Friday, December 15, 2017

Pas dan UMNO kini sudah sehati sejiwa?

Thursday, 14 December 2017
INI JAWAPAN UNTUK PAS
Kata seorang pemimpin Pas yang malas nak disebutkan namanya, negara akan terjerumus kepada kerosakan lebih teruk sekiranya Tun Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri.

Tentu kita hairan mengapa Pas turut sama takut jika Tun Mahathir kembali semula berkuasa.

Ehhh...ingatkan UMNO dan BN saja yang takut dengan kembalinya semula Tun Mahathir menggenggam kuasa, rupa-rupanya Pas pun nadanya sudah sama.

Apakah Pas dan UMNO kini sudah sehati sejiwa?

Apa yang mereka takutkan?

Kenapa dengan Najib Razak yang jauh lebih buruk kepimpinannya, Pas  tidak takut?

Apa pun, mari kita baca jawapan daripada Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengenai ketakutan Pas itu untuk sama-sama kita renung dan hadamkan. (ShahbudinHusin 14/12/2017)

Mu kata, aku kata

Mu kata jika Tun PM, negara rosak
Aku kata la ni pun dah sedia rosak
Ekonomi haprak, rakyat sesak

Mu kata jika Tun PM, reformasi terkubur
Aku kata , hujahmu yang berterabur
Jika puak mu yang jadi PM, lagi lebur
Ibarat nasi akan jadi bubur

Mu kata Tun M yang hancurkan negara
Aku kata, ya lah dulu bila salah ,takda yg bicara
Semua kaki ampu di sini sana
Sebab tu Tun rasa dia mcm maharaja
Kini dah lain suasana
Ramai dlm PH yang akan tegur jika tak kena
Agar insyaAllah Tun tak alpa dan lena

Mu tak terima Tun tapi boleh rapat dgn yg terpalit skandal kewangan negara
Jenuh puak mu cari dalil utk sokong kerosakan -dgn hujah agama
Mu sedar ke negara ni dah mcm nak dilelong pada "negara China"
Dari China , MO1 buru pula polis dunia
Amerika pun terkejut MO1 nak bantu ekonomi dia

Tapi, itu semuanya tipu daya je.
Hakikatnya, nak dpt syafaat drp Trump tapi tak terlaksana
Walaupun Amerika tukar Presiden dan Peguam Negara
Saman DoJ buru sikleptokrat tetap bergema
Macam mana MO1 dan sekutunya x naik bulu roma!

Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang

Posted by Shahbudin Husin at 18:53   

1 comment:

  1. Kalau umno Dan pas tabar negara pru akan datang jahanam Niagara INI,,berambus kedua dua pati INI baru rayat selamat Dan Niagara kits akan maju.

    ReplyDelete