Friday, March 23, 2018

Malu ler tu: Kah..kah... dia kata Tun tunjuk-tunjuk berani, tapi heh..heh...siapa yang terkucil?

* Takyah nak berdalih, takyah nak berhelah. 
Banyak rakaman video di majlis tu......takkan tak tahu video tak berbohong kecuali ada yang edit
Haha.....hanya sorang jer yang berlagak dalam takut dan gugup sehingga mic pun lupa bukak. Kerana terlampau terujalah tu kot?
Dahlah bercakap macam budak pejabat disoal boss!

Dr. Mahathir lucu atau hang yang pengecut?
Itu sebab hang selalu tinju bayang!

Yang lucunya adalah hang, dari 3 ahli panel hanya hang sorang yang tak nampak kekuatan Tun sedangkan yang dua lagi tu mengakuinya. Hang ingat kekuatan seorang pemimpin tu pada umurnya atau pada otaknya? Gus Dur separuh buta, tapi boleh jalani tugas presiden dengan baik. Yang muda pun kalau hamlau apa gunanya pada rakyat? 

Dr Mahathir hanya cuba tunjuk berani, kata pensyarah UUM
mk · Diterbitkan pada 23 Mar 2018 4:02PM
Pensyarah Kamarul Zaman Yusoff (dua dari kiri) bersama panel lain pada forum Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua untuk Jadi PM?, di Shah Alam semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac, 2018

PENSYARAH Kamarul Zaman Yusoff berkata Dr Mahathir Mohamad hanya cuba berlagak berani apabila membuat kemunculan mengejut ketika beliau mengkritik pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu forum yang berlangsung semalam.

Dr Mahathir sepatutnya awal-awal lagi menyatakan kesudian untuk hadir ke forum anjuran Sinar Harian itu, kata pensyarah Universiti Utara Malaysia berkenaan dalam kenyataannya di Facebook.

Mengulas mengenai insiden yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Sinar Harian itu, Kamarul juga berkata sikap Dr Mahathir lucu.

“Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan.

“Jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton  ,” kata Kamarul.

Dr Mahathir muncul di dewan acara tersebut di Shah Alam ketika Kamarul menyampaikan pandangannya bahawa bekas perdana menteri berusia 93 tahun itu tidak patut dilantik semula menjadi perdana menteri.

Sejurus sebelum ketibaannya di dewan terbabit di Shah Alam, bekas perdana menteri itu menulis di Facebook agar ahli panel yang mengkritiknya itu “memberitahu pada saya secara berdepan”.

Kamarul juga menangkis dakwaan beliau ketakutan apabila Dr Mahathir Mohamad muncul secara tiba-tiba ketika ucapannya itu.

"Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik saja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

"Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir," tulisnya di Facebook.

Beliau menjawab kritikan di kalangan pengguna media sosial yang mendakwa beliau ketakutan apabila bekas perdana menteri itu muncul dan mengambil tempat di ruang hadirin.

Kamarul juga tidak berpuas hati kerana pengendali forum, Nazri Kahar bersikap sebagai penyanjung Dr Mahathir dan juga pengkritik Perdana Menteri Najib Razak.

“Ini terbukti daripada soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi,” katanya.

Kamarul juga berpendapat, forum anjuran Sinar Harian itu berat sebelah dan acara itu diadakan untuk mempromosi Dr Mahathir.

“Ini kelihatan dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut kupasan topik berkenaan bertujuan supaya 'kita nampak jelas kekuatan Tun',” dakwanya.

Dua lagi ahli panel forum itu ialah pakar psikologi, Prof Mat Saat Baki dan jurulatih kecergasan Kevin Zahari. – 23 Mac, 2018.

11 comments:

  1. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.
    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Bila sudah malu, macam2 alasan terkeluar bagi 'cover' kemaluan yang terdedah semasa forum tu. Lebih 1 juta rakyat dah saksikan kegelabahan dan terkedunya yang ditunjukkan oleh seorang yang tiada keikhlasan dalam ilmu kritik. Malu sudah tak dapat disorok lagi.

    ReplyDelete
  3. Bole sesap bagitau latarbelakang alademik prof dr ni. Apa major dia.. agak musykil bila jadikan umur mati adik beradik tun dan bypas jantung sebagai sebab tak leh jadi pm. Bodylanguage tak bole bohong bila duk gelisah tak tentu pasal. Cuba prof tengok video tu berulang kali dengan family n studen dan minya diorang komen ya prof. Akhor zaman ni banyak bayat cash atas apa yang kita buat. Sekrang prof dah macam selebriti popular boleh masuk meletop. Tak lama lagi adalah parodi. Nak cendolllll. He he

    ReplyDelete
  4. tak kera lah jemput atau tidak
    ynag penting berani berhujah dengan yakin
    bukan macam berok terperangakap
    dahlah budak kangkong

    ReplyDelete
  5. Mengaku sajalah. Lagi bermaruah. Belajar drpd persembahan Tun dan Prof Mat Saat bagaimana nk buat penyampaian. Bagaimana nk susun point supaya flow pengucapan lancar. Taklah berterabur. Barulah sesuai dgn taraf pensyarah U. Kalau lagu tu guru sekolah pun lg baik.. belajar lagi n try again. Jgn ada kail sejengkal nak duga lautan dalam.

    ReplyDelete
  6. Dah tak boleh blah,byk alasan ckp pun tersekat lg nk sembang pekat.

    ReplyDelete
  7. Hebat dlm memberi alasan kat Fb, tp masa berforum, terkecing dan terkincit bila melihat TDM dihadapan.

    ReplyDelete
  8. Kalau tak berlagak macam bangsat,tak sah jadi walaun
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Tun M yang dikatakan tua itu masih mampu hadir dalam wacana tersebut sedangkan Najib yang lebih muda berbanding Tun langsung tak nampak batang hidung dalam program 'Nothing to hide' dulu. Malahan Hadi yang bertopengkan islam itu juga kerap ponteng sidang parlimen dan asyik kluk klek. Akhir sekali, profesor yang masih muda lagi dalam mempertikaikan usia tua Tun semasa wacana itu, pun juga beberapa kali tersasul ketika menyampaikan hujahnya, porrah profesor yang semacam ini! Mana nak sorok muka depan studen ketika kuliah di UUM nanti, malulah wehh!!!

    ReplyDelete
  10. Memalukan UUM! Adalah lebih baik golongan pensyarah tidak terlibat lansung dengan politik kepartian.
    Ahli parti apabila menjadi pensyarah sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembelajaran dan ilmubyg diberikan.
    Ini berlaku lebih teruk lagi jika pensyarah yg separuh masak diketengahkan.

    ReplyDelete
  11. Cuba kamu semua nengok body language kedua-dua ahli panel selain dari propesor UUM tu. Tenang saje tak perlu tukar posisi duduk berkali kali. Pastu amati cara penyampaian mereka. Yang nama Kevin tu aku rasa ada flow penyampaian yg jauh lebih baik dari propesor UUM tu. Dia propesor unibersiti mana?

    ReplyDelete