Thursday, March 29, 2018

Persempadanan semula SPR: Ada baiknya kita fahami tentang laporan itu

Apa sebenarnya dalam laporan persempadanan semula SPR?
mk  |  Dikemaskini 28 Mac 2018, 6:20 petang
LAPORAN KHAS | Laporan akhir persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semenanjung dan Wilayah Persekutuan dibentangkan di parlimen hari ini. Tetapi apa maksud sebenarnya buat pengundi biasa?

Selain pengundi terpaksa menyemak semula lokasi mengundi untuk pilihan raya umum akan datang, persempadanan semula juga telah mengubah nilai undi masing-masing.

Tidak jumlah pengundi satu kawasan itu, sama ada 10,000 atau 100,000 orang, tiap kawasan akan tetap memilih seorang wakil rakyat sahaja.

Amalam itu dilakukan setiap 10 tahun dengan alasan supaya jumlah pengundi setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi yang lebih seimbang. Bagaimanapun, kadang kala proses ini disalah guna untuk kepentingan sebelah pihak.

Malaysiakini akan membawa anda menyorot perubahan sempadan yang dicadangkan SPR dalam laporan ini.

Kami juga akan menunjukkan bagaimana ia boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta bagaimana pengundi boleh menyemak sama ada amalan itu menjejaskan mereka.

Bagaimana bentuk kawasan pilihan raya di Malaysia?

Terdapat keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dalamnya terdapat dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam setiap DUN ada beberapa daerah mengundi yang antara empat tempat bagi kawasan kecil sehingga 20 tempat bagi kawasan besar.

SPR boleh mengubahnya di setiap peringkat.

Apa SPR boleh buat?

Di peringkat pusat, SPR boleh memindahkan atau menukar kerusi DUN dari satu parlimen ke parlimen lain, mengubah komposisi sesebuah kerusi, populasi pengundi dan malah kecenderungan politik.

Perkara sama boleh dibuat di peringkat DUN dengan memindahkan pusat mengundi dari satu kerusi ke kerusi lain. Bentuk perubahan ini lebih sukar untuk dikesan semata-mata berdasarkan bilangan pusat pengundian.

Sebagai contoh, di Selangor sahaja ada 946 pusat mengundi.

Satu lagi perubahan, yang jarang berlaku, dengan memecahkan satu pusat mengundi kepada dua dan meletakkannya dalam kawasan berbeza.

Selain itu, SPR juga boleh menggabungkan pusat mengundi dari kawasan berbeza dan meletakkan di satu kawasan.

SPR juga boleh mengubah nama kawasan atau pusat mengundi.

Apa yang SPR buat?

Persempadanan semula kami ini agak unik kerana tidak melibatkan penambahan jumlah kerusi parlimen, yang memerlukan pindaan perlembagaan dan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Seperti yang kita tahu, BN tidak lagi mempunyai suara sebanyak itu di parlimen.
Bagaimanapun, SPR telah menggariskan semula sempadan pilihan raya di 222 kerusi parlimen, yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah dalam parlimen.

BN dengan mudah dapat mengalahkan pembangkang apabila pengundian dibuat.

Perkara itu telah berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi tidak semenanjung kerana BN tidak menguasai tiga negeri dan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Perubahan di peringkat persekutuan

Semakan terhadap laporan persempadanan semula menunjukkan sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen diubah dengan memindahkan DUN antara kawasan parlimen.

Di Perak misalnya, kerusi Sitiawan (dinamakan semula sebagai Astaka) bawah parlimen Lumut dipindahkan ke kawasan parlimen Beruas.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lumut mempunyai tiga DUN – Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. PKR menang di parlimen Lumut dengan 8,168 undi.

Bagaimanapun, kebanyakan undi PKR datang dari Sitiawan, yang DAP menang dengan jumlah besar 11,820 undi. Pembangkang kalah di Pasir Panjang dan Pangkor.

Justeru, tanpa Sitiawan, pembangkang kemungkinan besar akan kecundang di Lumut.

Di Kelantan, kerusi DUN Chetok di Pasir Mas ditukar dengan Meranti di Rantau Panjang

PAS menang di Pasir Mas dengan 8,047 undi manakala di Rantau Panjang pula dengan majoriti 6,276 undi.

Dengan memindahkan Meranti (PAS menang 3,933 undi) dengan menggantikannya dengan Chetok (PAS menang 1,985 undi), Rantau Panjang akan menjadi kerusi lebih marginal. Sementara Pasir Mas yang sudah sedia selamat akan lebih menjanjikan kemenangan pada parti itu.

Di Selangor terdapat perubahan di l0 kawasan parlimen.

Kawasan-kawasan itu adalah Hulu Langat, Serdang (dinamakan semula sebagai Bangi), Puchong, Kelana Jaya (Subang), Petaling Jaya Selatan (Petaling Jaya), Petaling Jaya Utara (Damansara), Subang (Sungai Buloh), Kapar, Klang dan Kota Raja.

Berikut ringkasan perubahan itu:
Beberapa DUN terlibat diberi nama baru, iaitu Bangi (ditukar kepada Sungai Ramal, Damansara Utama (Bandar Utama), Sungai Pinang (Bandar Baru Klang), Kota Alam Shah (Sentosa) dan Sri Andalas (Sungai Kandis).

Pulau Pinang hanya satu-satunya negeri yang tidak mempunyai perubahan sama ada di peringkat DUN atau parlimen.

Perubahan DUN

Kerusi DUN boleh diubah dengan memindahkan kawasan mengundi.

Terdapat 6,125 pusat mengundi di semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Ratusan perubahan telah dibuat, menjadikan mustahil disenaraikan semula dalam laporan ini.

Bagi menggambarkan perubahan itu, contohnya dalam dilihat di DUN Bukit Selambau di Kedah, yang dimenangi PKR dengan hanya 530 undi.

SPR memutuskan memindahkan pusat mengundi Taman Ria Jaya (dimenangi PKR dengan 905 undi) ke DUN bersebelahan, Sidam.

Ia bukan sahaja menghapuskan majoriti PKR tetapi memberi kelebihan 375 undi kepada BN.

Di Johor, DAP kalah tipis 103 undi di Paloh.

SPR memindahkan Felda Kahang Barat ke Paloh. Felda itu menyaksikan BN menang dengan 1,279 undi.

Pusat mengundi itu pada asalnya dari kawasan bersebelahan Kahang, yang BN menang selesa 7,801 undi.

Lihat carta ini dalam Infogram.

Perubahan pusat mengundi

Penggabungan dan pemecahan pusat mengundi jarang dibuat tetapi semakan laporan persempadanan semula yang dilihat Malaysiakini menyaksikan ia berlaku di sesetengah tempat.

Di pusat mengundi Pak Sabah, Terengganu, dalam DUN Rantau Abang (PAS menang 141 undi), mempunyai 1,887 pengundi.

Berdasarkan Google Maps, pusat mengundi melibatkan dua kampung, iaitu Kampung Che Lijah dan Kampung Pak Sabah.
SPR memindahkan 1,163 daripada 1,887 pengundi di Pak Sabah ke Sura Gate, pusat mengundi di DUN Sura.

Susulan Pak Sabah hanya melibatkan pengundi dari Kampugn Che Lijah, ia diberi nama baru pusat mengundi Che Lijah.

Perubahan di peringkat ini sukar dianalisis kerana pengundi Che Lijah dan Pak Sabah membuang undi di peti yang sama dalam pilihan raya umum lalu. Mustahil untuk diketahui tentang kecenderungan pengundian di kawasan itu.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, 59.87 pengundi di kawasan itu cenderung kepada PAS. Mengandaikan 1,163 pengundi dipindah keluar dan akan mengundi dengan dengan cara yang sama, PAS akan hilang 700 undi.

Memang di Rantau Abang dengan majoriti tipis 141 undi, pemindahan itu boleh membuatkan PAS kalah kali ini.

Bagaimana perubahan ini pengaruhi keputusan PRU14?

Kesemua kiraan di atas berdasarkan keputusan pilihan raya umum lima tahun lalu dan sempadan pilihan raya baru.

Bagaimanapun, dengan faktor-faktor baru menjelang PRU14, sempadan baru pilihan raya akan mengukuhkan lagi kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak, BN dan pembangkang.

Sebagai contoh, jika sokongan tidak berubah, pertembungan tiga penjuru dengan sempadan baru pilihan raya akan menyebabkan Pakatan Harapan dan PAS kalah teruk.

Sebaliknya, jika “tsunami Melayu” menyebelahi HARAPAN, seperti dijanjikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan memakan diri BN.

Kamu terjejas atau tidak?

Malaysiakini menyediakan sistem untuk pengundi menyemak sama ada kawasan anda dipindahkan atau tidak. Ia dijana dengan data-data dari laporan persempadanan semula yang dibentangkan di parlimen hari ini.

No comments:

Post a Comment