Saturday, December 16, 2017

Kalau diserang Singapura: Benarkah kita akan lumpuh dalam masa enam jam?

Kalau Singapura Serang Malaysia, Kita Akan Lumpuh Dalam Waktu 6 Jam?
By Faris Jamaluddin  October 26, 2017
Boleh ke Singapura lumpuhkan Malaysia secara ofensif ketenteraan dalam masa enam ke sepuluh jam?

Ya dan tidak.

Ya.

Singapura bisa berbuat demikian jika sekiranya mereka memulakan serangan dahulu dan secara mengejut. Seperti mana Israel menyagat Mesir secara pra emptif satu masa dahulu ketika perang Arab Israel. Jika serangan tersebut dibuat tanpa amaran maka ya. Ia juga akan berlaku jika Singapura ditabdir pemimpin gila – segila Soekarno yanh mentadbir Indonesia dahulu.

Pastinya, mereka akan menggunakan sepenuhnya kuasa udara untuk melaksanakan serangan udara keatas pangkalan2 tentera, pangkalan udara dan lapangan terbang, pelabuhan, loji penapisan minyak dan gas, dan stesen janakuasa serta jambatan dan jaringan jalan darat serta rel serta rangkaian komunikasi.

Ini adalah fasilitas utama yang akan dibedil terlebih dahulu melalui serangan udara, peluru berpandu jarak jauh atau dengan menggunakan artileri roket jarak jauh. Kelumpuhan berlaku bilamana serangan sedemikian dibuat dimana sasaran penting sebegini cukup untuk menidakkan bekalan elektrik, bahan api dan bekalan makanan serta ubatan bukan sahaja untuk rakyat malah pasukan tentera kita sendiri akan sukar untuk diaturgerak dan melaksana gerakan balas.

Keunggulan kuasa udara Singapura tidak boleh dipandang enteng dan dipandang rendah. Negara kota tersebut dilengkapi sejumlah lebih 50 pesawat tempur dan pesawat pejuang berserta pesawat sokongan lain seperti pesawat penangki , pesawat kawalan dan perintah dan pesawat kawalan dan amaran awal udara yang menjadi antara aset tunjang penguasaan udara yang unggul.

Tidak hairanlah ia menjadikan Singapura angkatan udara paling moden dan paling berkuasa dirantau sebelah sini. Itu tidak termasuk pesawat yang ditempatkan di luar negara sepeeti Thailand dan Taiwan.

Ya Singapura menempatkan pecahan skuadron udara mereka diluar negara dan ia bukan rahsia malah dibuat secara terang terangan atas dasar latihan bersama – memenuhi kekangan yang dihadapi Singapura dari segi keluasan tanah yang ada.

Walaubagaimanapun lumpuh ini bermaksud bukanlah Malaysia kita kalah sepenuhnya dan hilang wilayah cumanya keupayaan ketenteraan konvensional dan kelengkapan dan fasilitas sokongan logistik dan perekonomian seperti stesen janakuasa, rel dan lebuhraya serta pelabuhan dan lapangan terbang sahaja yang dilumpuhkan dan dimusnahkan. Ini akan berlaku dalam enam jam pertama.

Fasa kedua selepas serangan udara memerlukan penguasaan wilayah darat sebagai zon penampan konflik. Ini memerlukan masa lebih dari 10 jam dan barangkali ia boleh berlanjutan sehingga berdekad lamanya. Dan walaupun lumpuh, pasukan bersenjata kita masih mampu memberikan tentangan hebat keatas penceroboh.

Itu jawapan bagi ya.

Jawapan Tidak.

Tetapi serangan mengejut sedemikian agak sukar untuk berlaku pada masa dan ketika kedua dua angkatan bersenjata Malaysia dan Singapura saling bekerjasama untuk mengelakkan konflik dan salah faham tindakan ketenteraan. Kerana itu adanya Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (Five Powers Defence Arrangement) untuk mengelakkan keadaan sedemikian.

Realitinya jika dahulu pasti Malaysia bakal lumpuh dalam masa enam ke sepuluh jam pertama melalui serangan mengejut dan pra emptif kerana angkatan bersenjata Malaysia masih dalam proses perubahan dari doktrin melawan insurgensi kepada konvensional, tetapi kini Singapura tidak lagi memiliki kelebihan sedemikian disebabkan adanya keupayaan serang balas konvensional yang setara dari Malaysia. Tindakbalas kita juga setara dalam enam jam pertama.

Jika Malaysia lumpuh dalam masa enam jam, Singapura akan turut sama mengalami keadaan yang sama dalam enam jam tersebut pada masa sekarang. Apa saja serangan yang dibuat terhadap kita akan dibalas serentak dari pihak kita. Pelabuhan dengan pelabuhan. Kapal dengan kapal. Stesen janakuasa dengan stesen janakuasa. Lapangan terbang dengan lapangan terbang.

Lantas ia akan menjadi konflik yang memperlihatkan siapa yang mampu bertahan lebih lama dengan keadaan perekonomi yang sudah lumpuh. Siapa mampu meneruskan perang dalam kelumpuhan tersebut.

Walaupun angkatan udara kita tidak unggul dari segi jumlah tetapi ia cukup untuk menggerunkan musuh. Keupayaan angkatan udara kita cukup untuk mewujudkan pariti penguasaan udara walaupun tidak mencapai superioriti.

Walaupun pada waktu konflik tersebut pasukan konvensional kita lumpuh tetapi pasukan kita yang bertempur secara asimetrikal dan insurgensi samada dalam zon konflik atau di Singapura sendiri adalah masih utuh dan sejarah konflik global telah membuktikan kuasa pertempuran insurgensi dan tidak simetri ini paling sukar dan paling getir untuk diatasi walaupun dengan kecanggihan persenjataan dan penguasaan udara sepenuhnya.

Apa pula kuasa insurgensi dan tidak simetri ini datang dari kelompok asal tentera dan pasukan khusus yang masih aktif dan masih mampu melawan.

Dari enam jam ia boleh melarat sehingga puluhan tahun.

Perang antara Malaysia dan Singapura sebenarnya adalah momokan yang dimain pemimpin terdahulu kedua-dua negara. Masing2 menjadikan tetangga sebagai boogeyman untuk meraih sokongan nasional dari kalangan rakyat.

Untuk kedua dua negara saling menjerumus ke kancah perang konvensional adalah sangat merugikan kerana kedua dua negara mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Melainkan kedua dua pihak sudah gila maka ya konflik akan tercetus tetapi selagi ada pemimpin yang rasional dan masing-masing boleh bawa perbezaan dan perselisihan ke meja rundingan maka agak sukar untuk kita terjerumus kedalam konflik bersenjata. Kalau perang pun, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.

Ibaratnya kekuatan militer dan diplomasi kedua negara ini adalah bagaikan :

Singapura adalah seperti pedang “rapier” – ringan dan lincah serta pantas tetapi mudah lentur dan bisa patah kalau tidak kena gaya.

Manakala Malaysia adalah seperti pedang “broadsword” – lebih berat dan sukar dikendali malah tidak lincah, tetapi ia lebih kuat dan lebih tahan asakan.

4 comments:

  1. Ini article sangat berbahaya semacam adu-domba untuk berperang sesama jiran yang sudah sekian lama mempunyai hubungan baik.......!!

    ReplyDelete
  2. Menang jadi abu, kalah jadi arang.....china dok intai peluang utk luaskan kuasa.

    ReplyDelete
  3. Mustahak sangat ke utk buat article nii.
    Tak sesuai dan bahaya utk dbincangkan di halaman awam.

    ReplyDelete
  4. Kita ada jet pejuang tanpa enjin dan kapal selam yang asyik timbul, Singapura ada? Sekali Si Ros gertak je, terkincit penyerang Singapura itu lari.

    ReplyDelete