Bekas Ketua Wira Perkasa sertai PKR , Umno gagal juangkan hak Melayu-Bumiputera
DALIA ISMAIL - December 14, 2017 3:37 pm
Bekas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris hari ini bersama lebih 30 ahli dan 3 bekas pemimpin kanan NGO itu mengumumkan menyertai PKR dan berikrar akan bersama pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak pada pilihan Raya Uumum ke-14 akan datang.
Selain Irwan Fahmi turut menyertai PKR bekas Naib Ketua Wira Perkasa Syamzari Putera Mohd Noh; dua bekas Exco Wira Perkasa Muhammad Hafiz Zulkifly dan Zulkarnain Haron.
Penyerahan borang pendaftaran ahli PKR telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Afif Bahardin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Irwan, keputusan beliau dan ahli Perkasa memilih PKR kerana percaya dengan kewujudan PKR sejak ditubuhkan berbanding menyertai parti-parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun, Irwan Fahmi masih mengekalkan keahliannya dalam Perkasa.
Bahkan beliau yang pernah menjadi ahli Umno di Bahagian Ipoh Barat berpandangan beliau telah lama berjuang di dalam parti itu untuk mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputeraserta kemelut ekonomi negara yang dihadapi tetapi Umno dilihat gagal mempertahankannya.
Irwan Fahmi Idris (hadapan dua dari kiri) dan Afif Bahardin (hadapan tengah) ketika sidang media diadakan hari ini.
“Kami pilih PKR kerana mereka komited dengan agenda reformasi dengan penyertaan ahli Perkasa dalam PKR ini, jadi peluang untuk PKR bersama bersama kami turun ke bawah bertemu ahli Perkasa untuk menjelaskan apa agenda sebenar reformasi yang diperjuangkan.
“Kita perlu lakukan perubahan dan kita perlukan setiap sokongan termasuk setiap anggota masyarakat sama ada dari NGO atau rakyat biasa dan kita harus dekati bersama,” ujarnya.
Ditanya mengapa beliau bertindak sedemikian berjuang dipentas politik tidak lagi di pentas NGO, Irwan Fahmi berkata,hasratnya mahu Najib berundur sudah terpendam sejak Ogos 2013 tetapi ditambah dengan kemelut ekonomi dan hak Melayu yang tidak pernah dapat diselesaikan.
“Seperti kita pergi tengok bola, penyokong dan pemain siapa yang menentukan kemenangan? Penyokong bola yang menang sorak kampung tergadai.
“Umno-BN akan jadi Melayu pada hujung tahun sahaja (menjelang perhimpunan agung Umno). Tiap-tiap hujung tahun dia (Umno) akan jadi parti lebih rasis.” ujarnya.
Menurutnya, nasib orang Melayu di negara ini terus terpinggir dan masih tidak bawa perubahan sejak negara ini mencapai kemerdekaannya.
“Yang perintah (negara) ialah Umno dari 1957, daripada logo kapal layar sampai dacing, nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke?
“Rizab Melayu tinggal 11 peratus siapa yang bagi, siapa perintah negeri?
“Persoalannya kepada Umno, siapa khianat siapa?” soalnya lagi.
Ditanya lagi sama ada beliau akan menarik Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Harapan sambil ketawa beliau berkata,” itu saya tak boleh nak jawablah ,” ujarnya.
Ditanya berapa ramai ahli Perkasa yang berkemungkinan memberikan sokongan ‘senyap’ kepada Pakatan Harapan beliau berkata: ” itu hak individu sebagai individu mereka bebas menjadi ahli mana-mana NGO dan menyertai mana-mana parti.”

No comments:
Post a Comment