Tuesday, April 4, 2017

Jangan kita Lupa Jenayah 1MDB - Ariff Sabri

TUESDAY, 4 APRIL 2017
Jangan kita Lupa Jenayah 1MDB

Tuduhan bahawa Najib itu perompak besar ada kebenaran nya. Jenayah ekonomi- dimana lebih dari USD3.5 billion dicuri dan digunakan untk membeli aset dan mengayakan diri mereka2 yang terlibat dalam 1MDB ialah seperti yang tersenarai dibawah. Dan supaya kita jangan lupa- orang2 ini semua kaya dengan duit curi dan berlagak macam keadilan tidak akan dapat menjejaki mereka;

1. Najib Tun Razak, (Malaysia Official 1).
2. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz or Riza Aziz, anak Rosmah Mansur dan anak tiri Najib.
3. Tan Sri Ismee Ismail, ex-1MDB Executive Director (1MDB Officer 1).
4. Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ex-1MDB CEO (1MDB Officer 2).
5. Casey Tang/Jasmine Looi, ex-1MDB General Counsel and Executive Director (1MDB Officer 3).
6. Low Taek Jho (Jho Low),  1MDB investment advisor. 
7. Khadem Abdullah Al Qubaisi.
8. Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Mengapa tidak seorang pun dari mereka disiasat dan dihadapkan ke mahkamah? Bila kita kritik pihak polis, Najib pura2 marah. Polis asyik memburu siapa yang kritik Najib dan mengkritik sultan itu dan sultan ini. Tangkap penyamun 1MDB mereka tidak. Tidak ada kes kata mereka.

Apa kata, jika kerajaan baru nanti buat siasatan , didapati ada kes besar? Mereka yang menyembunykan ini, pasti akan menerima padah nya. Seperti Haji Hadi sebut- kita tahu siapa penghalang Keadilan.

Sejak mula sahaja, rompakan dilakukan oleh mereka yang berkerja dengan 1MDB. Bayangkan ini- seorang pegawai bank Negara memperakui bahawa PIL adalah syarikat milik kerajaan Arab Saudi. Dia kata , ini deal g to g. Dia kemudian nya disebut sebagai menerima USD5 million atau RM20 juta hanya untuk main peranan kecil.

Ini suatu pembohongan yang menyebabkan sejumlah wang dihantar kepada akaun orang lain. Atas otoriti apa dia berkata demikian? Dia bukan menteri. Nyatalah tujuan nya ialah memaksa lembaga pengarah dan bank pengirim menyegerakan penghantaran wang kedalam akaun yang sudah terancang.

Akaun tersebut ialah akaun Good Star Ltd yang dikuasai oleh Jho Low. Mereka yang mendesak dan menyegerakan kiriman wang sebanyak USD700juta mesti sudah tahu bahawa akaun itu Jho Low yang punya. Usaha mempercepatkan memberi kita syak bahawa mereka sudah dibeli oleh Jho Low. Mengapa kemungkinan ini tidak disiasat?

Ismee Ismail ‘reinstate’ Shahrol Halmi sebagai CEO 1MDB menimbulkan tanda tanya. Semasa berkerja dengan TIA sebagai CEO, dia telah melakukan suatu urusniaga menjual bond yang tidak disetujui oleh kerajaan Terengganu. Akibat nya dia dilucutkan jawatan. Tapi Ismee Ismail ‘reinstate’ dia sebagai CEO bila 1MDB ambil alih TIA dan menanggung liabliti IMTN yang diterbitkan. Kenapa dia melakukan tindakan itu? Mengapa perkara ini tidak disiasat?

Apa sebenarnya peranan yang dimainkan oleh Shahrol Halmi? Mengapa dia menyembunyikan fakta2 material dari lembaga pengarah? Ini membayangkan bahawa Shahrol Halmi berada dalam loop sejak dari mula. Adakah dia dilindungi oleh MO1 yakni Najib.

Dia tidak disiasat dan masih berkerja dengan pejabat PM. PM melindungi seorang pegawai yang berkomplot melarikan wang 1MDB. Ianya menunjukkan bahwa dia ada kaitan dengan Jho Low. Sifat kaitan ini mesti disiasat. Adakah dia budak suruhan? Orang upahan? Adakah dia menerima sogokan dari Jho Low?

Adakah kita memaafkan dia kerana dia orang Melayu?

Mereka ini semua disyakki terlibat dalam pencurian wang dari 1MDB untuk kepentingan diri dan kroni dan keluarga mereka. Jangan lupa. Semua orang ini mengambil duit yang dicuri dari 1MDB.

Kita perlu ingat- ini bukan kes mengganti wang yang dicuri. Jika setiap sen dikembalikan, jenayah sudah dilakukan. Curi, pecah amanah, rompak, pembohongan jenayah dan lain2. Salah guna kuasa.

Orang UMNO yang melaung sana sini bahawa mereka lebih Melayu dari yang lain, diam seribu bahasa dan merelakan duit ini disapu oleh bukan Melayu terutama nya Jho Low. Apatah lagi, mereka membisu seribu bahasa bila wang yang begitu banyak diucuri oleh Al Qubaisi dan Husaini Badawy. Mereka ini semua dibawah arahan Jho Low dan Jho low diarah oleh Najib/Rosmah.

Ramai yang terlibat tidak pernah didakwa di mahkamah pun. Tidakkan iamengherankan kita, 6-7 negara dalam dunia ini semua sudah menghukum mereka yang terlibat, bank2 tidak dibenar beroperasi di Singapura kerana melakukan kesalahan kerana 1MB, Malaysia- negara dimana 1MDB dilahirkan sedikitpun tidak mendapati sesiapa bersalah. Anih bukan?

Pegawai yang menipu mengatakan bahawa Petrosaudi Ltd adalah syarikat milik kerajaan Saudi Arabia tidak dihukum kerana menipu. Mereka yang menipu mengatakan Good Star Ltd adalah anak syarikat Petroasaudi International td, tidak disiasat.

Orang2 yang bertanggngjawab melesapkan wang RM4 billion dari KWAP tidak disiasat sehingga ke hari ini.  Nik Faisal Arif Kamil dan Dato Subuh, orang Melayu yang bertanggung jawab menyalurkan duit kedalam akaun Najib atau Rosmah atau akaun yang ditunjukkan oleh Najib, tidak dibawa kepada mahkamah.

Semua ini menunjukkan bahawa kita dipimpin oleh seorang perompak. Maka biarlah orang Pekan mendewakan seorang perompak, yang lain di Malaysia mesti tunjuk ajar orang Pekan, cara untuk menyelesaikan masaalah ialah dengan menolak Najib Razak.

Najib dan Rosmah, Riza Aziz dan Jho Low dan geng2 lain, mencuri sekurang kurang nya RM15,000, 000,000 atau RM15 billion dari 1MDB.

USD 1.14 billion dicuri oleh Jho Low pada fasa Good Star Ltd- shahrol helmi, Ismee Ismail, Casey Tang , Jasmine Loo, dan ramai lagi agaknya yang bersubahat menhantar duit kedalam akaun Jho Low, Good Star Ltd.

Pada Fasa syarikat palsu- Aabar BVI, USD1.367 billion dicuri.

Dan dalam FasaTanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Kita diberitahu Najib memulangkan kembali USD620 juta kepda Tanore Finance- ada wire transfer tapi Tanore Finance ini, menjadi front untuk siapa?

Jika Tanore Finance ini adalah syarikat yang dikuasai oleh Jho Low dan Jho Low sebetulnya menjadi pagar kepada Najib atau Rosmah, maka mereka berdua ini bertangung jawab kepada kesemua USD1.26 billion ini.


Jadual 1.
AKAUN
TAHUN
SIAPA
USD JUTA
RM JUTA

GoodStar
2009
Jho Low
700
2800
Good Star
2011
Jho Low
440
1760
Aabar BVI
2012
Jho Low/Eric Tan
1376
5470
Tanore Finance
2013
Jho Low/Eric Tan
1265
5060
Jumlah


3,772
15,090

Mereka ini merompak sebanyak sekurang kurang nya RM15 billion.
Dan berana Najib terima sekurang kurang nya?
Jadual 2
tarikh
Bank menerima
pemilik
USDjuta
RM juta
Feb-june 2011
AMbank
Najib
20
80
May-nov 2102
ambank
Najib
30
120
Dec 2012
Falcon bank
Najib
5
20
March 2013
ambank
Najib
681
2700
Jumlah



2920

Ertinya Najib sapu sekurang kurang nya, RM2.9 billion.
Mengikit butiran yang disediakan oleh Donplaypuks, daripada RM8.99 billion yang disenaraikan oleh Jabatan Kehakiman Amerika, mereka2 yang dibawah ini telah sapu duit 1MDB.


1. Al Qubaisy - RM1.89 billion

2. Badawi Husseiny - RM270 million
3. Casey Tang/Jasmine Looi - RM20 million
4. Riza Aziz - RM952 million
5. Prince Turki/Obaid - RM18 million
6. Najib - RM2.94 billion. Dia tidak meneangkan apa terjadi kepda USD620 juta =RM2.48 yang dipindahkan atau dipuang kedalam akaun Tanore Finance pada 26 August 2013.
7. Jho Low & keluarga RM2.88 billion:
(a) Lukisan - RM940 million
(b) Hartanah - RM1.38 billion
(c) 22% share dalam EMI = RM430 million
(d) pesawat Bombardier  Jet = RM140 million
Bererti masih ada sebanyak RM 6.1 billion masih tidak dikesan. Hanya Najib dan Jho Low tahu dimana wang tersebut. Pelik nya, tidak ada sedikitpun usaha untuk membawa Jho Low pulang dan disiasat dalam negeri ini. Mungkin juga Jho Low pun tidak mahu membelek tong drum minyak dari dalam.
Semua asset dan lukisan mahal dan hartanah yang dibeli oleh Jho Low datang dari duit yang disonglap dari 1MDB. Tapi pejuang2 Melayu, tidak ada seekor pun yang bising bagaimana maruah Melayu tercalar atau maruah Melayu yang sensitif itu tercedera.
Riza Aziz yang lagak sana sini, rupa2 nya ambil wang dari1MB yang diberi oleh pak Arab yang curi duit dari 1MDB. Dalam keadaan ketika itu, mustahil Riza Aziz mempertahankan menerima wang terseburt dari sumber yang dia tidak tahu.
Najib sendiri menerima wang ciiri sebanyak R2.94 billion. Dia tahu dari mana wang itu datang sebab dialah co-arkitek peynmunan wang dari 1MDB bersama dengan Jho Low.
Sekali lagi kita tanya, kenapa kerajaan Malaysia mengheret kaki sebagai orang lumpuh tidak mahu membawa Jho Low ke mahkamah dalam negara ini untuk berdepan dengan music?
Dan jika tidak ada satu pun kes mahkamah dibawa di Malaysia, bagaimana kah memperlakukan peakara ini menjadi sub judice atau menghina mahkamah? Malaysia tidak pun merupa pihak yang terlibat dalam mahkamah2 diluar negara.
Ertinya, terdapat pula kolusi dan subahat dikalangan orang dalam negara ini untuk melindungi kesemua pencuri tadi dan menyembunyikan kebenaran. Pengsubahat ini termasuklah golongan agama yang mungkin menerima wang untuk melakukan kerja keagamaan menyembunyikan kemungkaran ini. Ianya termasuklah usaha bodoh yang mensyaratkan mesti ada 4 orang saksi yang melihat semua kejadian samun tadi.
Orang akan mentertawakan nilai keadilan Islam dalam kes seperti ini.
Kepada akauntan, ianya bermana, RM15 billion dalam bentuk asset dalam balance sheet 1MDB 2014, yang sebut sebagai pelaburan yang dipegang untuk jualan dan deposit dengan Aabar semua tdiak ada. Ianya pembohongan. Sebab itu firma akauntan Delloite tidak mahu bertanggung jawab keatas akaun 1MDB.
Posted by Ariff Sabri at 6:00 pm 

2 comments:

  1. hanay orang yang malas nak ambil tahu pasai negara saja akan lupa pasai 1mdb ni

    ReplyDelete
  2. Pergh...Malaysia Boleh!!! Boleh jahanam selagi ada makhluk pencuri seperti itu sebagai penguasa. Selain daripada itu, apakah urusan sebenarnya perniagaan 1MDB itu? Tidak ada satupun dikalangan para menteri yang boleh menyatakan apakah perniagaan yang dijalankan, sebabnya memang tiada langsung aktiviti perniagaan tetapi yang jelas, wang bilion-bilion telah hilang dijoli. Memang celaka semua mereka itu, terutamanya yang pernah menghamburkan kalimah haramjadah dulu tu.

    ReplyDelete