Mengapa ATM Tidak Menyerang Israel?
By Jiji Azizan December 10, 2017
Sebuah soalan yang selalu muncul ketika isu ketegangan konflik yang berlaku di antara negara haram Zionis Israel dan ‘negara berdaulat’ Palestin. Seperti isu baru-baru ini, yang dimana Presiden USA, Donald J.Trump mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel sejajar dengan perpindahan kedutaan negaranya di sana pada tanggal 7 Disember 2017.
Jika kita memandang dari sudut agama Islam, ia sememangnya suatu jihad yang wajib kerana setelah peristiwa Nakba, saudara-saudara seagama kita dibantai sehingga ke hari ini tanpa kesudahan. Tetapi jika kita memandang dari sudut strategi peperangan, adakah suatu peluang yang menguntungkan jika Angkatan Tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas negara haram Israel yang terletak hampir beribu-ribu kilometernya dari negara Malaysia?
Kebanyakan masyarakat pada zaman sekarang memandang pelancaran perang secara membuta-tuli tidak mendampakkan kesan yang buruk, malah merugikan sekaligus mampu menghancurkan pertahanan sesebuah negara.
Bahagia kalau terjadinya Perang Dunia Ketiga?
Jadinya, marilah kita merujuk kembali peristiwa dahulu yang pernah terjadi seiring kesan buruk yang menimpa jikalau seorang pemerintah salah dalam merangka sesebuah strategi dan persiapan sebelum melancarkan peperangan.
1. Pembebasan Konstantinopel.
Kita semua sedia maklum peristiwa pembebasan Konstantinopel yang berlaku dalam sekitar tahun 1453 M di bawah pimpinan sultan muda Uthmaniyyah dari Adrianopel iaitu Muhammad al-Fatih tidak berlangsung dengan begitu mudah, malahan ianya memerlukan sebuah rangka serangan dan pengepungan yang teratur tanpa sebarang kesilapan kecil.
Muhammad al-Fatih tidak terus menyerang kota agung empayar Byzantium tanpa pengukuhan politik dalaman istana, mahupun strategi geopolitiknya. Rancangan yang diatur oleh Muhammad al-Fatih bukan mengambil masa selama sehari, seminggu atau sebulan, bahkan ianya mengambil tempoh masa sekitar bertahun-tahun lamanya. Baginda menghantar pasukan perisik ke kota Konstantinopel dalam membawa misi mengkaji kepanjangan, ketinggian mahupun kekebalan benteng kukuh yang dibina sejak akhir abad ke-4 M. Peta kota Konstantinopel juga amat diperlukan dalam misi pengepungan ini, lalu baginda menugaskan beberapa orang ahli topografi untuk menghasilkan peta baharu.
Baginda sudah membaca dan belajar tentang sejarah pengepungan dahulu yang di mana ianya mula dilancarkan oleh Khalifah Muawiyah pada tahun 674 M, Khalifah Sulaiman Abdul Malik pada tahun 717 M, Sultan Beyazid I pada tahun 1411 M, dan pengepungan terakhir yang masih gagal pada tahun 1422 M oleh Sultan Murad II. Punca kegagalan yang membabitkan dalam siri pengepungan ini menjadikan Muhammad al-Fatih sentiasa berwaspada dalam setiap rancangannya.
Kegagalan para pemimpin dahulu tidak boleh diulanginya lagi, tambahan pula punca utama kegagalan pasukan Muslim terdahulu untuk mengambil alih benteng Konstantinopel adalah kerana kekebalan bentengnya yang terdiri daripada dua lapis dan dibina dengan bahan binaan yang tidak mudah hancur dimamah usia apalagi serangan senjata manjanik yang pasti sia-sia sahaja.
Punca yang lain adalah senjata kuno ampuh milik empayar Byzantine iaitu ‘Api Greek’ yang fungsinya menyemburkan api yang mematikan sekaligus sentiasa menggagalkan tentera Muslim untuk memanjat benteng terbabit.
Kecerdikan Muhammad al-Fatih dalam mengatasi masalah ini terungkai apabila baginda mengupah seorang jurutera berbangsa Hungary, Urban untuk membina sebuah meriam gergasi yang kemampuannya mampu memuntahkan peluru sejauh satu setengah mil ini serta menghancurkan pertahanan agung empayar Byzantium itu.
Selain menyiapkan segala senjata yang mampu digunakan dalam pengepungan, mencari titik-titik lemah benteng Konstantinopel, Muhammad al-Fatih juga membangunkan sebuah benteng pertahanan pada tahun 1451 M hanya dalam waktu 4 bulan. Benteng yang diberikan nama Rumelli Hisari dibina di atas sebuah bukit berdekatan dengan selat Bosphorus dan lokasinya terletak sekitar 8km dari kota Konstantinopel. Tujuan dibinanya benteng ini untuk menguasai laluan Selat Bosphorus dan menyekat segala bantuan sekutunya yang bakal tiba ke kota Konstantinopel saat waktu pengepungan.
Perjanjian damai juga disepakati antara negara jiran lainnya supaya mereka tidak balik menyerang Adrianople ketika Muhammad al-Fatih sibuk dalam misi pembebasannya.
Dan banyak lagi strategi lain sebelum dan ketika berlangsungnya peristiwa bersejarah perpindahan kuasa empayar pembebasan Konstantinopel yang digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih sehingga baginda dijuluki sebagai salah seorang ahli strategi perang yang terunggul sebaris dengan kedudukan Alexander the Great dan penakluk yang lain.
2. Pembebasan Baitulmaqdis.
Yusuf atau nama gelaran popularnya Salahuddin al-Ayyubi di dunia Islam dan Saladin di dunia Barat mahupun pada era Perang Salib Kedua, tidak terus mengambil alih kota Baitulmaqdis setelah menaiki puncak kepimpinan yang berkuasa mutlak menguasai Mesir, Aleppo, Jazirah Arab dan lain-lain. Baginda tidak terburu-buru menyiapkan angkatan perangnya menyerang pasukan Templar walaupun baginda mempunyai beribu barisan angkatan pasukan tentera elit Mamluk.
Baginda tidak terbawa dengan emosinya untuk membunuh para pemimpin Templar walaupun baginda tahu dia mampu menyapu habis pasukan musuh yang berpusat di kota Baitulmaqdis.
Peristiwa berdarah pembantaian rombongan jemaah haji yang didalangi oleh Reynald de Chattilon tidak menarik Salahuddin ke kancah pertempuran tanpa perancangan walaupun salah satu mangsa pembantaian itu ialah adik perempuannya sendiri.
Salahuddin merangka strategi untuk mengalahkan pasukan Salib Templar secara mudah dengan menarik mereka keluar dari kota pertahanan Baitulmaqdis menuju ke Hattin. Salahuddin tahu, dengan menarik sejumlah besar pasukan utama dari kota Baitulmaqdis dan mengalahkan mereka sekaligus dapat memberikan kemudahan kepadanya untuk mengambil alih Baitulmaqdis tanpa tantangan yang besar. Pengiktirafan khalifah boneka dari Bani Abbasiyah ke atas Salahuddin sebagai pelindung umat Islam pada masa itu melicinkan lagi pengaruhnya untuk memohon beberapa pasukan bantuan dari negara-negara Islam yang bersekutu dengannya. Walaupun hanya bantuan yang sedikit diterimanya, tetapi Salahuddin tetap tidak berputus asa dalam merealisasikan cita-citanya meletakkan kota Baitulmaqdis di dalam tangan umat Islam kembali.
Jika Salahuddin terus menyerang pasukan Salib di Baitulmaqdis dan bukannya di Hattin, adakah Salahuddin mampu mengembalikan tanah suci ketiga ini ke tangan umat Islam kembali dan mempertahankan wilayah Mesir, Haramain serta lain-lain dari jarahan pasukan Templar pimpinan Reynald de Chattilon?
3. Pembebasan Andalusia.
Setelah mendapat perintah langsung dari khalifah Bani Umayyah, al-Walid Abdul Malik untuk membebaskan semenanjung Iberia atau Andalusia dari cengkaman penguasa zalim bangsa Visigoth, Raja Roderick, Musa bin Nushair tidak terburu-buru menghantar kesemua pasukan besarnya ke sana. Beliau mengambil pendekatan menyiasat dahulu sebelum menyerang kerana umat Islam Afrika pada masa itu belum mengenali keadaan geografi sebenar-benarnya muka bumi Andalusia dan kelengkapan penuh kekuatan tentera Visigoth.
Musa bin Nushair memilih strategi untuk menghantar pasukan perisik dahulu menteliti keadaan di sana sebelum menyerang dengan kekuatan penuh. Beliau menghantar pasukan tentera yang dibawah pimpinan jeneral pilihannya, Tariq bin Ziyad ke sana membawa 7000 orang menaiki kapal laut yang disediakan oleh penguasa non-Muslim, Julian dari Ceuta.
Tatkala tiba di sana, khabar kedatangan pasukan dari tanah Afrika sampai ke telinga Raja Roderick. Baginda terus menyiapkan angkatan pasukan besar seramai 10,000 orang bersenjata lengkap untuk menghalang kemaraan pasukan Tariq tiba ke pusat pemerintahannya, kota Toledo. Kedatangan pasukan Raja Roderick yang berlipat kali ganda mengendangkan paluan perang terhadap pasukan Islam, menyebabkan Tariq bin Ziyad mengambil strategi lain untuk menaikkan semangat tenteranya. Beliau mengeluarkan arahan membakar kapal-kapal pengangkut yang dinaiki oleh mereka di hadapan para tenteranya seraya berucap kata-kata motivasi yang penuh semangat berjuang. Strategi yang mempengaruhi psikologi para tenteranya berjaya dengan hasilnya kemenangan berpihak padanya dalam pertempuran Guadalete 711 M mengalahkan Raja Roderick serta menamatkan pemerintahannya buat selama-lamanya.
Bagaimana jika Musa bin Nushair mengambil langkah menghantar kesemua pasukan utamanya dan menyisakan sedikit pasukannya di Afrika? Pasti wilayahnya Ifriqiya dilanggar oleh pasukan pemberontak Barbar yang masih memusuhi Islam dan seterusnya menghilangkan pengaruh Islam di Afrika Barat dalam lipatan sejarah. Bagaimana jika Tariq bin Ziyad memimpin pasukan besar? Adakah akan berlakunya sesi motivasi membakar kapal dan semangat mati syahid tentera Islam?
Adakah akan wujudnya kerajaan Islam di Andalusia dalam catatan sejarah yang dapat membanggakan generasi pada masa sekarang?
Bagaimana kisah Kaisar Perancis Napoleon Bonaparte dalam meletakkan posisi tenteranya di Waterloo akibat dari kesilapan lukisan peta menyebabkan beliau kehilangan kesemua pasukan tentera utamanya ke atas pasukan bersekutu Duke of Wellington dan seterusnya memusnahkan cita-citanya untuk menjadi penguasa tunggal di Eropah?
Bagaimana kisah pasukan Islam Bani Umayyah pimpinan gabenor Andalusia merangkap jeneral utama, Abdulrahman al-Ghafiqi yang dikalahkan oleh Raja Charles Martel di dalam pertempuran Balat as-Syuhada akibat dari kesalahan strategi serangan yang dilakukan pada musim sejuk di Perancis dan ketamakkan tentera yang mengejar ghanimah ‘harta rampasan perang’ menyebabkan pengaruh Islam gagal ditegakkan di bumi Perancis?
Bagaimana kisah kekalahan Sultan Beyazid I membebaskan kota Konstantinopel setelah menerima khabar yang pusat pemerintahannya yang kurang pertahanan bakal diserang oleh penguasa dari Samarkand, Timurlenk?
Bagaimana kisah Firaun Cleopatra yang mempunyai pasukan tentera yang besar tetapi gagal mentadbir kerajaannya sehingga menyebabkan bencana wabak penyakit berluasa seiring kelaparan teruk yang melanda menyebabkan empayar Rom mengambil peluang keemasan ini untuk menakluk kerajaan Mesir Kuno tersebut?
Banyak lagi kisah yang boleh kita pelajari dari masa lalu. Setiap catatan di dalam sejarah tidak pernah salah dalam erti memahami maknanya secara tersirat. Adakah peristiwa yang dahulu tidak mengajarkan kalian bahawasanya di setiap pembebasan, penaklukan, peperangan mahupun pengepungan memerlukan sebuah strategi yang tersusun tanpa sebarang kesilapan dalam mengaturkannya?
Penulisan ini bukannya mahu memperendahkan keupayaan ATM dan pihak lain, tetapi mahu menjelaskan serangan secara membuta tanpa rancangan hanyalah ibarat menyerahkan kedaulatan negara dengan sengaja.
Sembang cukup hebat dalam media sosial, tetapi tidak mengambil tahu apa kesannya yang akan berlaku. Baik atau buruk?
Dan kami petik kenyataan dari page bersekutu kami, Malaysia Military Power:
Macam biasa bila situasi di Asia Tengah sedang panas maka mula la muncul puak-puak jih>ad bermusim suruh ATM segera pergi ke sana serang dan takluk Israel.
Nanti bila ATM dah ada minimum 4 buah aircraft carrier, 18 buah kapal selam SSK/SSN, 24 buah kapal perang pemusnah, 24 buah LHD/LPD, 500 buah MRCA, 100 buah pesawat pengangkut strategik, 1000 buah kereta kebal, 2500 buah helikopter utiliti, 2500 buah helikopter penyerang, 50 buah pesawat pengebom strategik, 12 buah pesawat tanker, 6 buah pesawat AEW&C, 5000 buah APC, 500 ribu anggota ATM, dan juga negara-negara sekutu berdekatan Palestin setuju bagi bantuan pangkalan dan logistik, maka barulah anda semua boleh bising suruh ATM pergi serang Israel.
Kalau takat sekarang ni aset dan anggota yang ada pun ciput tak berapa cukup atau cukup-cukup nak cover seluruh Malaysia aje maka lupakan ajelah nak buat operasi offensif nak serang negara lain yang beribu-ribu kilometer jauhnya dari Malaysia. Tu belum masuk duit beratus juta billion RM lagi nak tanggung kos buat serangan tu.
Nak pergi serang tempat beribu-ribu kilometer jauhnya bukan semudah main taip kat FB pakai air liur aje dah boleh mulakan serangan ketenteraan dah.
Pepatah Sun Tzu dalam bukunya, Art of War mengatakan:
“Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and then seek to win”.

Suruh menteri bodoh tu bawa balik beberapa budak gay dlm umno termasuk azwan ali ke rumah dan merancap beramai-ramai. Menteri OMNGOK ni bodoh mereka tiada bersempadan....
ReplyDeletesilap silap kalau Israel hantar ejen Mossad buat clandestine operation kat Malaysia letup sana letup sini huru hara kita nanti. Ukur baju di badan sendiri. Jgn sembang lebat.
ReplyDeletelani orang tak cerita malaysia
ReplyDeletecerita seluruh negara islam lemah
kuat rasuah
semangat jihad dimatikan
musuh islam gelak umat islam ketageh habuan dunia. lempar sebiji bola lalai
sampai lupa janji dari Allah
mana pakar perang islam nak rangka strategi pung takut amalika marah
hidup lah dibawah penindasan kapir sampai kiamat
patutnya dah lama dah setiap negara islam sediakan pasukan jihad khas untuk tolong palastin
ini tidak bila ada rakyat ynag berani pi sana untuk berjuang dikatakan pengganas
tak yakin ngan pertolongan Allah macam mana nak perang ngan kapir nak tunggu ada nukliar ada itu ini.
ramai ketua negara islam jadi barua amarika yahudi itu sebab tak berani rampas balek batulmaqdis
nak pulau baranagn kapir pun takut susah takkan berani nak perang
Lawak antarabangsa bersahabat dengan amerika Dan Saudi cakap besar melawan israel,baik antok kepala Di tembok
ReplyDeleteI was suggested this blog by my cousin. I'm not sure whether
ReplyDeletethis post is written by him as no one else know such
detailed about my problem. You're wonderful! Thanks!
I loved as much as you'll receive carried out
ReplyDeleteright here. The sketch is tasteful, your authored subject matter stylish.
nonetheless, you command get bought an shakiness over that you wish
be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again since exactly the same
nearly a lot often inside case you shield this increase.
buat masa ini serangan terus yg boleh kita buat adalah dlm bentuk doa qunut nazilah lebh afdhal.
ReplyDeletesudahkah anda berdoa nazilah setiap hari utk palestin dan semua umat islam yg sedang tertindas seprti Syria Iraq Rakhine dll?
klu belum cepat2 hafalkan dan amal siang mlm.
bila timbul isu palestin ada jg yg berkata.. lupakan perbezaan mazhab (merujuk kepada suni dan syiah). ini satu fahaman dangkal.
bila lagi kita nk sedar dgn yakin bahawa syiah adalah musuh islam malah lebih zalim dpd Israel?
kemusnahan dan kematian serta kekejaman di Syria dan Iraq lbh dahsyat dpd di palestin.
syiah dan zionis adalah bersaudara. zionis musuh nyata, syiah musuh dlm selimut.
maka kalau kita mendoakan kemusnahan Israel, kita juga mesti sertakan dengan doa kemusnahan syiah.
syiah bukan sedara kita dan bukan satu mazhab. ia musuh dlm selimut.
jgn kitai ngat kelemahan kita sebb perpecahan sunni dan syiah. malah dgn sebb percaya kpd takiyyah syiah lah maka kita tertipu dan tidak akan menang.