Thursday, March 22, 2018

Terserlah: Tujuan sebenar Undang-Undang Berita Palsu

Thursday, 22 March 2018
TUJUAN SEBENAR UNDANG2 BERITA PALSU KINI SUDAH TERSERLAH....

Matlamat dan tujuan sebenar mewujudkan undang-undang berita palsu kini terserlah akhirnya.

Hanya kira-kira seminggu lagi sebelum undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari tampil membawa suatu pencerahan yang tidak sukar untuk difahami.

Beliau berkata, secara amnya definasi berita palsu adalah sesuatu berita yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa serta pihak yang mempunyai skop bidang tugas atau kepakaran dalam sesuatu perkara itu.
Sambil menyebut tentang 1MDB, katanya, maklumat berkaitan skandal itu adalah ditakrifkan sebagai berita palsu, melainkan yang mendapat pengesahan daripada kerajaan sahaja.

Amboiii...

Ini dengan sendirinya bermakna maklumat atau pendedahan skandal 1MDB oleh pihak lain seperti DOJ atau media antarabangsa misalnya, meskipun ia adalah benar dan berfakta, akan tetap dianggap sebagai berita palsu hanya kerana ia tidak disahkan oleh kerajaan.

Bermakna juga, dalam kempen PRU 14 mendatang ini, tiada apa-apa yang boleh diperkatakan lagi mengenai skandal 1MDB.

Soalnya, adakah kerajaan sedia mengesahkan sesuatu berita atau maklumat berkaitan 1MDB yang terkena ke dahi Perdana Menteri sendiri dan mereka yang rapat dengannya?

Lebih malang, bukan saja laporan audit 1MDB telah diOSAkan, malah laporan kewangan syarikat yang diaudit juga tidak dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi.

Dengan sendirinya, jika hanya yang disahkan kerajaan saja boleh diperkatakan, manakala yang buruk ditutup atau diOSAkan, makanya hanya yang baik dan indah sajalah yang boleh disebarkan selepas ini.

Apakah akhirnya nanti semua perkara lain juga tidak boleh diperkata atau dihebahkan sama, melainkan yang mendapat pengesahan kerajaan saja?

Bagaimana jika kerajaan sendiri enggan mengesahkan sesuatu berita yang dianggap merugikan mereka?
Dalam waktu yang sama, keadaan ini juga memberi ruang yang sangat terbuka dan tanda had kepada kerajaan untuk menyerang pihak pembangkang kerana semua berita buruk mengenai pembangkang sudah tentu akan dengan mudah disahkan benar oleh kerajaan.

Adilkah begitu?

Apa pun, pengenalan undang-undang berita palsu ini yang seolah-oah sengaja dibentangkan di Parlimen menjelang hampirnya tarikh pilihanraya, ia adalah satu lagi alasan terbaik untuk rakyat dan pengundi membuat perubahan dan menukar kerajaan.

Undang-undang ini tidak lain hanya menjadikan kerajaan semakin tertutup, tidak boleh ditegur dan menuju ke arah pemerintahan yang berteraskan ketidakadilan serta menutup penyelewengan. (ShahbudinHusin 22/03/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 09:22 

3 comments:

  1. Ya Allah bebaskan kami dari cengkaman amono
    seperti mana Engkau bebaskan bani Israel dari cengkaman piraun
    dah lama kami berusaha untuk meruntuhkan amono
    melalui pru tapi belum Engkau izinkan lagi
    kami tak jemu berdoa mengharapkan belas kasehan dari Mu
    hancurkan amnono ya Allah dah lama Engkau bagi kuasa depa tetap tak mau tegakkan hukum hukum Mu ya Allah
    malah depa tetap berlagak angkuh
    Engkau ynag bagi kuasa kepada manusia Engkau jugalah yang mencabutnya
    Limpahkan kesabaran kepada kami dalam menghadapi
    puak amono ni
    Aamiiin ya robbal 'alamin

    ReplyDelete
  2. astagfirullahaadzim...

    aku x tau nak ckp apa..nak doa mcm mana lagi UMNO BN ni....makin lama makin suka hati dia nak buat undang2 macam mana..asalkan dia selamat...so ko nak mentaderah..nak merompak....nak berkelakuan x senonoh ...org lain x boleh usik..tegur....ni pun nanti ada yg bodoh piang sokong..aku x atahu nak ckp apa lg dah...kepada Allah aku memohon pertolongan dari org2 zalim ni..
    mmg UMNO muka x tahu malu!......buat undang2 untuk protect diri sendiri....

    ReplyDelete
  3. Betina(?) ni cuba berlagak cerdik tp sebenarnya memperbodohkan diri sendiri(make a fool of yourself). Tak malu kat kawan2 ka?

    ReplyDelete