Saturday, December 2, 2017

Sape dia ni, apa kesannya dengan statements minah ni?

“Berani buat berani tanggung”: Ummi Hafilda
WARTAWAN SINAR HARIAN  -  1 DISEMBER 2017
Ummi Hafilda dalam kenyataan yang dikeluarkannya di laman Facebooknya, semalam.

SHAH ALAM - “Bagi saya mudah sahaja, berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar walaupun melibatkan anak saudaranya dan abangnya sendiri,” kata Ummi Hafilda Ali.

Beliau berkata demikian berhubung penahanan anak saudaranya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara MB Selangor ditahan SPRM]

Adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dalam satu kenyataan di laman Fecebooknya turut telah menempelak PKR.

“Siapalah saya hendak menghalalkan cara, sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga sekarang sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka. Cakap hendak hapuskan rasuah tapi diri sendiri...keluarga dan kroni penuh tahi.

“Sama sahaja dengan yang ada sekarang ini. Sebab itu saya telah isytihar keluar Umno dan terbuka menyatakan ketidakpuasan hati saya ke atas kepimpinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan yang lain..bercakap tidak serupa bikin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, halal adalah halal dan haram tetap haram.

Katanya, prinsip beliau mudah, jagalah hubungan baik dengan ALLAH, usah membuat fitnah dan menganiaya orang.

“Usah makan duit haram, buat amal jariah dan jauhkan diri daripada perbuatan zina. Nescaya ALLAH lindungi kita dalam rahmat dan nikmatnya,” katanya.

Jelasnya, biar kita berdepan dengan ‘jerung-jerung’ besar yang menyalaahgunakan kuasa atau jutaan penyokong yang akan memaki hamun, tidak mengapa kerana ALLAH lebih mengetahui.

4 comments:

  1. Misi Tawan Selangor oleh 3 bekas MB dan seorang samseng jalanan. Harap berjayalah dapat sokongan pengundi atas pagar dan pengundi Pas.

    ReplyDelete
  2. Hafilda ni dulu cinta gila kpd anwar ibrahim sampai simpan gambar bwh bantal. Betina gatal. Rupa huduh laki tak mau. Duk gatal sorang2. Lani dah kawen ke belom? Dah jd ostazah pulak now? Umno tak pkr pon tak? Habis parti apo? Parti rapu kot? Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Citer halal haram? Kau tutup aurat ke umi hafilda?

    ReplyDelete
  4. Hafilda ni Betina sewel dan kuat merapu

    ReplyDelete