Sunday, April 9, 2017

Boleh caya ke?

Janji orang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’

  | April 9, 2017
Jika Najib berjaya ditumbangkan dalam PRU14, tapi Umno masih kekal berkuasa, apakah kebarangkalian Dr Mahathir untuk kembali bersama Umno dan menjadi penasihat BN?
KOMEN
1 March 2016
Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau dan isteri keluar Umno berikutan tidak berpuas hati dengan pemerintahan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, beliau memberi janji tidak akan menyertai parti pembangkang, sebaliknya hanya sekadar meneruskan pendedahan salah laku kerajaan.
“Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya.
Malah beliau berkata beliau akan menyertai semula Umno apabila Najib meninggalkan parti berkenaan sepertimana beliau menyerahkan borang kepada Najib selepas Tun Abdullah Badawi dijatuhkan.
13 bulan kemudian…
8 April 2017
Dr Mahathir berubah nada.
Beliau yang kini menjadi kawan rapat DAP, dan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru menyertai Pakatan Harapan berjanji, beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib berjaya dijatuhkan dalam PRU14.
Alasannya: “Umno sudah rosak guna wang untuk sogok ahli.”
Bukan itu sahaja, Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau sedia membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.
“Kalau rakyat nak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, siapa saya nak tahan rakyat.”
Alasan Dr Mahathir
Mereka yang mengikuti Dr Mahathir akan tertanya-tanya, apakah setahun ini sahajakah Umno rosak dengan politik wang?
Di zaman Pak Lah menjadi Presiden Umno (tahun 2005), bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad digantung jawatan dan keahliannya selama 2 penggal atau 6 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.
Pada 2009, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga dikenakan tindakan tatatertib kerana politik wang.
Pendek kata, alasan yang digunakan Dr Mahathir untuk tidak kembali ke Umno tidak kuat.
Bersama dengan kenyataan ‘kesediaan’ beliau untuk membebaskan Anwar, ia seolah-olah sekadar kenyataan berbaur penyedap hati untuk meredakan kesangsian para penyokong Pakatan Harapan, terutamanya penyokong Anwar yang masih meragui keikhlasannya bersama pembangkang.
Bolehkah percaya?
Bolehkah janji seorang yang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’ seperti Dr Mahathir dipercayai?
Sekiranya Najib berjaya ditumbangkan di PRU14, tapi Umno masih kekal berkuasa, apakah kebarangkalian Dr Mahathir untuk kembali bersama Umno dan menjadi penasihat BN?
Antara:
“Walaupun Najib sudah tiada, Umno-BN perlu ditumbangkan walau apapun…”
dengan
“Pakatan Harapan memang tiada wibawa untuk menerajui kerajaan. Tiada ketokohan, suka berbalah. Saya tahulah sebab dah setahun genap saya bersama mereka. Saya tidak mahu dikenali sebagai pengkhianat bangsa dan agama dengan terus bersekongkol dengan mereka… Umno kini mulai bersih seperti zaman saya dulu selepas Najib tiada… Umno-BN adalah model terbaik untuk Malaysia…”
Yang mana akan menjadi kenyataan Dr Mahathir, yang pernah berkata bahawa “pemandu yang bodoh sahaja akan terus memandu apabila melihat jalan raya diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui” jika penghalang jalan beliau iaitu Najib telah jatuh tersungkur?
Buatlah tekaan sendiri.

3 comments:

  1. Timmy Say, kamu pun jangan ikut jadi pembohong!!!
    Apa kurang pimpinan PAS kini yang buat tindakan matlamat menghalalkan cara juga. Kuat dan pandai berlakun! Bersama penguasa zalim dan bermuka-muka, berbohong pada rakyat, sekejap boleh tangguh hudud, lepas tu nak buat hudud, lepas tu RUU355 wajib sokong kalau tak mati kafir simpan kat jirat China. Lepas tu RUU355 bukan hudud nak naik taraf mahkamah syariah. Apa punya berbelit-belit, tak ke begitu punya belit adalah perbuatan matlamat menghalalkan cara!!!
    Jawab perbuatan rasuah balak di Kelantan, salah guna kuasa di YIK melibatkan kewangan pekerjanya, kes balak yang menganiaya hak orang asli, projek-projek yang dipersoalkan dan meragukan yang melibatkan tanah kerajaan.
    Ancaman dan janji mahu saman terhadap Sarawak Report dan Husam Musa terhadap rasuah RM90juta. Jawab persoalan mutakhir terhadap PAS turut terlibat menerima duit 1MDB atau saman saja yang menuduh.
    Pandailah dan berhantulah kamu dan mereka yang sejenis-jenis dengan kamu mengelirukan rakyat dan Islam terutama orang Melayu yang mahu melihat kebebaran.
    Kalau Tun M mahu bersama menentang kezaliman, perasuah dan membawa kebenaran dan menyatakan yang benar dan menentang puak-puak zalim, pembohongan dan penipuan, apakah itu tindakan matlamat menghalalkan cara.
    Ada baiknya kamu cermin pada diri sendiri jangan sampai dipergunakan orang penting PAS, kononnya, demi perut dan bawah perut.
    Fikir-fikirlah jangan kamu dipergunakan dan diperbodohkan. Ayuh bersama rakyat dan sesiapa saja yang mahu menentang kezaliman dan perasuah dari bersama-sama kumpulan yang bermuka-muka mempergunakan agama demi kuasa, kedudukan dan fulus sebenarnya. Itu yang sebenarnya matlamat menghalalkan cara.
    Fikir-fikirah sendiri, jangan dipergunakan.

    ReplyDelete
  2. Admin @ abg din..
    Ambo cukup x pcaya kat madey ni..
    Bermula dri apa yg dia buat dsai dlu lg..
    Sedari awal slps dia menzalimi dsai,ambo cukup meluat dgn madey..
    Tambahan pulok bila dia jd penasihat / pengerusi parti ppbm..
    Bru tubuh ja,dh nk jd leader..
    Jenis muka x tau malu..
    Yidin yassin pn sama..
    Duk dlm pakatan harapan pn masih nk bersikap rasis..
    Politik tolol apakah yg cuba di tonjolkan oleh ppbm,madey dan yidin yassin??
    Jgn slps umno/bn kalah nt,ppbm mewarisi perangai parti lama semula..
    Jgn sampai org gelarkan ppbm sbg PEWARIS PENYAMUN BODOHKAN MELAYU...

    ReplyDelete
  3. mahde memang tidak boleh dipercayai
    dia hanya nak jatuhkan matjib
    penentang islam akan ada sampai kiamat jadi tak perlu hairanlah
    terdiri dari kapir n ornag islam sendiri

    ReplyDelete