Penganalisis: Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang
Mereka kata orang ramai menganggap Suruhanjaya Siasatan Diraja itu langkah politik untuk memburukkan nama baik Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan dan pemimpin gabungan itu.
Mereka berkata orang ramai menganggap RCI itu, yang ditubuhkan pada Julai untuk menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, langkah politik untuk memburukkan nama baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata prosiding RCI itu dijalankan 20 tahun selepas Malaysia mengalami kerugian urus niaga forex dan dengan jelas bertujuan untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah pengerusi Pakatan Harapan manakala Anwar ketua umum gabungan itu.
“Ia tidak akan menjejaskan pengundi muda.
“Generasi kita sekarang tidak faham isu ‘dinosaur’ ini kerana ia tidak cukup menarik untuk tarik perhatian rakyat,” katanya.
Penemuan RCI dibentangkan di Parlimen hari ini. Laporan itu menyimpulkan Dr Mahathir merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.
“Terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994,” menurut laporan itu.
Laporan itu berkata tiada tindakan selanjutnya diambil oleh menteri kewangan dan ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu walaupun dimaklumkan tentang kerugian RM31.5 bilion dalam tempoh 3 tahun itu.
Laporan itu mengatakan Anwar, yang merupakan menteri kewangan pada awal 1990-an, tidak memaklumkan Kabinet mengenai kerugian itu.
Hisomuddin berkata laporan RCI itu mungkin akan beri peluang kepada pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat “dwi-standard” pengendalian skandal yang didakwa dilakukan kerajaan.
“Kita tidak nampak mereka tubuhkan inkuiri siasat isu Felda dan Mara,” katanya.
Sementara itu, Prof Jeniri Amri dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Dr Mahathir dan Anwar barangkali akan membalas penemuan itu dan menunjukkan RCI sebagai strategi Barisan Nasional untuk memburukkan PH sebelum pilihan raya umum.
“Apabila panel ditubuhkan, orang ramai merasakan ia ada motif terselindung,” katanya.
Jeniri berkata isu kewangan seperti kerugian forex tidak akan memberi kesan pada pengundi luar bandar, kerana mereka tidak berminat dengan isu itu.
“Mereka peduli isu sara hidup,” katanya.
Penganalisis: Pengundi mungkin anggap siasatan forex dendam politik
Kamarul Zaman Yusoff berkata pengundi yang menyokong pembangkang akan terus berbuat demikian.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli akademi Kamarul Zaman Yusoff berkata pengundi yang menyokong pembangkang mungkin akan mempertikaikan pemasaan laporan itu.
Mereka juga mungkin akan menganggap ia dendam politik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.
“Tambahan pula, tiada bukti kukuh,” katanya kepada FMT.
Beliau menambah siasatan ke atas kerugian mata wang itu akan berakhir selepas PRU-14 kerana melibatkan ramai pihak.
“Ia melibatkan ramai orang, bukan sahaja Anwar dan Mahathir. Ia akan melibatkan mereka daripada Bank Negara juga dan kes itu agak rumit,” katanya.
“Pendedahan itu untuk mencipta persepsi negatif terhadap Dr Mahathir dan Anwar. Pengundi akan menganggap ia agenda politik, dengan demikian impaknya tidak seberapa.”
Laporan RCI ke atas kerugian forex itu mengatakan Anwar, sebagai menteri kewangan ketika itu, tidak bertindak ke atas kerugian RM31.5 bilion, walaupun dimaklumkan ketua audit negara dalam tempoh 3 tahun itu.
Ia menambah perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.
RCI itu, yang diadakan dari 21 Ogos hingga 19 September, menyaksikan 25 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
RCI diketuai Tan Sri Sidek Hassan, bekas ketua setiausaha negara dan pengerusi Petronas.
Panel turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon dan ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan.
I have been browsing onlinme greater than 3 hours as of late, but I never discovered any attention-grabbing article like yours.
ReplyDeleteIt's pretty price enough foor me. Personally, if all webmasters and
bloggers made just right content as you did, the internet shall be a lot
more useful than ever before.
Jika ada salah laku oleh Tun Mahathir, DS Anwar dan Tun Daim, mengapakah laporan audit mengenai forex itu tidak diletakkan dibawah OSA? Ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan skandal 1MDB, dimana laporan auditnya diletakkan dibawah OSA. Sudahlah begitu, sebarang persoalan mengenai 1MDB langsung tidak boleh disoal walaupun dalam parlimen! Jika Najib anak jantan malahan mengaku pahlawan bugis pula tu, sila dedahkan laporan audit mengenai 1MDB. Jika Najib berani mendedahkan laporan audit mengenai laporan kewangan 1MDB, barulah balaci-balaci UMNO boleh berkokok!!!
ReplyDelete