Thursday, March 22, 2018

Dr. Mahathir buat kunjungan mengejut di Wacana Sinar Harian ke-53

* Sayangnya sekarang aku berada di KB, kalau tidak rasa aku nak tengok dan dengar bagaimana Dr Kamarul Zaman Yusoff bersilat di hadapan khalayak

Tun Mahathir buat kejutan
WARTAWAN SINAR HARIAN - 22 MAC 2018
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila turut sama menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini

SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila turut sama menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Tun Mahathir yang juga bekas perdana menteri tiba di lobi Karangkraf sekitar jam 4 petang bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?
Kehadiran bekas pemimpin nombor satu negara itu disambut dengan meriah oleh penyokong beliau yang hadir sama bagi mengikuti program wacana tersebut.

Tun Mahathir yang berpakaian lengkap serba kelabu turut ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
Siri wacana pada kali ini menampilkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Di samping itu, sesi wacana ini juga dikendalikan Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator.

Video dari malaysiakini

2 comments:

  1. Hello, i think that i saw you visited my weblog thus i came to “return the favor”.I am
    attempting to find things to improve my website!I suppose its ok to use a few of your ideas!!

    ReplyDelete
  2. Thanks for ones marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you may be a
    great author. I will be sure to bookmark your blog and
    will often come back down the road. I want to encourage that you continue
    your great writing, have a nice day!

    ReplyDelete