tak pernah protes jauh sekali letak jawatan. Justeru, dia dianggap bersetuju penuh dan bulat dengan Operasi Lalang. Oleh itu, saya ingin nasihat dia lah. Janganlah jadi tak cerdik dengan hentam Tun M seorang bila dia juga secara jelas turut bertanggungjawab. Please dont exhibit your ignorance, Mr Prime Minister!

Yang keduanya, masa Operasi Lalang itu, sama ada Tun M atau MO1, kedua-duanya adalah pemimpin parti Umno. Jadi, parti Umno tak boleh cuci tangan dalam Operasi Lalang. Masa Operasi Lalang Tun M dalam Umno, sekarang beliau amat kuat lawan Umno. Sedangkan MO1 masa itu Umno, sekarang pun masih Umno. Jadi, realitinya, siapa yang lebih teruk rasanya?

ISA adalah zalim. Benar, ia dah tak ada sekarang. Tapi di zaman MO1 sekarang, undang-undang dengan roh atau spirit ISA masih ada lagi seperti SOSMA, POTA dan POCA. Akta MKN lagi teruk – bagi power yang lebih besar dan drakonian kepada PM.

Dan yang lebih teruk lagi Akta itu juga, saya hujah dalam Parlimen dulu, rampas kuasa YDPA dalam Perlembagaan di siang hari! Sebab itu, kami YB PH lawan habis habisan dulu. Sama ada YB Marang lawan atau tidak Akta MKN, maaf, saya tak pasti. Hatta tak pasti juga dia ada atau tidak kat Parlimen pada masa tu.

So ginilah, jangan temberang lah YB Pekan. Dan untuk parti suci, kenalilah musuh sebenar anda sekarang.!!!!

Allah lebih tahu.

YB Sepang.
18-03-2018

* Bukankah puncanya pun dari beliau dan Lee kim Sai?

1 comment:

  1. oi matjib budak budak dedak bolehla tipu
    olang lama jangan tipu lagi
    hnag pun sekor punca meluap nya keadaan masatu
    amboi masatu hang bukan main x lagi malayu malayu .puitla
    hnag pung mesti ditnagkap jugak masa tu
    baru adil

    ReplyDelete