Monday, 18 December 2017
CEKAPNYA SPRM BUAT KESIMPULAN?
SPRM dilaporkan tidak melihat wujud unsur rasuah dalam perlaksanaan sistem IMAMS yang menjadi perbualan masyarakat ketika ini.
Sebaliknya, menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, masalah yang timbul adalah berkaitan pentadbiran kerajaa semata-mata dan ia telah pun dikira selesai.
Cepat dan cekapnya SPRM membuat kesimpulan?
Benarkah segala-galanya sudah selesai?
Sudahkah SPRM menjalankan siasatan dan menelitinya secara mendalam, khususnya bagaimana syarikat terbabit dipilih untuk mengendalikan sistem IMAMS, siapa di belakangnya dan adakah sesiapa dalam syarikat itu mempunyai hubungan dengan menteri atau seseorang di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan?
Jika Zahid Hamidi mengatakan kabinet tidak dimaklumkan secara sepenuhnya mengenai sistem IMAMS dan tiba-tiba diumumkan perlaksanaannya, tidakkah wujud kemungkinan adanya unsur rasuah di situ?
Begitu juga dengan kenyataan Nazri Aziz bahawa sistem IMAMS yang dilaksanakan itu bukan sebagaimana yang beliau kehendaki, bukankah ia juga bermaksud ada kepentingan lain daripada kehendak menteri yang lebih dipatuhi oleh kakitangan kementerian itu?
Sudahkah disiasat siapa yang bercakap benar, siapa salah faham, siapa tidak faham dan siapa yang semata-mata cuba menutup kesalahan?
Kenapa semua unsur mencurigakan itu tidak dipastikan kebenarannya terlebih dahulu oleh SPRM sebelum menyatakan tiada unsur rasuah berkaitan IMAMS?(ShahbudinHusin 18/12/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 23:50

Hutang emas boleh dibayar.
ReplyDeleteHutang budi tergadai bodi.sbab nak setelkan pemberi budi.kene akurlah arahan mntri.
Ku nampok azam ni barua umno bn. Kahkah
ReplyDelete