Friday, December 15, 2017

Siapa dia ni, ada nilai berita ke ni?

Azwan: Tiada lagi doa untuk Azmin
mk      Hari ini, 11:13 am
Personaliti televisyen, Azwan Ali terus ‘menyerang’ abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan berikrar membantu Umno dalam misi menewaskan menteri besar Selangor itu pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Mengakui sedih dan sakit hati dengan apa yang dilakukan abangnya itu, Azwan dipetik oleh portal Sinar Harian Online sebagai berkata, beliau percaya kebenaran akan akhirnya terbongkar.

“Perbuatan dia sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan. Tiada lagi doa untuknya.

“Segala perkara benar akan terbongkar tidak lama lagi. Saya percaya setiap keburukan akan terbongkar juga.

“Saya tak takut kerana saya kenal siapa abang saya. Orang hanya melihat dari luar, tapi saya hidup dengan dia lebih 50 tahun,” katanya yang dipetik oleh portal itu.

Menurut Azwan, selama lima tahun Azwan, dirinya membantu abangnya itu berkempen, namun usahanya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepadanya.

“Saya doa depan Kaabah dia menang besar dalam PRU13 lalu. Sebagai adik, saya mahu tengok dia berjaya.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT mendengar doa dan rintihan saya, dan memberi kemenangan buat dia dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.

Azwan berkata, abangnya tidak hanya menang, malah turut dipilih sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR.

Namun, katanya, itu cerita lama.

“Itu dulu... tapi lepas apa yang dia buat pada saya, adik dia sendiri, saya tak akan lupa. Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

Kisah adik beradik ini menjadi tular beberapa tahun lalu dan kemuncaknya Azwan tidak hadir pada majlis pengkebumian ibunya, Allahyarham Che Tom Yahaya awal tahun ini.

Azwan berkata, dia punya alasan tersendiri untuk tidak hadir namun doanya sebagai anak tidak pernah putus untuk ibunya.

Beliau juga sebelum ini mendakwa kisah keluarganya mampu dijadikan bahan berkempen pada PRU14.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar menteri besar yang juga abangnya, Mohamed Azmin.

“Saya hanya cerita kebenaran yang orang tak nampak selama ini.

“Saya berdendam dengan abang saya bukan kerana dengki atau apa, tetapi saya sudah tidak mampu bersabar lagi,” katanya lagi.

* Dia cuba mengembalikan sinar? Seorang yang makin tua kalut halatuju dan semakin pudar populariti

3 comments:

  1. Ini bapok tua. Statusnya entah jantan atau betino? Makbul ke doanye. Kenapa tk ziarah jenazah ibu sendiri? Apo alasan? Makin tua makin merapu. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. Biarlah.. dia orang berkelahi adik beradik... Kita hanya tunggu dan lihat. Yang penting PH menang pilihanraya..

    ReplyDelete