Sunday, December 10, 2017

Sudahlah Hj Hadi, Jangan cuba nak kencing merata-rata pula

SUNDAY, DECEMBER 10, 2017
Selepas Hancing Kena Kencing Umno, Hj Hadi Cuba Kencing Merata Pula?
Hj Hadi dalam kenyataannya di sini berkata, PAS menyertai Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (BN) dengan syarat yang tegas supaya tidak diganggu dasar Islam dan perjuangannya, serta diberikan peluang untuk berdakwah dan menerapkan Islam dalam jentera dan institusi kerajaan.

Akhirnya PAS dikeluarkan daripada BN pada tahun 1979 apabila kumpulan sekular kuat menguasai Umno dan BN selepas ketiadaan Almarhum Tun Abdul Razak, menyebabkan disingkir beberapa pemimpin yang bersemangat agama di dalam Umno di Semenanjung seperti Tan Sri Jaafar Albar, Datuk Harun Idris dan disingkir pemimpin BN di Malaysia Timur seperti Tun Abdul Rahman Yaakub dan Tun Datu Mustafa serta diikuti PAS ditendang keluar.

Pertama saya nak sebut bahawa Tun Abdul Rahman Yaakub dan Tun Datu Mustafa tidak pernah menjadi anggota Umno. Takanlah perkara mudah macam ini pun Hj Hadi boleh tersasul?? hahahaha!

Dari kenyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa Hj Hadi bermaksud untuk menyatakan bahawa :

1) Ketika Pas menyertai BN pada 1973, Umno di bawah Tun Abd Razak dikuasai oleh kalangan yang cenderung kepada Islam.

2 ) Ketika Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 Umno di bawah Tun Hussein Onn dikuasai kalangan yang sekular.

Apakah setelah Umno kini berada dibawah anak Tun Razak, Umno sedang dikuasai oleh kumpulan yang cenderung kepada agama?

Najib yang mendapat gelaran sebagai Kleptokrasi atau penyangak duit negara, tetapi Hj Hadi mengiktirafnya sebagai seorang yang cenderung kepada agama?

Hj Hadi sebelum ini pernah mengkafirkan Umno dengan menuduh Umno menganggap agama suku, politik suku. Kenyataan ini terkandung dalam ‘Amanat Hj Hadi’ ketika berceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 Apr 1981:

“ Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.” ~ sumber

Ketika memulakan langkahnya untuk berbaik mesra dengan Umno melalui hubungannya dengan Najib, maka Hj Hadi cuba menjustifikasikan pendiriannya itu dengan membuat kenyataan baru :
Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak menganggap agama sebagai dua perkara berbeza….kata Hj Hadi!

Hj Hadi juga merapu yang bukan-bukan bila mendakwa beberapa pemimpin yang bersemangat agama di dalam Umno seperti Tan Sri Jaafar Albar, Datuk Harun Idris, Tun Abdul Rahman Yaakub dan Tun Datu Mustapha tersingkir setelah  ketiadaan Almarhum Tun Abdul Razak ....

Itu adalah pembohongan Hj Hadi yang seolah-olah buta tentang sejarah politik tanah air sendiri.

a) Tan Sri Jaafar Albar 

Almarhum Jaafar Albar membantah keputusan Tunku untuk membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia. Pada persidangan Parlimen Ogos 9, 1965, Albar tidak mengambil bahagian dalam undi sebulat suara malah telah meninggalkan dewan kerana membantah. Oleh kerana tindakan Albar ini bertentangan dengan perintah parti, Tunku berkeras mahu memecat Albar. Tetapi kemudiannya, Tunku berjaya dipujuk untuk membenarkan Albar mengundurkan diri.

Almarhum menjadi Ketua Pemuda Umno pada 1976 menggantikan Dato Harun Idris yang dipecat. Almarhum Albar meninggal pada 1977 dengan jawatan tersbut.

Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk satu masa.

Justeru, Almarhum Albar tidak pernah disingkirkan dari Umno atau meninggalkan  Umno. Hj Hadi kantoi!

b) Datuk Harun Idris 

Almarhum pernah dipecat dari Umno bukan kerana semangat Islamnya, tetapi kerana didapati bersalah atas pelbagai tuduhan rasuah dan dihukum enam tahun penjara. Pada 1976.

Pada tahun 1981, Harun dibebaskan selepas menerima pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong selepas menjalani hukuman selama tiga tahun atas nasihat Dr Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri.

Almarhum berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Umno Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984.

Almarhum Harun menjadi Ketua Semangat 46 Selangor  dan dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi Semangat 46 untuk tempoh singkat dari 1987 hingga 1990.

Pada tahun 2000, Almarhum menyertai semula Umno dan menjadi ahli Cawangan SS7 Sri Dagang, di Bahagian Subang Selangor. Dato Seri Harun meninggal secara damai selepas penyakit yang singkat pada 19 Oktober 2003 pada usia 78 tahun.

Justeru, Almarhum Harun Idris tidak tersingkir terus dari Umno atau meninggalkan Umno dan Almarhum meninggal dalam Umno. Hj Hadi kantoi kali ke-2.

c) Tun Rahman Yaakub

Almarhum tidak pernah disingkan oleh Umno BN. Almarhum berhenti daripada terlibat secara aktif dalam politik setelah menjalani pembedahan pintasan jantung di London dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anak saudaranya, Abdul Taib Mahmud.

Tidak ada kena mengena dengan campurtangan Umno Bn. Baca seterusnya di sini. Hj Hadi kantoi kali ke-3.

d) Tun Datu Mustapha 

Almarhum tersingkir ketika ketika era Tun Abd Razak. Ketika itu ada beberapa pihak yang telah mendakwa bahwa Tun Datu Mustapha berhasrat ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Datuk Harris, orang kepercayaan Tun Mustapha yang ketika itu sedang di groom oleh Tun Datu Mustapha akhirnya berpaling tadah dan menikam Tun Mustapha dari belakang.

Datuk Harris Salleh membuat komplot dengan  Tun Ghaffar Baba dan Tun Razak untuk menyingkirkan Tun Mustapa.

Kekalahan USNO pada pilihanraya 1976 dengan BERJAYA waktu itu adalah berpunca dari pemberian cek bernilai Lima Ratus Ribu dari Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur kepada BERJAYA.

Fakta ini terkandung dalam buku S.H Alattas ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’.

Jelas bahawa Almarhum tersingkir akibat komplot oleh Tun Razak sendiri, bukan sewaktu ketiadaan Tun Razak. Hj Had kantoi kali ke-4!

Kemudian Hj Hadi bercerita tentang menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dengan syarat menerima Islam sebagai Al-Din, mengenai PAS menyertai Barisan Alternatif (BA). Pasal Tahalluf Siyasi bersama DAP dan PKR langsung dia tidak sebut. Kenapa?

Kemudian Hj Hadi kata, PAS dengan tegas mendukung konsep Islam itu adil terhadap semua tanpa mengira perbezaan agama dan kaum yang berpandukan Al-Quran.

Jelas dakwaan Hj Hadi ini hanyalah kelentong sahaja. Kerana syarat utama sebelum seseorang boleh menjadi ahli PAS ialah mereka harus beragama Islam. Bahawa keahlian DHPP hanya bertaraf "keahlian kelas kedua". Bahawa  'tanpa mengira perbezaan agama dan kaum' hanya kelentong Hj Hadi!

Pas yang mendabik dada bahawa dasar dan perjuangan adalah Islam perlu membuktikannya dengan membela dahulu nasib rakyat Kelantan yang mereka pimpin selama 26 tahun terutama masalah sosial, pembangunan dan kebajikan lain yang masih belum diselesaikan oleh pemimpin Pas.

Rakyat Kelantan masih tidak mendapat bekalan air bersih. Pendapatan isi rumah, kutipan hasil jualan dan jumlah kemasukan pelabur ke Kelantan masih tercorot.

Sudahlah Hj Hadi, Jangan cuba nak kencing merata-rata pula. Cukuplah kamu  dan pentaksub kamu kena kencing dengan Umno! Mana RUU355 ? Mana??

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 3:09 pm

1 comment:

  1. Tak habis-habis si Pak Lebai hendak membodoh-bodohkan umat islam Malaysia

    ReplyDelete