Wednesday, October 4, 2017

Apa kata wala'un: PAS-Umno akan ‘bersatu’ tak lama lagi

* Pastinya disambut denga takbir yang bergema dan menggegarkan oleh pengikut setia Hadi!

Umno-PAS akan ‘bersatu’ tak lama lagi, kata Annuar Musa
Looi Sue-Chern  -  Diterbitkan pada 4 Oct 2017 7:26AM
Ketua Penerangan Umno Annuar Musa mengatakan akan ada pengumuman kerjasama antara Umno dan PAS menjelang PRU14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Oktober, 2017.

UMNO dan PAS akan menyaksikan “kerjasama yang semakin kuat” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Katanya situasi itu mungkin berlaku kerana kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan dalam perjuangan politik mereka walaupun mereka berbeza.

“Ada persamaan yang bertembung, seperti matlamat perjuangan kami, yang lebih penting. Kerana itu, saya jangka akan ada kerjasama antara Umno dan PAS daripada semasa ke semasa.

“Tunggu beberapa minggu atau bulan lagi bila pilihan raya makin dekat.

“Saya percaya kepimpinan Umno dan PAS akan mengumumkan tentang kepentingan agama yang akan menjadikan orang Melayu dan Islam gembira,” katanya pada dialog “Perjuangan4All” Umno di Balik Pulau malam tadi.

Annuar berkata bukan bermaksud Umno akan menyertai PAS atau parti Islam itu yang sekian lama dianggap musuh tradisinya akan menyertai Umno atau Barisan Nasional.

Katanya di bawah kepimpinan semasa, PAS lebih bersedia untuk mempertimbangkan persamaan mereka dengan Umno.

“Sebelum ini, PAS mencari jalan untuk memisahkan dirinya daripada Umno, tetapi di bawah kepimpinan sekarang, nampaknya ada perubahan. Mereka kini berfikir tentang apa persamaan yang kita ada.

“Sebenarnya, Umno dan PAS ada banyak persamaan. Mari kita raikan itu,” katanya.

Annuar berkata politik di Malaysia terpisah kepada dua kumpulan yang berbeza DNA.

Umno dan parti serpihannya- PAS, PKR dan Bersatu- semua mempunyai DNA yang sama, berkongsi ideologi yang sama, matlamat dan perjuangan untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara walaupun mereka mungkin mempunyai cara yang berbeza.

Kumpulan lain, katanya, mempunyai DNA yang sama sekali berbeza- bertentangan dengan apa yang diperjuangkan Umno.

“PAS datang daripada DNA yang sama (seperti Umno). Kerana itu saya kata kita ada titik pertembungan. PAS dan UMNO tidak akan jauh terpisah selamanya. Kita akan bertemu di satu tempat,” katanya.

PAS merupakan bekas ahli dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Gabungan pembangkan itu terbubar pada 2015 selepas PAS memutuskan ikatan dengan DAP kerana isu hudud. PAS juga menamatkan kerjasama politik dengan PKR pada Mei lalu.

Sejak kebelakangan ini, PAS dilihat semakin mesra dengan Umno. Parti Islam itu kini membentuk gabungan pembangkangnya sendiri, blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera dengan parti lain yang lebih kecil seperti Berjasa, Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) dan Parti Cinta Malaysia.

Pada dialog yang sama, Annuar dalam ucapannya berkata musuh sebenar Umno adalah DAP yang mempunyai DNA berbeza.
Umno dan PAS mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2017.

Katanya, DAP adalah manifestasi Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura, dan menuduh parti itu mencetuskan politik perkauman dengan menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia walaupun kerajaan sekarang sentiasa memelihara hak identiti budaya, bahasa dan kebebasan beragama orang Cina sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

Beliau juga mengambil kesempatan dengan mengecam hubungan yang sekarang terjalin antara DAP dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini mempengerusikan Pakatan Harapan sejak beralih arah kepada pembangkang.

Annuar berkara DAP hanya mahukan dominasi dan akan menggunakan Dr Mahathir yang pernah mentadbir negara pada 1981 hingga 2003 untuk memecah belahkan orang Melayu.

“Anda percaya ke DAP sokong Dr Mahathir? DAP serang dia sepanjang masa di Parlimen ketika dia berkuasa. Sekarang bila dia dah tak ada kuasa, DAP sokong dia.

“Saya tak rasa mereka percaya sesama sendiri. Mereka bekerjasama kerana DAP perlu guna Dr Mahathir untuk pecah belahkan orang Melayu.

“DAP juga tak percaya pada (Presiden PH dan PKR) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi dia akan guna sesiapa sahaja untuk pecah belahkan orang Melayu, sama seperti dia gunakan PAS,” katanya.

Annuar dan Ahli Parlimen Balik Pulau Dr Hilmi Yahya adalah ahli panel dalam dialog yang dipengerusikan oleh Profesor Madya Junaidi Abu Bakar daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dialog yang diadakan di dewan Maktab Rendah Sains Mara di Pondok Upeh, Balik Pulau itu dihadiri ramai pemimpin Umno tempatan dan ratusan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional. – 4 Oktober, 2017.

1 comment:

  1. Semua terserah padamu ahli pas,jika anda menolak umno pemimpin anda akan terasing sendiri,

    ReplyDelete