Friday, December 22, 2017

Calon MB BN Selangor: Kesian Jamal, walau pun badotkan diri tapi masih tidak tersenarai

Umno teliti 3 calon MB Selangor, Jamal tidak tersenarai
Noor Azam Shairi · Diterbitkan pada 22 Dec 2017 7:00AM 
Umno menimbangkan tiga nama untuk jadi calon menteri besar Selangor sebagai persiapan menawan semula negeri itu daripada PH pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2017.

UMNO menimbangkan tiga nama untuk jadi calon menteri besar Selangor sebagai persiapan menawan semula negeri itu daripada pembangkang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata sumber.

Tiga nama itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Adun Dengkil Shahrom Mohd Sharif dan Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi  , yang juga merupakan ahli Parlimen Sungai Besar.
Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos baru-baru ini menawarkan diri sebagai calon MB dan berjanji mampu jadi lebih baik berbanding Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2017

Sumber daripada kumpulan penasihat politik kepada Umno itu berkata nama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos bagaimanapun tidak ada dalam perbincangan tersebut.

Tiga nama berkenaan dikemukakan oleh badan penasihat politik itu kepada pucuk pimpinan Umno Malaysia untuk pertimbangan, tambah sumber.

"Kita bincang tiga nama itu saja. Nama Jamal tidak ada," kata sumber yang maklum tentang perbincangan itu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat identitinya tidak didedahkan.

Jamal baru-baru ini menawarkan diri sebagai calon menteri besar Selangor dengan janji beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab lebih baik berbanding Azmin Ali yang menerajui kerajaan negeri PH sekarang.

"Tiga nama ini kita sudah bincang empat kali dengan pimpinan Umno dan BN pusat," katanya.

"Daripada tiga nama itu, Mat Nadzari calon paling menonjol kerana kedudukannya paling kanan."

Mat Nadzari, bekas pegawai bank merupakan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, jawatan yang dipegangnya sejak awal 2015.

Sumber itu juga memaklumkan daripada tiga nama itu, Budiman tidak begitu diketengahkan kerana beliau dilihat lebih sesuai jadi calon kerusi Parlimen.

Budiman kini ahli Parlimen Sungai Besar selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada Jun 2016 susulan kematian wakil rakyatnya, Noriah Kasnon yang terbunuh dalam nahas helikopter semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada 5 Mei, 2016.

The Malaysian Insight diberitahu perbincangan itu dimulakan sejak Januari tahun ini, dengan yang terakhir berlangsung awal bulan ini. Perbincangan itu turut menyentuh soal keseluruhan potensi BN Selangor pada PRU14, senarai calon boleh menang dan isu yang akan berbangkit.

Menurut sumber itu lagi, BN mengunjurkan boleh menang 35 daripada 56 kerusi negeri di Selangor pada PRU14, yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.

BN kini menyandang 12 kerusi di DUN Selangor, dengan PH mempunyai 30 kerusi, PAS 13 dan seorang Adun bebas. 

Dua minggu lalu, Timbalan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata BN Selangor tidak akan mengumumkan calon menteri besarnya sebelum PRU14, sebaliknya hanya akan menamakan calon itu selepas menang pilihan raya merampas semula negeri itu.
Azmin Ali menerajui kerajaan negeri Selangor sejak September 2014 selepas percaturan politik dalaman PKR mengetepikan Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2017

Zahid berkata calon BN untuk jawatan menteri besar Selangor itu perkara nombor dua kerana fokus sekarang ialah untuk merampas semula negeri itu daripada PH.

Zahid juga berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar bukan calon menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya mengalahkan PH pada PRU akan datang.

"Noh Omar tidak akan berminat jadi menteri besar. Beliau hanya sediakan kepimpinan," katanya.

Noh pada Oktober lalu, berkata beliau tidak bercita-cita hendak jadi menteri besar Selangor sebaliknya melakukan kerja politiknya sebagai menunaikan amanah rakyat.

BN hilang kuasa di Selangor sejak dua penggal lalu selepas hanya menang 20 kerusi DUN berbanding PKR 15, DAP 12 dan PAS 8, pada PRU 2008 yang menyaksikan BN kalah di lima negeri. PKR, DAP dan PAS kemudian membentuk kerjasama atas nama Pakatan Rakyat, dan mengangkat Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Azmin menerajui kerajaan negeri Selangor sejak September 2014 selepas percaturan politik dalaman PKR mengetepikan Khalid dalam apa yang disebut sebagai episod Langkah Kajang. – 22 Disember, 2017.

8 comments:

  1. Tiga kawasan calon MB UMNO dalam bahaya.

    Tujuan mencalonkan mereka bertiga adalah untuk memancing supaya dapat undi dari penduduk kawasan.

    Jamal, kamu teruskan lagi watak samseng dan badut kamu..

    ReplyDelete
  2. I'm extremely pleased to uncover this website. I need
    to to thank you for ones time for this wonderful read!!
    I definitely loved every little bit of it
    and I have you book marked to see new things in your web
    site. SEO

    ReplyDelete
  3. It's awessome to pay a quick visit thiks web site and reading
    the views oof all mates about thbis post, while I am also eager of getting experience.

    ReplyDelete
  4. I every time used to study article in news papers but now as I am a user of web therefore from now I am using net for
    articles or reviews, thanks to web.

    ReplyDelete
  5. My coder is tryting to convince me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryuiong none the less. I've been using Movable-type on a number of websites for about
    a year and am concerned about switcching to another platform.
    I have heard great things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress
    posts into it? Anyy kin of help would be greatly appreciated!

    ReplyDelete
  6. Hellko there, just became aware of your blog througgh Google, and found thatt it's truly informative.
    I'm goiong to watch out for brussels. I'll be grateful if you continue this
    iin future. Lots of people will be benefited from your writing.

    Cheers!

    ReplyDelete
  7. Kenapa la nama besar Jamal Sekincan tidak dicalunkan...... habislah peluang BN nak rampas Selangor.Tak caya tengok la nanti....lingkop lagi la BN PRU 14 nanti. Kalau Jamal gila dicadangkan sebagai bakal MB alangkah baiknya. Mampos terus UMNO BN....

    ReplyDelete
  8. excellent points altogether, you simply won a new reader.
    What could you recommend in regards to your post that
    you made a few days ago? Any certain?

    ReplyDelete