Monday, December 11, 2017

Kejadian ngeri berlaku di depan mata

Nampak Treler Seret Nissan Sentra
Published: Sunday, 10 December 2017
“Saya sedang menurunkan durian di gerai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian apanbila tedengar dentuman kuat dan sebaik berpaling, nampak treler sedang mengheret sebuah kereta berwarna 'silver' (Nissan Sentra) sehingga kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam parit.

“Saya lihat ada kenderaan lain terpelanting dan seorang kanak-kanak tersembam di atas jalan raya," kata Khairul Azuan Mohamed Noor, 33.

Khairul Azwan antara saksi yang berada di lokasi kejadian kemalangan maut membabitkan treler dan empat kenderaan di Jalan Kuala Kangsar- Gerik berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, tiga maut, dua parah serta tiga cedera selepas treler membawa sisa ikan merempuh empat kenderaan iaitu Nissan Grand Livina, Honda HRV, Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang berhenti ketika lampu isyarat merah.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun dan kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22.

Difahamkan, bapa serta ibu mereka iaitu Ismail Yaacob,53, dan Zarina Yong,44, parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala seorang lagi adik beradik mereka Nur Ain Harizah,13, cedera.

Dua lagi mangsa menaiki Nissan Grand Livina turut mengalami kecederaan.

Menurut Khairul Azwan, dia yang terkejut melihat kemalangan itu bergegas untuk melihat keadaan kereta Nissan Sentra yang diseret treler berkenaan sebelum mendapati pemandu kereta itu selamat dan berjaya keluar sendiri.

“Saya nampak seorang mangsa tersembam tidak bergerak, dipercayai penumpang Honda HRV dan tidak berani menyentuhnya sebelum membantu mangsa lain dalam kenderaan itu.

“Pemandu serta penumpang depan Honda HRV masih bergerak namun mengerang kesakitan. Dua penumpang belakang dalam keadaan terlipat dan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi penumpang belakang sedang menangis.

“Saya dan penduduk membantu menarik mangsa yang menangis serta mengeluarkan pemandu," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Khairul Azwan, anggota bomba yang tiba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit manakala pemandu serta kelindan treler membawa muatan ikan, tidak cedera.- sumber

1 comment:

  1. Ini mesti disebabkan nombor plet treler itu tidak mengikut spesifikasi JPJ.

    ReplyDelete