Thursday, December 21, 2017

Bina kem tentera baharu: Cabaran Hisahm disahut dengan bukti, untuk tujuan apa sebenarnya?

DAP dakwa ada kem tentera dibina di kawasan Hisham
mk      Hari ini, 4:49 pm
DAP Johor menyahut cabaran Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar membuktikan terdapat kem tentera sedang dibina di kawasan parlimennya di Sembrong, Johor.

Sebelum ini Hishammuddin menafikan terdapat kem tentera dibina di kawasan itu dengan mengatakan sekiranya benar, kem seumpama itu sudah lama diwujudkan sejak beliau menjadi menteri pertahanan.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mendakwa memang terdapat kem yang dibina di kerusi DUN Paloh yang terletak di bawah kawasan Sembrong berdasarkan tinjauan yang dibuat.

"Mengikut maklumat yang kami kumpulkan, ini akan meningkatkan jumlah pengundi Paloh sebanyak 10 peratus dengan sekurang-kurangnya 1,000 anggota tentera ditempatkan di sana.

"Pada pilihan raya umum lalu, DAP kehilangan Paloh (kepada MCA) dengan hanya 103 undi," katanya.

Liew kemudian melontar kembali cabaran kepada Hishammuddin yang juga naib presiden Umno untuk membuktikan dakwaan beliau salah.

Menggelarnya sebagai  "kem pengundi", anggota Parlimen Kluang itu mengkritik kerajaan kerana membina kem tentera di kawasan kerusi parlimen yang kecil bagi meningkatkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pada pemilih suku ketiga 2017, kita menyaksikan kemasukan besar anggota tentera di Hutan Melintang dan Bera sebelum pembinaan kem-kem disiapkan. Kem Paloh akan siap pada April 2018," katanya.

S Kesavan dari PKR merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang manakala Ahli Parlimen Bera ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri.

Facebook rasmi Kementerian Pertahanan pada 27 September lalu menyatakan kem tentera di Paloh adalah salah satu daripada enam kem yang sedang dibina selain di Segamat, Hutan Melintang, Bera, Kota Belud dan Lahad Datu.

1 comment:

  1. buatlah banyak lagi di setiap kawasan parlimen
    suruhlah anggota berkenaan pangkah amanoo saja
    kem tentera polis hutang dll yang boleh dibuat
    ala kat dunia sat saja sampai masa tau la
    kerjabuat yang tak betoi tu

    apa guna menang menipu lepas tu dapat jawatan dan gaji dari angkara tipuan
    tak rasa berdosa kah???
    makan duit harammm

    ynag bersubahat satu lagi pulak halnya

    ReplyDelete