Kembalikan Pakatan Rakyat
Posted on Thursday, April 06 @ 12:50:18 MYT by paklang
Topik Dipaparkan: Pendapat
Oleh Hasmi Hashim
Pemimpin pembangkang harus belajar daripada Steve Jobs. Pernah disingkir dan dikeluarkan dari Apple, iaitu syarikat yang didirikannya, Jobs tubuhkan satu syarikat lain. Namanya NeXT. Syarikat itu gagal.
Terkemudian dia diterima kembali ke Apple. Tanpa menoleh ke belakang, Jobs memperkukuhkan Apple sampai akhir hayatnya.
Hari ini dunia mengenang Jobs sebagai antara orang yang membuka lembaran digital kepada cara hidup moden.
Antara kejayaan sesebuah produk ialah jenamanya tidak berubah-ubah. Begitu juga dalam politik. Jenama itu penting. Sayang sekali apabila sesuatu jenama yang sudah diterima, diubah-ubah sehingga mengelirukan rakyat.
Mengubah jenama Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan nampaknya bukan langkah tepat. Sukar dinafikan, kerananya rakyat telah jadi keliru.
Kekeliruan itu dapat diukur termasuk di kalangan media yang jadi susah untuk menuliskan sama ada Pakatan Rakyat, atau Pakatan Harapan. Sama ada “Pakatan” sahaja, atau ada juga yang menyebutkannya “Harapan” sahaja.
Walaupun ada parti yang keluar atau terkeluar dari gabungan itu atas apa sebab sekalipun, sewajarnya tidak sampai mengubah nama gabungan berkenaan.
Sangat longgar
Kita bukannya tidak melihat bagaimana banyak parti komponen yang keluar dari BN. Tindakan meninggalkan BN atau disingkir tidak mengubah nama BN. BN tidak sampai menjadi misalnya “Barisan Harapan”.
Bagi menjadikan gabungan parti pembangkang dapat menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, persoalan asas iaitu satu nama gabungan perlu diselesaikan segera. Kekeliruan boleh ditamatkan dari sana.
Apa yang penting ialah dapat digagalkan sekaligus usaha Umno-BN untuk memperlihatkan gabungan pembangkang pecah. Usaha itu sesungguhnya sudah berjalan beberapa tahun lamanya.
Sebenarnya agak aneh apabila istilah “harapan” menjadi subjek kepada nama “pakatan”. “Harapan” tidak mewakili apa-apa imaginasi fizikal. “Harapan” bolehlah dikatakan sebagai nama yang sangat longgar pengertiannya.
“Harapan” itu bukan “bangsa”, bukanlah “masyarakat”, bukan juga “negeri” dan bukan apa-apa yang boleh dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.
Memberikan nama pada sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan adalah keputusan yang kurang bijak. Bukan sahaja dalam perniagaan, malah lebih-lebih lagi dalam politik.
Dapat dipegang
Ilmu pemasaran ialah ilmu untuk memudahkan orang ramai mengenali dengan cepat apa yang hendak ditawarkan. Dalam politik pula, jalan terbaik untuk mendapatkan pengaruh ialah dengan menyediakan sesuatu yang dirasakan dapat dipegang dan dilihat.
Berbanding “harapan”, “rakyat” adalah sesuatu yang boleh ditunjuk kewujudannya. Boleh dilihat, bahkan boleh dipegang. Rakyat adalah manusia. Kita boleh memegang manusia. Sekiranya ada ceramah atau demonstrasi, lagilah mudah difahami apa itu rakyat - yakni manusia yang berkumpul itu.
Kelak yang akan memberikan undi adalah manusia. Bukannya “harapan” itu tadi.
Mujurlah dalam PRU lalu, Anwar Ibrahim sudah menetapkan nama “pakatan” sebagai ganti nama kepada gabungan parti-parti pembangkang. Keputusan Anwar itu tepat.
Kebijaksanaan ini perlu dikekalkan. Paling tidak untuk menghormati usaha keras Anwar sebelum ini yang mempersiapkan asas tersebut.
Memang ada pihak yang berasakan istilah “pakatan” boleh cenderung kepada makna yang negatif. Namun, itu hanya tanggapan atau prejudis sebelum tidur sahaja.
Seperti istilah “bajet” yang pertama kali diperkenalkan oleh Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi PM, istilah itu juga mempunyai makna ejek-ejekan terutama di kalangan generasi muda.
“Bajet” dalam bahasa pasar juga bermaksud “macam” atau “berlagak” bagus. Perkataan sama erti yang lebih popular hari ini ialah “poyo”.
Bayang-bayang BN
Anwar - dan PKR khususnya - sehingga hari ini mengekalkan perkataan “belanjawan” yang lebih berteraskan bahasa Melayu sejati. Sebab itulah, di Selangor masih dikekalkan istilah “belanjawan”.
Tidak pernah menggunakan istilah “bajet” seperti yang bersungguh-sungguh digunakan PM Najib Razak setiap tahun.
Istilah “pakatan” itu dipilih bukan tanpa perenungan. Istilah itu dipilih atas keperluan jelas untuk membezakan secara total antara gabungan pembangkang dengan BN.
Lebih-lebih lagi, gabungan pembangkang mempunyai cukup pengalaman berdepan Umno-BN sejak tercetusnya Gerakan Reformasi 1998.
Dalam PRU 2004, gabungan parti pembangkang pernah menggunakan jenama Barisan Alternatif (BA). Hanya selepas itu disedari jenama BA rupa-rupanya membayangkan bahawa mereka masih tidak bebas daripada bayang-bayang corak pemikiran BN.
BA dianggap sebagai hanya jenama kedua selepas BN.
Hati rakyat
Menjadi jenama kedua adalah tidak bagus. Jenama kedua sering tidak dapat menandingi jenama pertama. Contoh mudah, mungkin kita lihat hari ini Samsung sukar menandingi iPhone kerana iPhone telah mendahului inovasi telefon pintar.
Samsung hanyalah jenama kedua yang tidak lebih baik daripada jenama pertama iaitu Apple.
Begitu juga dalam industri kereta. Walau bagaimana merosot pun jualan Proton, namun sampai kiamat syarikat kereta kedua selepas Proton sukar diterima sebagai syarikat kereta nasional. Di dalam hati rakyat, kereta nasional masih juga Proton.
Sekiranya diteliti dengan halus, sesungguhnya tak ada masalah dengan nama Pakatan Rakyat. Jenama itu telah kuat dan dapat mengharungi PRU lalu dengan gagah dan jaya. Jenama itu juga telah mencipta kegerunan atau badi kepada Umno-BN
.
Hakikat ini mungkin perlu diakui oleh tokoh-tokoh yang baru menyeberang ke blok pembangkang seperti Muhyiddin Yassin sebagai mantan TPM, dan Dr Mahathir sebagai mantan PM.
Oleh itu, menyelesaikan persoalan penjenamaan adalah asas penting sebelum dapat diputuskan logo apa yang sesuai.
Keadaan ini samalah seperti kerja mendirikan syarikat dan memberi nama kepada produk perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum logo produk itu dapat direka cipta. Prosesnya sama.
Terdengar poyo
Beberapa minggu lalu saya sempat memberikan cadangan agar semua parti gabungan pembangkang menggunakan satu logo sahaja dalam PRU akan datang.
Cadangan itu terbit kira-kira jam 10 pagi di dalam Malaysiakini. Tak sampai tiga jam, yakni pada sebelah petang yang sama ia telah mendapat reaksi segera Dr Mahathir.
Kira-kira sebulan sudah berlalu, khabarnya ada perkembangan positif atas cadangan tersebut, dan saya dapat merasakan keterujaan rakyat yang menunggu-nunggu apakah cadangan logo yang akan keluar daripada jawatankuasa teknikal yang dikatakan dibentuk oleh parti-parti gabungan.
Satu proses panjang akan perlu dilalui termasuklah pendaftaran gabungan, melancarkan logo sebelum perlu disebarkan ke dada setiap rakyat sampai ke ceruk-ceruk kampung. Kerja itu bukanlah mudah, tetapi takkan dapat bermula sekiranya nama gabungan juga masih belum dapat diputuskan.
Bagi mengelakkan nama gabungan parti terdengar poyo, lebih baik kembali sahaja kepada nama yang sudah bertapak dalam PRU lalu.
Nama itu: Pakatan Rakyat.
Di sana sebenarnya sudah tersedia bara perubahan dan semangat melawan sampai menang seperti yang digagaskan Anwar. Meski jasadnya kini terpenjara, namun dialah pendiri yang banyak berbakti.
Semangatnya masih bersama jutaan jiwa.
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi DetikDaily

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
ReplyDeleteHai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang dzolim.
pembangkang yang duk ada tanpa pas dah ok dah
elok nak buh nama barisan rakyat tak mau sebab yang jadi ketua bukan berjiwa rakyat sangat
barisan rakyat lawang barisan nasional
pas denagn matlmat utama islam diatas bukan ditindas
jadi tak sesuai denagn bn n pakatan
hidup ini memang diuji oleh Allah sapa yang sanggup bersama kerja kerja Islam sampai mati
tak rugi apa pung
sokong islam mati tak sokong pung mati
nak tegak hukum Allah mati
yang duk halang pung mati
bai bai bn bai bai pakatan