Dr Mahathir benarkan pemerhati antarabangsa pantau PRU 1990
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 3 Feb 2018 7:00AM
DR Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya perdana menteri Malaysia yang menjemput pemerhati pilihan raya antarabangsa untuk memantau pilihan raya di Malaysia pada 1990. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Februari, 2018
DR Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya perdana menteri Malaysia yang menjemput pemerhati pilihan raya antarabangsa untuk memantau pilihan raya di Malaysia, kata bekas pengerusi Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) Abd Malek Hussin.
Malek berkata pada 1990, Dr Mahathir membenarkan pemantau antarabangsa daripada Sekretariat Komanwel untuk memantau pilihan raya umum (PRU) pada tahun itu selepas Umno mengalami perpecahan terbesar pada 1987.
“Untuk rekod, Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya perdana menteri Malaysia yang pernah mengundang para pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi memerhati perjalanan PRU di Malaysia.
“Apa yang menarik undangan ini menjadi kenyataan setelah pemimpin DAP Lim Kit Siang membangkitkan isu itu dalam Parlimen sama ada kerajaan bersedia mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa untuk PRU 1990,” kata Malek yang kini banyak membuat kajian dan menulis mengenai sistem pilihan raya Malaysia kepada The Malaysian Insight.
Pada 1987, Umno berpecah teruk selepas Dr Mahathir menang tipis mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan parti.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li meninggalkan Umno bersama penyokongnya dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) yang mengadakan kerjasama dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan DAP dalam Gagasan Rakyat.
Malek berkata pada ketika itu, Dr Mahathir sendiri menjawab pertanyaan yang dibangkitkan Lim di Dewan Rakyat.
“Menjawabnya, Dr Mahathir sendiri umumkan dalam sidang Parlimen pada 21 Jun, 1990 bahawa kerajaan Malaysia bersetuju mengundang pemerhati antarabangsa dari Sekretariat Komanwel bagi memerhati PRU 1990.
“Ketika Dr Mahathir umumkan persetujuan itu, Najib Razak selaku menteri belia dan sukan turut hadir dalam Parlimen pada hari itu,” katanya.
Mafrel merupakan badan pemantau pilihan raya tempatan yang aktif sekitar 1999 hingga 2013 dan pernah mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Mahathir Mohamad dalam sidang Parlimen pada 21 Jun, 1990 berkata kerajaan Malaysia bersetuju mengundang pemerhati antarabangsa dari Sekretariat Komanwel bagi memerhati PRU 1990. – Gambar EPA, 3 Februari, 2018
Pada PRU 2008, SPR memberikan akreditasi kepada Mafrel untuk memantau pilihan raya umum pada ketika itu.
Baru-baru ini isu pemantau antarabangsa kembali heboh selepas Pakatan Harapan (PH) bertemu dengan duta-duta daripada Kesatuan Eropah.
Dalam pertemuan itu antara lain PH menggesa duta negara-negara Eropah tentang pentingnya PRU14 dijalankan secara bebas dan adil dan menggesa mereka untuk memohon kerajaan Malaysia membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa.
Pertemuan antara PH dan duta-duta dari negara EU menyebabkan mereka diselar pemimpin tertinggi Umno.
Najib yang juga presiden berkata pilihan raya di zamannya lebih telus berbanding ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Najib berkata tindakan pemimpin pembangkang termasuk Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PH itu menunjukkan mereka tersepit dan cuba mendapatkan bantuan kuasa asing.
Lim mengesahkan kepada The Malaysian Insight tentang peristiwa yang berlaku sebelum PRU 1990 itu.
“Saya bangkitkan di Parlimen pada ketika itu agar kerajaan Malaysia mengundang pemantau antarabangsa.
“Dr Mahathir bersetuju dan membenarkan pemantau dari Sekretariat Komanwel untuk datang,” katanya ketika dihubungi.
Bekas pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman yang merupakan setiausaha badan pengendali pilihan raya itu pada 1990 masih ingat lagi tentang peristiwa bersejarah itu.
“Terdapat permohonan daripada Sekretariat Komanwel untuk menghantar pemantau pilihan raya.
“Kerajaan luluskan dan mereka dibenarkan untuk menyaksikan sendiri perjalanan pilihan raya di Malaysia pada waktu itu,” kata Rashid yang kini merupakan naib presiden Bersatu kepada The Malaysian Insight.
Susulan PRU itu, Sekretariat Komanwel mengeluarkan laporan menyatakan pengundian itu adil tetapi membuat rungutan berkenaan kempen yang dijalankan sehingga ke hari mengundi.
Ia berkata parti pembangkang, tidak seperti BN, tidak mempunyai akses lebih adil kepada media.
Menteri pada masa itu, Syed Hamid Albar menolak dakwaan itu, mengatakan laporan berkenaan tidak mencerminkan liputan yang diterima oleh pembangkang menerusi akhbar vernakular.
Beliau berkata BN tidak boleh mengarahkan atau menentukan bentuk liputan pilihan raya dalam akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris.
The Malaysian Insight masih menunggu respons daripada bekas menteri itu.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Khamis mencabar Najib membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa sekiranya pilihan raya di Malaysia berjalan secara bebas dan adil.
“Najib tidak perlu membohongi rakyat dengan mengatakan BN (Barisan Nasional) tidak akan menipu dalam PRU14.
“Hakikatnya, penipuan telah dan sedang dilakukan oleh BN kerana mereka semakin hari semakin takut akan kalah dalam pilihan raya,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan. – 3 Februari, 2018.

No comments:
Post a Comment