Monday, December 18, 2017

Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!

Kami boleh menang, dan Hadi boleh jadi PM, kata PAS

 | December 18, 2017
PAS berkata keajaiban politik boleh berlaku, dan ia sudah tahu calon PM.
PETALING JAYA: PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakinan “keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.
Bagaimanapun, Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata parti itu tidak pernah membincangkan siapakah calon perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya.
“Kita lawan (dalam PRU14) dulu, apa sibuk sangat,” katanya.

2 comments:



  1. Mrk lupa petir dan RIBUT tepat2 menerajang mrk kat kota Sarang Semut t.hari!

    Sekali lg petir bagi amaran tepat n sound system mrk rosak dan terperanjat terkebil2 seketika!!

    Biar kan silobai2 nih main drama dan wayang ditahap IQ siku and lutut mrk itu, sbb semua ceramah2 mrk ini dah tak laku kecuali utk bbrpa kerat walaun2 yg masih tolol dungu keliru

    ReplyDelete
  2. Impian mereka itu jauh lebih hebat daripada angan-angan Mat Jenin.

    ReplyDelete