Friday, March 23, 2018

Orang Kedah buat dua kali, contoh Agong: Gurauan Tun Dr Siti Hasmah yang buat aku juga tersenyum: ..

Siti Hasmah: Orang Kedah buat dua kali, contoh Agong
mk  |  Dikemaskini 22 Mac 2018, 10:42 malam
Buat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyerahkan suaminya sebagai calon Perdana Menteri untuk kali yang kedua bukanlah suatu keputusan yang mudah.

"Apabila kali pertama saya dapat tahu pun (pencalonan itu) bukan daripada dia, daripada orang lain yang dia jadi (calon) berpotensi perdana menteri ke tujuh.

"(Perasaan) sedih sebab lagi sekali saya kena serahkan suami saya kepada rakyat jelata," kata Siti Hasmah.

Beliau mengimbau Dr Mahathir Mohamad berusia 56 tahun ketika kali pertama menjadi perdana menteri dan tidak lama lagi umur Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bakal mencecah 93 tahun.

Bimbang dengan faktor usia tersebut, beliau bertanyakan hal itu kepada suaminya.
"Jawab beliau, itu tanggung jawab saya," kata Siti Hasmah menjawab soalan moderator Nazri Kahar dalam siri forum Wacana Sinar Harian berjudul, 'Wacana Sinar ke 53: Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM'.

Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, hari ini membuat kejutan apabila menghadiri forum itu di Shah Alam, hari ini.

Siti Hasmah juga sempat berseloroh ketika ditanya pendapatnya berhubung pencalonan Dr Mahathir sebagai calon PM ke tujuh itu.

"Sekali lagi saya tidak dapat nak mempertikaikan lagi penerimaannya sebagai potensi PM ke tujuh. Yang saya risaukan sekarang ini, diri saya.

"Banyak orang berkata, kita orang Kedah. Orang Kedah mesti buat dua kali. Ikutlah Agong. Agong dari Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim. He was blessed to be the Agong twice. Kali ini pula Perdana Menteri dari Kedah.
"Beza yang saya pertikaikan ini, Agong pada pusingan pertamanya, permaisuri Sultan ialah Sultanah Bahiyah, yang keduanya Sultanah Haminah, selepas itu saya masih ada lagi ini. Apa peranan saya pula nanti?" Begitu gurauan Siti Hasmah yang mengundang tawa hadirin.

Beliau juga berkata akan terus menyokong Mahathir jika ditakdirkan beliau sekali lagi dipilih menjadi PM ke 7.

"Jika ditakdirkan Tuhan, suami saya menjadi Perdana Menteri ke 7, InsyaAllah saya akan sokong beliau sebagai seorang isteri yang taat setia kepada suami.

"Peranan saya yang paling penting sekali untuk menjaga PM ke 7 yang berpotensi ini dari segi kesihatannya," katanya lagi.

Kaitan: Pembantu yang lagak melebihi malaikat yang tahu niat dan isi hati orang

* Kan bagus kalau mamat ni letak jawatan dan bertanding dalam PRU14 ni dari menyampuk tak tentu hala tentang politik. Takkan sentiasa nak berlindung di bawah ketiak Rosmah?

1 comment:

  1. I have been exploring for a little for any high-quality articles or blog posts on this sort of
    house . Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this website.
    Reading this information So i'm glad to convey that
    I've a very excellent uncanny feeling I found
    out just what I needed. I such a lot unquestionably will make
    certain to do not fail to remember this website and provides it a glance regularly.

    ReplyDelete