Umno, BN tiada pemimpin saingi Azmin di Selangor, kata penganalisis
TMI · Diterbitkan pada 18 Dec 2017 1:47PM
Prestasi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak dapat diragui dan dari segi tadbir urus juga sukar ditandingi, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2017.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyerang imej Azmin Ali kerana ketandusan pemimpin yang boleh menyaingi kewibawaan Menteri Besar Selangor itu, kata penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata BN dilihat memilih strategi merosakkan imej Azmin selepas gagal menyaingi pencapaian pentadbirannya, lapor Sinar Harian.
“Sudah tentu sesiapa pun kalau lawan politiknya dirasakan lebih hebat daripadanya, ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan malah ketakutan yang nyata, dalam konteks ini kepada BN.
“Ini sudah terbukti daripada segala dasar dan langkah yang diambil Azmin. Dari segi prestasinya tidak dapat diragui dan dari segi tadbir urus juga sukar ditandingi.
“Dalam keadaan sedemikian, BN tak punya pilihan kecuali gunakan strategi menyerang imej pentadbiran Azmin dan juga imej Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya,” katanya, seperti dipetik oleh Sinar Harian.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib sebelum ini dilaporkan berkata Azmin berdepan masalah persepsi ciptaan media yang dikawal oleh Umno dan BN biarpun khidmatnya kepada rakyat Selangor cemerlang.
Jeniri juga berpendapat walaupun strategi BN itu boleh mempengaruhi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, ia tidak akan memberikan kesan besar sehingga menyebabkan PH kalah di Selangor.
“Rakyat Selangor dapat lihat sendiri langkah dilakukan kerajaan negeri yang beri kesan positif. Dari segi itu, walau apa pun strateginya ini tak beri kesan banyak.
“Mungkin orang luar Selangor banyak boleh terpengaruh, namun bagi rakyat Selangor yang merasai sendiri kesannya, saya fikir dapat menilai sendiri dengan lebih baik,” katanya.
Azmin sejak beberapa bulan lepas berdepan siri protes yang digerakkan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos, mengecam beberapa isu melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.
Jamal pada Oktober lepas ditahan polis untuk siasatan selepas bertindak memecahkan botol arak di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam membantah pendirian pentadbiran Azmin berhubung penganjuran pesta arak.
Umno bagaimanapun menafikan terlibat dalam siri protes Jamal, yang dianjurkan atas nama Gabungan NGO 1Malaysia.
Azmin juga baru-baru ini berdepan satu lagi serangan peribadi apabila adiknya, pengacara televisyen terkenal, Azwan Ali tampil menawarkan diri membantu Umno menjatuhkan abangnya pada PRU14 nanti.
Azmin menerajui kerajaan negeri Selangor pada September 2014 selepas percaturan politik dalaman PKR mengetepikan bekas menteri besar Khalid Ibrahim dalam apa yang disebut sebagai episod Langkah Kajang. – 18 Disember, 2017.

Walauapapun regangan politik...pakatan harapan dihati dan minda rakyat Malaysia...tahniah pakatan harapan terus perjuangan bina dan tadbir urus yang telus bersih cekap intergriti
ReplyDeleteWalau apa pun serangan BN yg hampir reput di Semenanjung .... kami tetap memilih PH untuk mengelakkan Negara terus hilang arah ... hilang maruah ... hilang kedaulatan kerana pemimpin UMNO dan isteri yg RAKUS ..
ReplyDelete