* Dah lebur dan hancur hutan tu baru sedar?
Kementerian akhirnya akui pembalakan hutan Merapoh langgar syarat, arah henti kerja
BERNAMA - November 30, 2017 1:55 pm
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan supaya kesemua aktiviti pembalakan dan pembangunan yang dijalankan di Hutan Merapoh, Lipis, dihentikan segera.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingkar arahan tersebut.
“Kita telah kaji secara ringkas, banyak pihak yang terlibat dalam hal ini… pembangunan dan pembalakan yang dijalankan tidak mematuhi undang-undang alam sekeliling 1974.
“Saya dah arahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya keluarkan perintah berhenti kerja untuk semua aktiviti di hutan tersebut. Semalam pun ada kontraktor yang masih buat kerja,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Wan Junaidi berkata kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk kerja-kerja pembalakan dan pembangunan di hutan tersebut juga tidak dilaksana sebelum penerokaan dibuat.
“Saya nak satu kajian semula berhubung dengan hutan ini dijalankan dan saya akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini.
“Walaupun kawasan yang nak dibangunkan ini merupakan tanah hak milik persendirian, tapi pemberian tanah itu diberikan dalam kawasan hutan simpan pada awal tahun 2000 dahulu iaitu sebelum kajian EIA dijalankan. Pembangunan dijalankan pada zaman ini, jadi semua pihak kena patuh arahan ini,” kata Wan Junaidi.
Beliau berkata walaupun tanah, hutan dan air milik kerajaan negeri, semua pihak perlu akur dengan kajian JAS bagi mengelakkan sebarang bencana berlaku.
“Kita kena dengar juga dengan arahan JAS kerana mereka buat kajian…jangan jadi seperti di Pulau Pinang, kerana satu pembangunan, 11 yang mati…kita ada kepakaran yang khusus, jadi kena ikut. Kita tak nak Sungai Pahang nanti jadi sungai mati kerana pencemaran amonia oleh kerana pembangunan yang tak terancang,” katanya.
Wan Junaidi berkata pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim untuk mengarahkan anggota Majlis Keselamatan Negara bagi mengawal kawasan tersebut.

No comments:
Post a Comment