Saturday, 16 July 2016
PARTI BARU TUN M MEMBERI KELEGAAN KEPADA NAJIB
Dengan sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan sebuah parti politik baru, ia secara tidak langsung merupakan sesuatu yang dapat melegakan hati serta perasaan Najib Razak.
Najib kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemungkinan beliau dijatuhkan sebagai Perdana Menteri sebelum tempoh penggalnya berakhir.
Melalui parti baru ini, ia tidak lagi bertujuan untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya untuk menukar sebuah kerajaan. Sehingga tibanya tarikh PRU 14, Najib tidak perlu bimbang apa-apa mengenai jawatan Perdana Menterinya. Jawatannya boleh dikira sudah selamat sehingga tibanya tarikh pilihanraya diumumkan.
Yang perlu dipertahankan Najib sekarang ialah kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun paling bermasalah, ia sudah menjadi beban kepada BN. Jika pengundi merasakan Najib dan segala masalah yang dibawanya adalah beban kepada kerajaan, maka menukar kerajaan adalah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk dilakukan.
Dalam pilihanraya umum, kemungkinan hanya Najib dapat dijatuhkan, tetapi kerajaan BN terus dikekalkan adalah sesuatu yang paling tipis dapat dilakukan. Lebih mudah menjatuhkan Najib dengan cara menjatuhkan BN sekali.
Mempertahankan BN dalam PRU 14 pula bermakna pengundi atau rakyat bersetuju untuk terus memikul beban Najib bagi tempoh lima tahun yang seterusnya. Mustahil juga BN terus dikekalkan tetapi tidak dibawa sekali beban yang berpunca daripada Najib itu.
Terserah kepada pengundi untuk memikir dan membuat pertimbangan mengenainya. Jika tidak mahu terus menerus menanggung beban Najib, tukarlah kerajaan dan kiranya sedia memikul lagi beban yang mungkin bertambah berat yang diakibatkan olehnya, teruslah memberi undi kepada BN.
Sebab itu kita boleh memahami jika Najib berasa lega dengan parti baru inisiatif Tun Mahathir ini yang bakal ditubuhkan bersama beberapa pemimpin yang dipecatnya daripada UMNO.
Beliau kini telah berjaya menukar beban yang ditanggungnya menjadi beban UMNO dan BN. Dengan parti baru yang bertujuan untuk menyaingi dan mengalahkan BN, bukan lagi Najib saja yang perlu bimbang mengenainya, tetapi keseluruhan pemimpin UMNO dan BN.
Najib juga tidak perlu risau lagi dengan kemungkinan hanya beliau seorang saja yang akan kehilangan kedudukan dan jawatan. Jika BN dapat dikalahkan, keseluruhan pemimpin UMNO dan BN akan turut sama-sama hilang jawatan.
Jika ada yang terlibat dalam kes rasuah, penyelewengan, mengumpul kekayaan secara haram, mencuri duit rakyat dan lain-lain kesalahan, semua mereka juga bakal berdepan dengan kebarangkalian pergi ke mahkamah dan menghuni penjara akhirnya.
Mungkin Najib sedang bercuti atau berada di luar negara ketika itu, tetapi jika beliau boleh meninggalkan pelbagai pesan di laman Facebook, Twitter atau blog miliknya sejak sambutan tumah terbukanya pada Hari Raya pertama lagi, mustahil beliau tidak terkesan apa-apa dengan parti baru itu jika ia benar-benar mengancam masa depannya.
Namun, apa yang kita lihat Najib seperti relaks saja dengan parti baru Tun Mahathir ini. Pemimpin lain seperti Zahid Hamidi, KJ, Shahrir Samad dan yang lain-lain nampaknya yang lebih risau dan berhujah macam-macam untuk menutup kebimbangan mereka mengenai parti baru itu. Najib sepenuhnya berjaya meletakkan bebannya menjadi beban kepada semua.
Mereka yang arif mengenai Tun Mahathir tentu memahami bahawa bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar cemerlang melahirkan idea membina Putrajaya, KLCC, lebuhraya dan pelbagai perkara yang tak terfikir oleh sesiapa, tetapi juga gemilang dengan rekod kejayaannya dari segi menumpaskan musuh-musuh politiknya.
Oleh itu, jangan cepat-cepat memperlekeh atau ketawa apabila melihatkan keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO masih juga tidak berjaya menjatuhkan Najib sepertimana jatuhnya Tun Abdullah dahulu kerana dengan parti baru yang ditubuhkannya, yang lebih mungkin akan jatuh selepas ini ialah sebuah kerajaan bersama seluruh pemimpinnya secara sekaligus. (SH 16/07/2016) - sumber asal

BACA DGN TELITI
ReplyDeleteraya baru ni aku bersembang dgn geng TERAJU (Think tank najib) . depa ingat aku pun geng umno.
skrg mereka tak mahu menafikan lg ttg rasuah dan salah laku najib. SR dan WSJ dah terlalu banyak pendedahan info. tak guna menafikan lg.
depa skrg dah masuk fasa terakhir michaevalian - who smart won the game. secara mudah...buat apa saja, guna apa saja untuk menang....tiada istilah main kotor
Politik is about power. depa dah praktiklan pada LGE, pada SPRM, AG, POLIS, MAHKAMAH, SPR
bg mereka, biarkan 20% orang cerdik menentang. mereka akan pastikan 80% rakyat mengundi mereka. dimalaysia mudah....money is king.
wang akan digunakan secara terang terangan...setiap undi akan dibayar wang. Cuba fikirkan, rakyat mana yg tak akan undi bn kalau dijanjikan rm100 selepas mengundi.???....janji ada bukti bergambar. SPR dah kata tak salah ambil gambar guna HP.
PRU14 akan menyaksikan penggunaan wang paling besar. geng TERAJU dah mula kumpul dana dgn apa cara sekalipun. jagalah TH, KWSP, ANGKSA, AMANAH RAYA, TAT, .....mereka ini akan kerugian besar
sebelum ni, depa takut dgn pas....kerana ahli pas wala pada ulama, susah nak beli.
tapi sekarang selepas dua pemimpin pas masuk perangkap...mereka goyang kaki.
target mereka sekarang ...rm100bilion. ...PRU14 mereka punya. bila ada kuasa wang boleh cari.
wassalam
tulisan yg kelihatan mewakili pembangkang, seolah2 spt kempen parti pembangkang..Bagi saya Pula Kalau saya menulis maka saya akan tetap mengatakan BN Akan tetap memenangi PRu 14 dan terus memerintah negara..undi Melayu jdi penentu dimana hanya ADA dua pilihan kpd org Melayu..pilih BN dimana UMNO sbg parti dominant atau pilih pembangkang dimana. DAP sbg Parti dominant atau de facto..
ReplyDeletekoment diatas dah ditulis Oleh penulis upahan pembangkang..Penuh dgn Fakta salah yg masih mempertahankan Fitnah pembangkang..Bagi saya PRU 14 BN Akan terus memenanginya Dan terus memerintah negara..Ini berdasarkan undi Melayu jdi penentu..Melayu Pula hanya ADA 2 pilih samada pilih Bn yg dominasi UMNO atau pilih Pembangkang yg parti dominannya DAP..Jgn mudah dipengaruh & dikelirukan ye..
ReplyDeletetulisan yg kelihatan mewakili pembangkang, seolah2 spt kempen parti pembangkang..Bagi saya Pula Kalau saya menulis maka saya akan tetap mengatakan BN Akan tetap memenangi PRu 14 dan terus memerintah negara..undi Melayu jdi penentu dimana hanya ADA dua pilihan kpd org Melayu..pilih BN dimana UMNO sbg parti dominant atau pilih pembangkang dimana. DAP sbg Parti dominant atau de facto..
ReplyDelete