Thursday, July 14, 2016

Gencatan sentaja Tuan Ibrahim: Apa kata Hadi dan Haron Din?

Wednesday, 13 July 2016

SETUJUKAH HADI AWANG DAN HARON DIN DENGAN GENJATAN SENJATA? ATAU SAMPAI MASANYA TUAN IBRAHIM JADI PRESIDEN PAS?

Menjelang penubuhan sebuah parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka akan diputuskan dalam waktu terdekat ini dan seterusnya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, saranan Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri dan menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN, memang sesuatu yang tepat pada masanya.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas itu jelas menggambarkan kefahamannya yang sebenar mengenai peranan parti-parti pembangkang ketika berhadapan dengan permasalahan yang semakin kronik dalam negara yang dipimpin oleh Najib Razak sekarang ini.

Keinginan bersatu dan menggembleng tenaga menumbangkan BN itu juga adalah  hasrat sebenar majoriti ahli-ahli Pas di seluruh pelusuk negara yang telah ditarbiahkan sejak sekian lama.
Lantaran itu, tidak mengejutkan lontaran idea Tuan Ibrahim itu pantas mendapat sokongan daripada PKR dan DAP, bahkan jika ia benar-benar merupakan hasrat rasmi Pas, Amanah juga pasti tiada halangan untuk seia sekata dengannya.

Apa pun, Tuan Ibrahim kini seolah-olah sedang menunjuk jalan sebenar yang harus dilalui oleh Pas dalam mengisi perjuangannya.

Jika genjatan senjata ini merupakan langkah permulaan kepada saling bermuhasabah di kalangan semua parti-parti pembangkang, ditambah dengan kehadiran parti baru yang diterajui oleh Tun Mahathir dan kemudian dapat menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk melawan BN, ia pasti sesuatu yang bermakna untuk rakyat serta negara dan barangkali ucapan "bye bye"  sudah boleh diucapkan kepada Najib dan semua menteri-menteri 1MDB yang ada sekarang.

Cuma persoalannya, di sebalik saranan baik Tuan Ibrahim itu, beliau hanyalah pemimpin nombor dua dalam Pas dan bukan penentu kata putus parti itu?

Apakah saranan beliau itu merupakan pendapat peribadinya atau pendirian Pas secara rasmi?

Bagaimana dengan pendirian Presiden Pas, Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Dr Haron Din - dua tonggak yang paling berpengaruh dalam menentukan arah tuju parti itu?

Adakah kedua-dua pemimpin utama Pas itu turut setuju dengan genjatan senjata dan seterusnya membentuk penyatuan di antara parti-parti pembangkang atau masih ingin terus berbaik-baik dengan Najib seperti sekarang ini?

Bagaimana jika esok lusa, Hadi Awang dan Dr Haron Din tampil dengan pendirian bahawa Pas masih ingin kekal dengan amalan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu berebut kuasa, sebaliknya memadai dapat menjadi penasihat kepada kerajaan sahaja?

Atau apakah ini merupakan isyarat kepada ahli-ahli Pas bahawa sudah sampai masanya untuk Tuan Ibrahim dijadikan Presiden parti yang baru menggantikan Hadi Awang menjelang pemilihannya pada tahun depan? (SH 13/07/2016). - sumber asal

2 comments:

  1. Ini semua lakonan PAS nak dapat perhatian Rakyat saja

    Tanpa berita berita ini Rakyat lagi cepat lupakan PAS

    Common sense kan

    ReplyDelete
  2. teloq hadi najib dah pegang.....esok2 u turnlah tu

    ReplyDelete