United tamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic, dijangka sertai L.A Galaxy
Agensi | Diterbitkan pada Mac 23, 2018 05:00 MYT
Keputusan dibuat di tengah-tengah khabar angin yang mengatakan dia akan menyertai kelab baru dari Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy. -Foto Reuters
LONDON: Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic akan meninggalkan kelab Inggeris itu selepas United bersetuju menamatkan kontraknya serta-merta.
“Manchester United mengesahkan kelab itu telah bersetuju untuk menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic serta-merta,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Keputusan dibuat di tengah-tengah khabar angin yang mengatakan dia akan menyertai kelab baharu dari Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy.
“Semua pihak ingin berterima kasih kepada Zlatan, atas sumbangannya kepada pasukan sejak menyertai kelab ini dan kami mengucapkan salam sejahtera untuk masa hadapannya,” tulis kenyataan itu lagi yang dimuat naik di laman rasmi kelab itu.
Sementara itu Zlatan dalam reaksi di media sosial berkata “Tiba masanya untuk berhijrah selepas dua musim menakjubkan bersama Manchester United. Sesuatu yang indah itu juga ada kesudahannya.”
Pemain berusia 36 tahun dari Sweden itu, telah menjaringkan 62 gol antarabangsa sepanjang 116 perlawanan.
Dia memulakan kerjaya cemerlang bola sepak dengan menyertai kelab Malmo di negara kelahirannya pada 1999 dan pernah beraksi kelab Eropah Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan Paris St Germain sebelum menyertai United musim lalu.
Bersama United, dia menjaringkan 28 gol di musim pertama bersama United sebelum dilanda kecederaan lutut pada April.
Meskipun cedera, kontraknya disambung pada pengakhir musim dan kembali beraksi pada November tahun lalu.
Kali terakhir dia beraksi bersama United adalah pada 26 December lalu sebelum kembali direhatkan akibat kecederaan.
Galaxy dijangka mengumumkan perpindahan Zlantan hari ini.

No comments:
Post a Comment