Thursday, March 22, 2018

Kamu sudah jauh tersesat dengan mainan Iblis

Abid zuhud rupanya serigala lapar
MALAYSIA DATELINE  -  March 21, 2018 10:26 am
Ketua AMANAH Kawasan Marang, Ustaz Miqdad Zakaria melahirkan kebimbangannya melihatkan situasi politik semasa yang membabitkan tokoh-tokoh agama daripada parti Islam Pas.

Terbaharu adalah berhubung kontroversi doa laknat yang dibuat oleh pemimpin Pas, Ustaz Dusuki Abd Rani dalam satu program parti itu di negeri Selangor baru-baru ini.

Kata Miqdad, ramai yang sudah sesat disebabkan pegangan politik yang mengatasi aqidah dan ibadat.

Ujar beliau, sudah lama perkara sebegini berlarutan, semua gara-gara tangan agamawan yang mengetahui tetapi takut untuk bersuara sementelah untuk mengambil bahagian..

Tambahnya, sudah sampai masanya etika politik Islam dikemaskini, kembalikan batasannya supaya orang awam dapat mengenali dan memahami.

Beliau menyeru tokoh-tokoh agama daripada Pas seperti Ustaz Dusuki supaya berhenti membebalkan minda masyarakat dengan menyemaikan keyakinan bahawa pakatan politk lain selain Pas adalah musuh yang perlu dihapuskan.
Miqdad Zakaria

Kata beliau, Allah Tuhan sekalian mahkluk, bukan hak milik mutlak yang orang Islam dalam parti PAS.

“Jika kamu (Dusuki) dan pengikut kamu mengganggap kami ini layak menerima laknat daripada Allah disebabkan berbeza pendapat dari sudut ijtihad, maka dengan ini kamu sudah jauh tersesat dengan mainan Iblis yang bersarang di dada nafsu kamu gara-gara keinginan itu sudah mengatasi kehendak iman.

“Sekali lagi ana (saya) ulangi, kamu sudah jauh disesatkan oleh tipu daya iblis yang datang dengan gambaran seorang abid kononnya zuhud akan dunia, walhal hatinya lebih kejam daripada seekor serigala yang tengah lapar,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau sekali lagi menyeru pemimpin-pemimpin Pas supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengajak manusia mengenali keindahan Islam, yang boleh menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah dan azab api neraka.

“Sama-samalah kita bertaubat dan memohon ampun.. Kita tidak mengetahui hakikat sebenar melainkan yang zahir. Ilmu Allah sangat luas, mengatasi segala ilmu seluruh manusia,” kata beliau.

9 comments:

  1. Ustaz2 dan lebai2 dalam PAS dah terperangkap dengan hasutan iblis, syaiton dan kebelakangan ni lagi parah setelah terperangkap dengan longgokan dedak!!

    ReplyDelete
  2. pas dan umno sudah lama berhati syaitan!

    ReplyDelete
  3. Sangat sukar hari ini untuk membuat penilaian apakah kebaikan yg dibawa oleh Pas kpd masyarakat islam. Jauh sekali untuk masyarakat bukan islam. Ramai org bukan islam yg sudah menonton video aksi mustapha ali dan ramai lg yg sudah mendengar kata2 kasar pemimpin Pas. Tidak PASti dimana kedudukan Pas sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah cerita tontowi dan lebai tunjuk kote. Kemudian video nik abduh pow duit umno dan sapu balak kelantan. Tuang presiden pakar binatang(yg terkini lembu!) akhlak hancus. Pas dah hilang kredibiliti habis. Cuma walaun akal dilutut yg masih sokong

      Delete
  4. dusuki lupa dia telah menghina Duli Sultan Selangor. Baginda saw adalah ketua agama kepada sebuah negeri islam iaitu Selangor.

    ini derhaka kpd Tuanku namanya dan patut diharamkan dasuki jejak kaki ke Selangor. kalau selain pas adalah musuh islam, apakah sultan2 yg tidak masuk pas juga musuh islam? jawablah dgn terang berani jgn gentar..

    kita nk tanya lah.. kalau pas saja kunun (perasan) berada dipihak Nabi saw dan PH adalah geng Ahzab, umno pulak puak mana di zaman Nabi saw? Abdullah Ubai ke apa?

    amat menyedihkan, dikala umat islam dirogol dicincang disembelih syiah bashar laknatullah dgn bantuan kufar iran dan Russia, hadi boleh menyembah iran dan memeluk syiah.

    tidak pulak ketika itu dasuki dan pas buat solat hajat utk umat islam Syria. itu lebih utama utk didoakan hancur kpd bashar laknatullah.

    malah hj hadi tidak perlu ingin menyantuni ulamak2 besar syam seperti Sheikh Kurayyim da Sheikh Ali Assoubuni ketika berada dimalaysia kerana mereka dihukum mati oleh bashar.

    sedangkan UAI dan TGNA mencium tgn mereka itu sebb mereka ulamak besar.

    ini kerana hadi pro syiah iran dan beranggapan pejuang dan umat islam Syria yg dizalimi dan mempertahankan diri sebagai agen amerika. hadi betul2 dan termakan doktrin syiah.

    nasihat pd dasuki..

    agama ni bukan retorik dan perasan kunun kita dizaman nabi saw dan pas lah golongan sahabat nabi saw. org lain semua bukan islam. jgnlah perasan. agama bukan boleh main perasan hanya kerana pakai kupiah serban bendera hijau dan rajin takbir.

    agama bukan hanya pandai fasih quran hadis. agama adalah realiti kehidupan dan sesuai dgn semua keadaan. bukan semata2 perasan.

    agama bukan hanya melaung hudud2 di padang merbok tp mesti dilaksana mengikut undang2 yg ada dan perlu mendalam kajiannya. bukan kerana tolak hudud (bukan hudud pun hanya 355 aje), tp kita tk mahu kerana nafsu serakah hukum agama jadi pincang dan mencemar islam akhirnya.

    ingatlah akan pesan nabi saw mengenai golongan khawarij yg disifatkan sebagai anjing neraka. mereka itu lebih baik ibadat quran dan amalan agamanya dpd para sahabat nabi saw....

    dan pas lebih relevan dgn golongan khawarij ini. jauh sekali nk sama dgn sahabat2 rdh. yg jelasnya pas adalah sahabat kepada tn hj najib dan tn hj jho low.

    apa nk jadilah pas ni. minta dijauhkan mereka dr pemerintahan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari petikan 'Baginda saw adalah ketua agama kepada sebuah negeri islam iaitu Selangor.' itu, sebaiknya sebutan 'saw' itu ditiadakan kerana ianya khusus hanya untuk Nabi Muhammad saw.

      Selainnya, hujahan yang dititipkan adalah bernas.

      Delete
    2. tqvm tuan.. itu satu kesilapan typo saya. harap maaf

      Delete
  5. Setuju sangat dgn artikel di atas.Bravo..

    ReplyDelete
  6. Bukan ruu355 atau hudud yg akan memperbetulkan segala penyelewangan yg dilakukan oleh org islam. Cuma TAKWA. Conthnya bertakwakah datin yg belasah amah dia, atau bertakwakah hakim yg jatuhkan hukuman tak setimpal?

    ReplyDelete