Nicolae Ceausescu : Penguasa Sosialis Yang Dibunuh Boyeru?
By Akram Tajuddin
Dilahirkan pada 26 Januari 1918 di perkampungan kecil Barat Bucharest di Scornicesti. Individu yang memegang tampuk pentadbiran Romania selama 25 tahun ini banyak menjalankan dasar pemerintahan secara kuku besi tetapi bersifat terbuka dalam soal dasar luar terhadap negara lain.
Pada usia mudanya, Caeusescu melibatkan diri dalam gerakan Buruh Romania pada 1932. Nasib tidak menyebelahinya apabila dikesan oleh pihak berkuasa atas tuduhan terlibat dengan kegiatan bawah tanah parti komunis dan dipenjara selama 30 bulan. Ketika inilah beliau bertemu dengan Gheorghe-Dej, individu berpengaruh gerakan revolusi Romania yang bertanggungjawab membawa Caeusescu di bawah sayapnya dan memperkenalkan ilmu berkaitan teori Marxist-Leninism. Dengan lemahnya pengaruh kuasa pakatan Axis yang mula lemah dan penjajah Soviet Union di Romania, Caeusescu berjaya melepaskan diri dari penjara. Dengan penjarahan komunis, beliau mula mengambil kesempatan untuk membina pengaruh untuk berkuasa di bawah pakatan Gheorghe-Dej.
Pada tahun 1945, Caeusescu dilantik secara rasmi sebagai brigadier general tentera Romania. Selepas 20 tahun berada dalam komitee komunis bersama Gheorghe-Dej, berjaya menguasai pemerintah Romania secara mutlak. Pada tahun 1955, beliau dilantik sebagai ahli penuh parti Politburo namun 10 tahun berikutnya kelantikan penuh sebagai Ketua Parti Komunis Romania bersebabkan kematian Gheorghe-Dej akibat kanser.
Terkenal sebagai individu yang mempunyai ucapan yang cukup bersemangat dan berani menempelak Rusia. Rakyat merasakan duduk di bawah pemerintahan seorang kuku besi sepertinya berani menongkang arus dengan pembawakan diri yang menyakinkan dengan mengubah wajah Romania sebagai sebuah negara yang penuh kemajuan ekonomi. Dengan semangat nasionalis yang tinggi ditunjukkan Ceausescu, rakyat pada ketika itu merasakan penuh bangga memiliki beliau sebagai pemerintah menjadikan diri mereka sesuatu yang berbeza di mata dunia. Sebagai pencinta sejarah negaranya dan bersifat patriotisme, beliau juga mengagumi sejarah “Mihai the Brave, Kings of the Romanians”.
Beliau juga menjadi pemimpin komunis menjadi internasionalis yang menjalinkan hubungan baik dengan istana Buckingham, dijemput dengan penuh hormat oleh Queen Elizabeth ke United Kingdom dengan menaiki kereta kuda. Secara tidak langsung membuktikan dalam keanggotaan negara-negara komunis ada mempunyai pemimpin yang bersikap terbuka dalam hubungan diplomatik dengan negara berikat. Selain mempunyai hubungan baik dengan beberapa presiden negara luar termasuklah dari Amerika Syarikat, China dan negara-negara arab seperti Richard Nixon, Mao Tse Dong, Anwar Saddat dan Yasser Arafat.
Malah lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dan ekonomi. Ceausescu sangat bercita cita tinggi ingin memajukan industri pertanian meletakan negara pada keadaan yang maju. Amatlah jarang kita mendengar perihal negara komunis yang diketahui mempunyai asas pengekonomian berdasarkan pertanian tetapi ingin pemodenan yang stabil.
Peranan Ceausescu sewaktu Perang enam hari Arab-Israel.
Ceausescu dipilih sebagai pendamai adalah bersebabkan mempunyai hubungan baik dengan ketiga tiga negara tersebut dan merupakan rakan rapat kepada Yasser Arafat, merangkap ketua pertubuhan Palestine Liberation Organisation (PLO). Oleh bersebabkan itu. Hubungan baik antara Bucharest dan Tel Aviv inilah mempengaruhi Israel untuk memilih Caeusescu sebagai pendamai kepada tiga negara.
Pada era 70-an, telah berlakunya konflik perang antara negara-negara Arab dan Israel di saat negara bangsa yahudi itu sedang meraikan perayaan Yom Kippur. Serangan mengejut tiga serangkai dari Palestin, Jordan dan Syria sangat membuatkan Israel tergesa gesa dalam mempersiapkan diri dari diserang bertubi tubi pada saat longgarnya pertahanan negara. Israel pada ketika itu diketuai oleh individu paling dibenci oleh muslim sedunia, Aeriel Sharon. Bagaimanapun kebijaksanaan Sharon dalam menangani kelicikan negara-negara Arab akhirnya membuahkan hasil apabila ketiga-tiga negara tersebut tumpas setelah berperang selama enam hari.
Melalui ucapan Anwar Saddat pada 16 Oktober 1973, bekas Presiden Mesir ketika itu menyatakan persetujuan genjatan senjata tanpa mengenakan sebarang syarat seterusnya menamatkan aktiviti ketenteraan Mesir terhadap Israel. Pada 20 Oktober 1973, Henry Kissinger bersetuju mengikuti cadangan daripada Kremlin bagi memastikan genjatan termeterai. Melalui usaha pendamaian kedua belah pihak United Nation Security Council (UNSC) telah menggunapakai resolusi no.338 dan 339 untuk menguatkuasakan genjata senjata bagi menamatkan konflik perang arab.
Ketegangan yang membunuh jiwa Romania
Ketegangan rakyat terhadap Caeusescu semakin memuncak. Pada Krismas 1989, berhadapan jutaan rakyat beliau memberikan ucapan sewaktu perarakan nasional, keadaan makin tidak terkawal dan berlaku kekecohan. Beliau menghentikan ucapan dan rakyat mula menyerbu istana Bucharest namun berjaya melarikan diri dengan menaiki helikopter bersama isteri, Elena Caeusescu. Para komrad pula sudah bersedia mengkhianati kesetiaan, menangkap, membicarakan dan menjatuhkan hukuman mati. Sebelum bercerita lebih lanjut apa tindakan tentera terhadap beliau, kita hendak mengetahui juga apa yang menyebabkan rakyat semakin membenci diktator ini.
Antara faktor penyumbang kebencian rakyat meningkat berpunca:
Hutang negara yang meningkat mendadak
Krisis kekurangan bekalan makanan yang meruncing
Untuk menyelesaikan kemelut ini, Ceausescu telah meminta bantuan kewangan luar sebanyak 10 juta dollar untuk penyelesaian kemelut ekonomi Romania. Namun, sebaliknya yang berlaku adalah beliau menggunakan dana luar demi memenuhi tuntutan yang tidak sepatutnya membina istana klasik. Dalam ketegangan emosi rakyat yang kian memuncak, beliau cuba memujuk hati rakyat dengan pemberian rumah flat dua bilik secara percuma tetapi tidak selesa kerana ruang rumah yang sempit. Meskipun beliau berjaya menguruskan defisit hutang, taraf kehidupan rakyat ketika itu menghumban ke kancah kemiskinan teruk dalam kalangan negara-negara Eropah.
Keadaan yang makin tidak terkawal inilah menyebabkan rakyat mula berpaling tadah. Walaupun dijanji bermacam macam perkara termasuklah bantuan makanan, rakyat tidak lagi mempercayai apa jua kata-kata yang datang dari mulutnya. Selepas berjaya melarikan diri dari serbuan dengan menaiki helikopter, nasib tidak menyebelahi Caeusescu apabila tentera yang berpaling tadah kepadanya telah menangkap beliau untuk dibicarakan atas jenayah kemanusiaan.
Pada asalnya hanya beliau saja yang dihukum mati namun Elena Caeusescu membantah keputusan suaminya dihukum mati berseorang. Elena yang juga merupakan Timbalan Presiden Romania berkeras hukuman mati dijalankan bersama supaya mati bersama di sisi suami. Kedua duanya diikat dengan tali, dibawa ke sebuah kawasan perumahan. Hukuman mati dijalankan dengan tembakan rifel dilepas berdas-das oleh tentera.
Pengakhiran hidup Caeusescu di tangan Boyeru
Rakaman hukuman mati yang dijalankan terhadap Ceausescu
Sumber terbitan: The King of Communism, BBC, 2016
Ionel Boyeru masih teringat bagaimana di hadapan matanya Caeusescu dan Elena mati di tangannya dengan butiran peluru yang dilepaskan olehnya kepada kedua individu yang cukup dibenci warga Romania menerusi selaras rifle Kalashnikov pada Krismas 1989. Cuma sedikit kegusaran yang dihadapi Boyeru ketika itu adalah membunuh insan yang tidak melawan dengan tangan diikat tanpa bersenjata.
Kerana kerelaan diri untuk menyertai sebuah misi rahsia, rupanya ditugaskan untuk membunuh bekas Presiden Romania itu menyebabkan dirinya dikenang sepanjang masa namun dibayar dengan harga yang mahal kerana menyebabkan kebebasan diri, ketenangan dan perkahwinannya akan menjadi ancaman buat pihak pro-Caeusescu untuk membalas dendam semula atas perbuatannya melaksanakan hukuman mati tersebut.By Akram Tajuddin
Nicolae Ceausescu dan Elena (kanan) dalam satu majlis - gambar google
Siapakah Nicolae Ceausescu?

(video sumber YouTube)
Boyeru mempercayai pelurunya mengenai kedua dua pasangan sewaktu pelaksaan hukuman dijalankan ketika dua askar lagi yang ditugaskan untuk menembak tergendala berpunca sifat gugup dan terlupa menukar setting kepada automatik menyebabkan hanya beberapa tembakan sahaja dilepaskan.
Penutup
Dengan matinya Ceausescu, bererti tamatlah era pemerintahan kuku besi raja komunis dahulunya dijulang kini dibenci. Sejarah seorang ketua negara sosialis yang akan dikenang sepanjang zaman oleh rakyat Romania sebagai pemerintah yang menyebabkan berjuta rakyat kebuluran dan membawa kesengsaraan ekonomi.
Rujukan :
Romania position towards The Arab:
http://www.coldwar.hu/html/en/publications/Petre_OtuRomania%27s_position_towards_the_arab-israeli_war_of_1973.pdf
Documentary :
The King of Communism, BBC, 2016.
Biography :
https://www.biography.com/people/nicolae-ceausescu-38355
The Guardian (2017) : I’m still nervous’
https://www.theguardian.com/world/2014/dec/07/nicolae-ceausescu-execution-anniversary-romania
Youtube : Romanian Dictator Nicolae and Elena Ceausescu :
https://www.youtube.com/watch?v=0BDRXGiYRsw
No comments:
Post a Comment