Saturday, July 16, 2016

Adakah kerana gambar Nik Abduh dan TITM tidak dipaparkan, malaysiakini dituduh anti Islam?

Lebih 200 penyokong PAS protes kerajaan Myanmar
Goh Chia Yee  -    15 Jul 2016, 7:17 malam
 
Lebih 200 penyokong PAS berkumpul berhampiran kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah layanan negara itu terhadap masyarakat Rohingya.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh sayap Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NGO yang lain seperti Muslim Care Malaysia (MCM).
Demonstrasi itu adalah sebagai tanda solidariti dan bagi menggesa tindakan terhadap kerajaan Myanmar kerana penganiayaan mereka terhadap Rohingya.

Ia diadakan di Jalan Madge selepas kumpulan itu dihalang daripada memasuki kedutaan berkenaan.

Teriakan "hidup Islam" bergema di sepanjang jalan apabila peserta demontrasi memegang pelbagai kain rentang dan sepanduk.

"Wahai Suu Kyi, kita manusia semuanya sama. Sila bertindak serupa," kata salah satu sepanduk itu.
Antara yang hadir pada demonstrasi itu ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.

"Hari ini kita hanya mandi peluh manakala saudara-saudara kita terus bermandi darah," kata Tuan Ibrahim kepada orang ramai.

Beliau juga menekankan penderitaan Rohingya dan merayu kerajaan Malaysia dan negara Islam lain untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jurucakap Rohingya daripada Jawatankuasa Etnik Arakan Malaysia turut hadir dan mengucapkan terima kasih kepada PAS atas usaha itu.

Demonstrasi itu bersurai secara aman sekitar jam 4 petang selepas bacaan doa.

Dalam kenyataan awalnya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abdul Hadi menggesa Malaysia menghantar tentera pengaman ke Myanmar untuk menyelamatkan masyarakat Rohingya.

Pada 2015, ribuan pelarian Myanmar menyeberangi lautan dalam usaha melarikan diri daripada penganiyaan kerajaan.

# tak faham apa masalah dengan laporan ini, atau kerana pemberita menganggarkan hanya 200 orang yang hadir yang bermaksud tidak mendapat sambutan?

Laporan blog berkenaan di siniMalaysiakini ambil alih tugas Utusan Malaysia.. spin berita!

No comments:

Post a Comment