Sunday, April 16, 2017

Kerana Trump enggan dedahkan penyata cukainya: Penyokong dan Anti Trump bertempur

Penyokong, Anti Trump Bergaduh
mStar - Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:12 AM
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan selepas penentang dan penyokong Presiden Donald Trump bertembung di sebuah taman ketika berarak di Berkeley, California.

Polis memberitahu media tempatan, tercetus pergaduhan antara kedua kumpulan termasuk letupan mercun dan semburan serbuk lada.

Penyokong Trump dikatakan merancang untuk mengadakan perarakan Hari Patriot pada tengahari, bagaimanapun kumpulan penentang telah muncul beberapa jam lebih awal di lokasi sama.

Dilaporkan, beratus-ratus orang berkumpul di taman berkenaan termasuk penyokong Trump yang mengadakan perhimpunan kebebasan bersuara, manakala penentang dasar-dasar Trump menjerit dan melaungkan protes.

CNN melaporkan 14 orang ditahan berikutan insiden itu. Bantahan itu dibuat bertepatan dengan tarikh 15 April iaitu tarikh akhir untuk memfailkan cukai AS.

Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul semalam di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Trump supaya mendedahkan penyata cukainya, satu langkah ketelusan yang enggan beliau lakukan. - AFP

* Kita pula ada tak mana-mana pemimpin yang dedahkan penyata cukai untuk contohi ketelusan? Nak istihar harta pun bermacam-macam dalih tapi sebaliknya kita yang berjawatan sengket tanpa kuasa dan bergaji ciput diarahkan pula mengistiharkan harta

1 comment:

  1. dari dulu lagi ornag jahat orang baik
    ada penyokong
    sapa yang kental akan menang kalau
    tidak kena bedal
    apa yang nak gah ngan negara yang dikatakan maju
    kalau pemimpin gagal mendidik rakyatnya jadi manusia hanya rupa mansuai tapi perangai cam natang suka telanjang
    nasib baik pemimpin depa tak telanjang jugak tau pulak malu
    hidup jauh dari kebenaran

    ReplyDelete