Monday, March 26, 2018

Dr M tak layak jadi PM: Nik Amar pulak cuba ulas!

Senada jer ngan Hadi?

PAS: Dr M tak layak jadi PM kerana 'baggage politik'
mk  |  Dikemaskini 26 Mac 2018, 4:55 petang
‘Baggage’ atau ‘masalah” politik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

"Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah 'baggage' politik Dr Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan Umno selepas Dr Mahathir bersara.

"Jadi 'baggage' politik inilah merupakan faktor utama Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi)," kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.
Mohd Amar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai 'waktu kemuncak' masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

"Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

"(Prestasi Dr Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan," katanya.

6 comments:

  1. Berikan saja jawatan PM kepada Dato Amar supaya hancur lebur Negara ini.......!!
    Ada hati nak memerintah sudahlah muka tak berapa nak handsome......!!!!

    ReplyDelete
  2. Bodah..samakan ahli politik dengan pemain bola. Ada juga pemain yang bermain sampai umur 40. Lepas tu jadi coach gunakan akal dalam permaunan sama la dengan ahli politik.

    ReplyDelete
  3. Xpyah le bg amar ..amar bela babi je dlm PIGS..Pas+Ikatan+Gagasan Sejahtera ..mana tahu doa dan barokah amar babi bleh bertelur

    ReplyDelete
  4. Pd pemerhatian saya hebat sungguh aura yg ada pd Tun..sehinggakn bg satu kegerunan pd PAS..semua nak beri ulasan dari yg muda sampai pd yg tua..
    Ulasan2 yg cuba menyembunyikan kegerunan mereka pd si tua Tun..hebat..
    Yg mengatakn mereka parti yg mmperjuangkn Islam tak nmpak/tak de kesan pun tindakn atau percakapannya mereka..tak de aura pemimpin, tak mcm pejuang2 Islam dulu2..hinggakn disebut nama nya pun boleh menimbulkn kegerunan pd musuh..ALLAH campakkn kegerunan musuh pd mereka..Ni terbalik pulak, yg mengangkat diri mereka sbgai pejuang Islam pulak yg merasa gerun...kah kah..keiklasan n amalan pejuang Islam dulu2 mmg hebat.

    ReplyDelete
  5. Palah susahnya kalauvtak suka Tun M kadi PM kalahkan aje dia dalam PRU14. tak payah lah nak berdialoglah nak berseminar ke nak ulas. Ini yang depan mata isu semasa sekarang tentang kos hidup yang tinggi peluang pekerjaan yang kurang dan masalah rasuah dan IMDB takda pulak si lebai2 ni nak berseminar ke. Itu yang lebih afdal bukan duk menjilat untuk dapatkab habuan duniawi. Inilah wajah2 sebenar agamwan akhIr zaman yang menjual agama seperti dalam hadis NABI SAW.

    ReplyDelete
  6. I am truly thankful to the owner of this website who has shared this impressive article
    at at this place.

    ReplyDelete