Monday, December 18, 2017

Aishah juara

Aishah juara GV 4
Astro Awani |  Disember 18, 2017 00:03 MYT
Aishah juara GV 4
Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV 4). - Gambar Astro Gempak
ISKANDAR PUTERI: Penyanyi Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV 4) yang diadakan secara langsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor malam ini.

Pelantun lagu Camar Yang Hilang itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Selain itu, Aishah itu turut membawa pulang sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer membeli belah.
Malah, persembahan memukau beliau turut menyentuh hati salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang hingga menitiskan air mata.

BACA: Air mata bonda buat Aishah di GV 4

Bagi persembahan battle pula, Aishah bergandingan bersama Liza Hanim juga tidak mengecewakan apabila mendapat pujian juri tetap, Datuk Ramli MS.

Tempat kedua pula, dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Lan Solo di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.

Sementara tempat keempat dimenangi oleh Hazami (RM20,000), tempat kelima dimenangi Firman (RM15,000) dan tempat akhir dimenangi Tia Jinbara (RM10,000).

Aishah adalah juara keempat selepas Ayai Ilusi, Siti Nordiana dan Azharina yang berjaya bergelar juara tiga musim terdahulu.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 4 bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios selain disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) serta Astro Ria HD (saluran 123).

KaitanGV4: "Aishah memang dia legend. Suara power. Selayak juara"

2 comments:

  1. dah terok puak ni nampaknya
    melalaikan kerja buat depa ni
    gila nyanyi puak satu lagi gila mencuri
    dulu ada satu orang dia nak nyanyi smapai mati
    satu hari Allah cabut nyawanya dia tengah siok nyanyi
    lagu ni kut kesudahan yang baik yang selalu kita doa lepas solat
    jauhi puak laro ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau merepek ni labu? Dia hanya sekadar menyanyi dan tidak pernah menuduh orang islam lain itu kafir. Begitu juga dia tidak pernah pun menggelar orang lain sebagai jebon, biawak dan yang sewaktu dengannya. Lagho dengan hiburan lebih baik daripada lagho mencerca sesama muslim!

      Delete