Wednesday, March 28, 2018

King Maker: Kenyataan Media Mahfuz

Kenyataan media

TADBIR MALAYSIA, KING MAKER,TAWAN 5 NEGERI DAN JADI PENASIHAT: PAS JADI PARTI WAS-WAS.

1. *Semakin hari semakin tidak ketahuan halatuju serta matlamat PAS menyertai pilihanraya umum ke-14 akan datang*.

Sekitar Jun 2017, PAS telah menyatakan akan *bertanding 80 kerusi kawasan Parlimen dengan hanya menyasarkan kemenagan sebanyak 40* kerusi sahaja pada pru14 akan datang.Bilangan 80 kerusi untuk *bertanding kemudiannya telah dianjak menjadi  100 kerusi dan sasaran kemenangan tetap pada angka 40* setelah dipersoalkan oleh ahli PAS bahawa 80 dan 100 kerusi parlimen tidak mampu untuk PAS membentuk kerajaan.

Sifir mudah untuk PAS bentuk kerajaan,paling kurang mesti memiliki 112 kerusi kawasan parlimen.Dengan hanya 40 kerusi kemenangan,ianya tidak logik untuk PAS melantik Perdana Menteri hatta untuk lantikan JKKK juga tidak boleh .PAS mendakwa pada suatu ketika bahawa dengan hanya *40 kerusi,PAS akan menjadi,'mahal' sebagai 'King Maker' (penentu)* kerana mengandaikan tiada parti yang akan memperolehi cukup bilangan kerusi bagi membentuk kerajaan.Maka  Barisan Nasional atau Pakatan Harapan akan mencari PAS bagi membentuk kerajaan.

2. Saya telah memberi komentar terhadap sterategi yang sudah diumum awal PAS sebagai  *'berniat menipu pengundi-pengundi yang mengundi PAS'*.Pertandingan 'tiga (3) penjuru' akan berlaku antara BN ,PH dan PAS.Situasi tersebut membuatkan *PAS akan berkempen dan meyakinkan ahli,penyokong dan pengundi PAS bahawa PAS bertarung melawan PH dan BN*.

Seterusnya perancangan PAS selepas pru14 kelak adalah  bersedia *berunding dengan Umno* seperti yang dinyatakan oleh Dr Zuhdi Marzuki Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) yang mana PAS hanya ada 2 pilihan iaitu sama ada kekal sebagai pembangkang atau bentuk kerajaan campuran dengan UmnoBn.

Ini merupakan *penipuan awal secara terang dan menjadikan pengundi PAS umpama 'barang jualan' yang akan dijualnya 40 kerusi kepada UmnoBn*.

3. Kini Tok Guru Presiden PAS mengumumkan akan *bertanding 130 kerusi Parlimen dengan tujuan kononnya hendak perintah Malaysia* dan berkempen agar rakyat memberi kepercayaan  kepada PAS dan Gagasan Sejahtera sepenggal.Menghairankan apabila  sebelum itu PAS menyatakan tiada parti yang cukup jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan dan perlu bergantung kepada 40 kerusi, tiba tiba PAS bersama Gagasan Sejahtera berkata mahu perintah Malaysia pula,seolah-olah PAS boleh dapat cukup jumlah kerusi nak memerintah Malaysia.

4. Saya difahamkan bahawa ahli dan pengundi-pengundi PAS keliru memikirkan mana satu matlamat PAS dalam menyertai pru14 akan datang.Di sebalik kenyataan hendak memerintah dengan bertanding 130 kerusi, Tok Guru Presiden PAS menyatakan *jika tidak dapat memerintah Malaysia bersendirian maka matlamat mensasarkan untuk mendapat 40 kerusi tetap menjadi keutamaan PAS*.Seterusnya Tok Guru Presiden PAS dalam satu kenyataan mendakwa bahawa *PAS mahu tawan lima (5) negeri pada pru14* iaitu kekal Kelantan tawan Terangganu,Selangor,Kedah dan Perlis.Ini bermakna *PAS penuh kerelaan untuk membiarkan UmnoBn kekal memerentah di negeri negeri lain dan ini pernah di ungkap oleh Tok Guru Presiden dengan menyatakan "kalau negeri lain UmnoBn nak perentah biar ke dia"*.

5. Kini PAS menyatakan pula untuk bersedia *menjadi penasihat kepada  kerajaan yang memerintah*.PAS dah jadi *'parti  was-was'*.

"Kalau dah nak *jadi penasihat tak payah la bertanding dalam pru14"* dan untuk apa PAS bertanding jika sekadar nak jadi 'kuasa penentu' atau penasihat.Untuk *jadi penasihat tidak perlu susah payah habiskan wang ahli PAS bertanding sampai 130 kerusi* Parlimen dan sejumlah kerusi DUN.Adalah lebih baik duit  tersebut dibelanjakan untuk kerja kerja dakwah dan pendidikan ummah. *Nak jadi Tuan Penasihat tak bertanding dan tak perlu kerusi pun boleh jadi penasihat*.

6.Kepada ahli dan pengundi PAS serta pengundi keseluruhannya, *tiada lagi keperluan untuk mengundi PAS*.Jangan biar diri kita menjadi *mangsa mainan politik PAS*,jangan biarkan undi kita menjadi *barang dagangan politik* pimpinan PAS dan jangan biarkan undi dan diri kita *dijual oleh pimpinan PAS kepada UmnoBn selepas pru14 atas nama 'king maker' untuk menjadi tongkat dan 'pelapik tiang' Najib Razak dan penyangak UmnoBn yang mereput*.

*"Pakatan Harapan Adalah Kerajaan Menunggu"*

#SelamatkanMalaysia
#TolakUmnoBnPas
#UndiPakatanHarapan
#MenjulangKuasaRakyat
#KitaBinaSemulaMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Parlimen Malaysia
27 Mac 2018/9 Rejab 1439H

No comments:

Post a Comment