Saturday, April 1, 2017

Inilah nasib mutakhir Hadi dan RUU355nya

TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini
Hafiz MarzukhiAstro Awani |  April 01, 2017 14:54 MYT
TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini
Menurut TPM Ahmad Zahid, RUU 355 akan dibentangkan anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
SUBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak yakin pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

"Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak akan dibentangkan.

"Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kemungkinan pindaan RUU 355 dibentangkan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Subang Jaya pada Sabtu.

Pada Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan secara konsensus untuk tidak membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

4 comments:

  1. tak payah cakap bn la
    yang sebenarnay amno tak ada kekuatan sejati untuk
    menegakkan hukum jinayah islam bersama saudara islamnya pas
    amno lebih pentingkan dunia dari akhirat
    dalam solat allah maha besar banyak kali sebut
    lepas solat jawatan besar undi kapir besar
    duit besar anak pinak besar kroni besar dll
    setiap kali khutbah jumaat ada doa
    ya allah bagilah kami hidayah dan jugak kepada pemimpin kami
    Allah dah bagi Islam dan tunjuk jalan yang lurus tapi tapi tak mau ikut
    amno engkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu yeop...
      UMNO bukannya iklas mahu laksanakan hukum Islam....tapi yang PAS bengong pergi mengharap pada umno macam paria meminta sedekah tu buat apa....padan muka hangpa kena kencin lagi sampai basah lencon kopiah sarban....

      Delete
  2. Pas pimpinan mr presideng kluk klek tu yg sebenarnya bengongnya!!!
    Bila mr presideng bengong, ahli bawahan pun jadi bengong tapi mereka tetap pertahankan mr presideng mereka yg bengong tu!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah ameno dah berjaya kenakan Gagasan Sedondon dan tahniah Pas kerana seronok dikenakan berkali2 oleh ameno. ✌

    ReplyDelete