Sunday, April 2, 2017

Kekhuatiran yang tersembunyi di sebalik wajah berani

SUNDAY, 2 APRIL 2017

KEMENANGAN PALING BERMARUAH TUN MAHATHIR KE ATAS NAJIB
LEDAKAN PELURU KAPOR DARI MERIAM KATAK UMNO

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah mencapai suatu lagi kemenangan politik percuma paling bermaruah dan bergaya apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dijadualkan pada 7 April ini atas anjuran Sinar Harian telah dibatalkan.

Ini kerana pembatalannya dilakukan oleh  kerajaan yang berkuasa di bumi dan di alam maya  dan Tun Mahathir yang hanyalah seorang yang "Nyanyuk," dan " Gila". Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah  kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr.Mahathir

Masih merah dalam ingatan rakyat  debat "Nothing To Hide" yang dibatalkan dan penganjurnya dikutuk. Apakah Nazir yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan  kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya.

Kerana kegerunan dan kepondanan yang tersembunyilah (bukan Nazri lagi) menyebabkan Utusan Malaysia melepaskan tembakan peluru kapurnya menuntut supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Disebalik desakan  ini ialah UMNO tidak mahu  Tun Mahathir menjadi  Pengerusi Pakatan Harapan.

Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan UMNO bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu.

Ini terserlah dari tulisan pengulas politik Mingguan Malaysia yang tersohor di abad ini, Zulkifli Jalil yang  bertanya dalam tulisannya di MM hari ini" Apakah DAP mampu mengawal Dr.Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?"

Inilah sebenarnya kekhuatiran  yang tersembunyi di sebalik wajah berani  Najib dan ledakan peluru-peluru kapor UMNO dari meriam-meriam katak UMNO seperti  Salleh Said Keruak,Mahdzir Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Posted by zainudin maidin at 14:19 

1 comment:

  1. himpunan bersih boleh kawal tak kan lah debat ciput tu tak boleh kawal
    entah apa pulak isu besar akan dimainkan menjelang pru ni
    dulu masa mahade kalau amno bn kalah akan jadi macam 13mi
    depa menang jenuh duk makan mi mamak
    ru355 nak tunggu amano kuat baru nak buat
    dah lama dah kuat tapi tak buat buat
    tak pernah 1 saat pung redo ngan amno
    jauh jauh sekali

    ReplyDelete