Friday, March 23, 2018

Tenungan makrifat Dr. M berhadapan Prof tu.....

TENUNGAN MAKRIFAT – USAHA BURUKKAN IMEJ TUN DR MAHATHIR TERKANJAL !
Posted on March 22, 2018
Profesor ini bukan main hebat kutuk Tun Dr Mahathir Adakah pemimpin berumur 92 tahun layak menjadi Perdana Menteri? 

Tun M datang bersemuka dalam forum yang memperkatakan hal dirinya. Kenapa beliau pula jadi tergamam hilang fokus berhadapan dengan seorang pemimpin tua yang dikutuknya itu?

Beliau tua dari segi tubuh badan tetapi masih sihat, boleh berjalan tanpa tongkat. Fikiran masih tajam, boleh berhujah dan tidak ketinggalan zaman. 

Dunia sedang memperhatikan kebijaksanaan dan kematangan pemimpin genius ini dalam menangani kemelut dan masalah negara yang diakibatkan oleh pemimpin yang lebih muda DS Najib Tun Abdul Razak. 

Jika Tun Razak masih hidup umurnya kini 96 tahun. Bezanya tidaklah berapa jauh daripada Tun Razak hanya 4 tahun sahaja. Justeru ini adalah satu satunya pemimpin terhebat dunia. Satu anugerah Allah untuk bumi dan rakyat Malaysia. 

Nampaknya rancangan yang diatur  untuk mengaib dan menempelak  Tun gagal. Beliau dapat memintas niat jahat tersebut tepat pada masanya. - sumber

* Hii...hii....baca N3 ni aku tersenyum, rasa nak gelak tapi apa orang akan kata kalau mendengar aku gelak sorang-sorang nanti. Memang sekarang ni aku duduk sorang-sorang kat rumah di KB ni. Isteri aku di KL rumah anak, dah dua tahun lebih. Aku yang berulang alik KB-KL.

Korang tengoklah bahasa tubuhnya tu bila menerima tenungan makrifat Dr. Mahathir. Kalau ada video lagi bagus. Boleh tengok gelagat sepenuhnya. Agaknya apa yang tersarang dalam hati dan benaknya ketika itu?.



Ha....haa....memang biadap!

6 comments:

  1. Walaun pencacai tahap tu saja la..kalau nak berdebat lari awal

    ReplyDelete
  2. Di Indonesia, Presiden Republik itu dahulunya pernah dari kalangan yg cacat penglihatan. Allahyarham Pak Gusdur.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya tahniah la juga pada Dr Kamarul, sebab tak lari. Sesiapa yang pernah mengata orang, tiba2 orang yang diperkatakan itu datang duduk di depan kita -- akan faham bagaimana rasa Dr Kamarul pada masa tu. Si moderator tu siap suruh Dr Kamarul sambung lagi cakap celanya

    ReplyDelete
  4. ada rakaman en din..cari kat Youtube....sya pun nak tergelak..sblm pm dtg pun duduk mengelisat je...pm dtg...nasib x biru muka...tp mmg ada ketokohan langsung lah dia....sama aku gelak sorang2 kat sini..en din gelak di sana..hahaha

    ReplyDelete
  5. ada ketika dia merapu mengatakan PH nak hapus raja....en din tlg dengar kut2 sya salah dengar...belum tua mcm pm pun dah salah dengar..sya ler..buka u tube ada full video...jgn siar komen ni...

    ReplyDelete
  6. Anon 10:01 AM.

    Terima kasih. Ya saya dah jumpa kat youtube dan saya postkan kat sini

    ReplyDelete